🐨 24

876 117 1
                                    

Sampai di tingkat atas aku still tak nampak Junkyu. Yang adanya Hyunjin tengah berdiri elok didepan pintu berhubung dengan rooftop.

Tapi mataku tak sengaja pandang orang yang berada disebalik dinding tak jauh dari tempat aku berdiri.

Jihoon.

Dia buat isyarat yang dia akan perhatikan aku malam ni.

"Shall we?" soal Hyunjin mengejutkan aku.

Holy man! Janganlah buat aku tertanya tanya macam ni. Tapi still aku paut lengan Hyunjin. Kami menuju keatas.

"He is my only friend. The best!" kata Hyunjin tiba tiba.

Dia buka pintu untuk aku. Dan selepas itu dia turun balik kebawah. Tinggal lah aku yang terpinga pinga ni. Sebaik saja aku pusing belakang, aku nampak sejambak bunga betul betul dihadapan mukaku.

Awal tu terkejut tapi sekarang yang tinggal cuma berdebar. Sebab aku tahu siapa disebalik bunga ini. Kuatkanlah hatiku untuk berdepan dengan lelaki ini.

Aku ambil bunga itu. Terus nampak muka Junkyu.

"Thanks for coming" katanya.

Dia senyum omg! Nampak ikhlas dan innocent. Terus aku rasa bersalah lagi dan lagi. Dan muka Jihoon terus muncul dalam otak aku.

"Jom"

Dia hulurkan tangan dia dan aku terus sambut. Kami berjalan ke arah meja makan. Sepanjang jalan itu dihiasi dengan lilin dan juga bunga mawar. Cantik bagi siapa yang tolong hias tempat ni. Aku kasi 100%.

"Awak nampak extra hensem malam ni"

Ya aku tak tipu. Bukannya aku tak pernah nampak dia pakai tuxedo formal macam ni sebelum ni. Tapi entah kenapa malam ni dia nampak hensem sangat dan juga lain.

"Awak pun apa kurangnya. Beautiful, gorgeous, pretty, macam princess dan juga tak ubah seperti bidadari"

Tudia sekali dia puji. Silap hari bulan boleh jatuh aku dari bangunan ni.

"Mengadalah awak ni"

Dia tolong tarikkan kerusi untuk aku. Aku melabuhkan punggung disitu. Dia pula duduk berhadapan dengan aku.

"Berjaya juga mission saya malam ni"

Okey yang ni aku pelik. Apa maksud dia ni.

"Mission apa?" soalku.

"Sebenarnya saya sengaja suruh dorang bawa awak datang sini. Yelah awak kan princess. Mestilah datang sini kena ada bodyguard"

"Awak! Jadi ni semua rancangan awak?" soalku tak puas hati sebab mati mati aku ingat dia yang datang ambil.

Dia pula cuma sengih sampai nampak lesung pipit.

"Awak marah ke princess?"

Aku pura pura merajuk. And guess what. Aku merajuk dan dia boleh pulak tenung aku. The way he stare...

"Ekhmm! Kenapa pandang saya macam tu?"

"You look so pleasing and attractive"

Hish! Straight forward betul. Malu aku dibuatnya.

"Awak..." aku merengek.

"Sorry sorry. Janganlah merengek macam ni. Jangan sampai saya serang pipi comel awak tu"

Aku yang mendengarnya terus tutup kedua belah pipi aku. Dia ketawa.

"Actually saya ada something nak berterus terang dengan awak princess"

Aku cuma dengar sambil pandang muka dia.

"Sejujurnya first time saya tengok awak time hujan tu, saya dah rasa lain. Dan sebenarnya time awak tenung tu saya berdebar sangat. Tak tahu kenapa"

Aku rasa macam nak ketawa dia cakap macam tu.

"Jadi lepas tu saya buat keputusan untuk kerja dengan sis Rose. Time tu saya nak sangat tahu pasal awak. Lama kelamaan lepas saya dapat kenal awak dengan lebih lagi, saya rasa macam semua benda tentang awak menarik"

Aku kasi reaksi kosong. Sebab bagi aku tiada satu pun benda yang menarik.

"Awak baik, selalu jaga hati orang, selalu lebihkan orang lain dari diri awak sendiri. Dan yang penting awak comel"

Hmm tak habis habis comel.

"Time saya announce pada semua orang yang awak future fiance saya, i really mean it. Saya tak main main awak"

"Give me a reason kenapa awak pilih saya?"

"Sebab saya rasa awak perempuan paling sesuai. Saya nak awak tahu yang selama saya berkawan dengan awak saya betul betul ikhlas. Tapi lagi lama kita berkawan, lagi saya rasa tak nak kehilangan awak. Call me selfish. Sebab saya cuma nak awak sorang je"

Aku boleh nampak yang dia betul betul ikhlas dengan apa yang dia cakap.

"So will you be mine forever?"

No! Bertenang jantung. Jangan berdegup kuat sangat.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu