🐨 9

1K 124 17
                                    

Aku tunggu tak jauh dari pintu utama hall. Time time macam nilah Junkyu nak ke toilet. Akward juga aku sorang sorang dekat sini. Semua orang pandang aku semacam je.

Ada dua sebab je dorang pandang aku. Pertama, maybe ada sesetengah yang nampak aku datang dengan Junkyu dan yang kedua, maybe aku alien bukan manusia. Okey tak lawak.

"Wow wow! Tengoklah siapa yang tengah berdiri dekat sini girls"

Okey maybe aku lupa yang perempuan sombong yang selalu mengutuk aku dekat Universiti anak orang kaya. Tak peliklah kan kalau dorang ada dekat sini.

"Budak tak cukup kasih sayang guys! Tepuk sikit"

Aduh benci pula aku tengok tiga orang ni. Junkyu tolonglah datang cepat.

"Hey pempuan! Untuk pengetahuan kau, orang macam kau ni tak layak berdiri atas cruise mahal macam tahu tak"

Eleh macamlah dorang layak sangat! Aku ni typical perempuan yang tak suka cari gaduh dengan orang. Rasa macam buang masa.

"Oups lupa! Kau kan perempuan bisu. Hey pempuan! Dah tahu diri hodoh, tak payahlah datang sini. Tak malu betul"

Mereka terus mengutuk. Dasar ahli sihir. Kalau korang nak tahu, nama dia Angel. Tapi perangai mengalahkan syaiton nirojim. Bukan aku sorang je mangsa buli dia. Ramai lagi.

"Entah. Dahlah bisu, hodoh pulak tu" tambah lagi sorang.

"Siapa bisu? Siapa hodoh?" soal Junkyu dengan muka dingin.

"Eh awak bila sampai?" terus suara mintak penampar keluar. Geram pulak aku tengok.

"Mulut tu please jaga. Korang jangan ingat aku tak dengar apa yang korang kutuk pada Iris tadi"

Dengan muka tak puas hati mereka terus melangkah pergi dari situ.

"Sorry awak sebab tinggalkan awak sorang sorang tadi"

"Takde apalah. Benda kecil je pun. Lagipun awak memang kena pergi toilet pun"

Dan baru kali ni dia senyum pada aku. Untuk malam ni.

"Jom masuk"

Kami berjalan masuk kedalam. Setapak aku langkah masuk, aku dah boleh nampak bertapa ramainya orang dalam dewan ni. Dan semestinya semua orang dalam ni orang berpengaruh. Tiba tiba aku rasa kecil.

Bukan tu je, aku rasa macam itik masuk kadang lembu. Asal semua pandang aku semacam je. Junkyu pula tayang muka tegang. Macam something wrong.

"Hai bro! Long time no see!"

Seorang lelaki menyapa Junkyu. Mereka bersalaman.

"Kaulah. Sejak jadi Mr Pilot ni, dah jarang datang jumpa aku dengan Jihoon"

Pilot nau! Rupa dah hensem. Body pun lawa perfect. Ko bayang kalau dia pakai seragam pilot, mahu sakit pengsan aku tengok.

"Kau dah tahu skop kerja aku ke hulu hilir. Faham faham jelah. Hah cakap pasal Jihoon, mana dia?"

Nama tu lagi. Aduh boleh tak jangan mention nama tu. Please.

"Halah! Macamlah kau tak tahu kawan kau sorang tu. Mabuk laut" jawab Junkyu.

"Eh ye tak ye jugak kan. Aku lupa. So by the way siapa bidadari cantik sebelah kau ni? Tak nak kenalkan?"

"Oh lupa pulak. Kenalkan ni Iris. Iris ni Yoshi. Mamat poyo Jepun"

"Hai!" sapa ku.

Patutlah hensem. Orang Jepun rupanya.

"Eh suka hati kau cakap aku poyo!" marah Yoshi.

"Hai bro bro sekalian!"

Datang tiga orang lagi lelaki. Dua orang tu tinggi nak lebih kurang. Sorang lagi tinggi sikit dari dua orang tu.

"Yo abang abang besar dah sampai. Bila nak kahwin?" soal Yoshi dengan selamba.

"Eh ko mulut. Mintak penumbuk ke?" kata salah seorang dari mereka.

"Eh! Ada bidadari jatuh dari langit. Mana kau jumpa ni Junkyu. Comel aje aku tengok" kata yang lagi sorang.

"Haah! Jatuh straight dalam rumah aku. Bangun tidur terus ada sebelah"

Aku tampar perlahan lengan dia. Main main pulak. Wujud ke bidadari macam tu. Dasar Kim Junkyu.

"Ni Iris nama dia. Awak ni yang tinggi sikit dari dua orang ni, nama dia Mark Lee. Yang cakap awak comel tadi nama dia Choi Hyunsuk. Dan yang badan ada muscle berketol ketol ni nama dia Seo Changbin"

"Hai abang abang sekalian!" sapa ku dengan senyuman manis.

"Alamak spoil! Dia panggil kita abang abang. Tua sangat ke kita weh" kata Mark.

"Eh Junkyu berapa umur budak comel ni?" soal Hyunsuk tak puas hati.

"Sebaya dengan aku"

"Kalau macam tu tua setahun je. Janganlah panggil dengan panggilan abang bidadari comel" suara separuh merayu.

Terhibur sekejap aku dengan mereka semua.

"Iyelah" jawab ku.

"Takpelah bro. Kitorang pergi duduk dulu. Kejap lagi majlis nak mula" kata Changbin sambil menepuk bahu Junkyu.

"Aku pun nak cau dulu. Good luck bro"

Giliran Yoshi menepuk bahu Junkyu. Okey aku dah mula curious. Event apa sebenarnya ni.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now