🐨 7

1.1K 138 1
                                    

Selepas kejadian malam itu Junkyu selalu datang kedai bunga aku. Katanya cuaca sekarang tak menentu. Dia takut benda yang sama berulang kembali.

Bertapa malunya aku bila fikir balik. Aku menangis depan orang yang aku tak pernah kenal. Dan lebih parahnya aku pergi peluk orang itu. You really break your own rules Choi Iris!

"Awak hari ni awak tak perlu hantar saya balik rumah. Saya nak singgah tempat lain"

"Eh takpe saya ikut sekali. Saya free aje"

Aku tahu niat dia baik. Tapi kali ni dia betul betul tak boleh ikut aku.

"Takpelah awak. Lagipun hari ni cuaca elok. Awak tak perlulah ikut saya. Saya janji saya akan jaga diri saya sendiri"

Aku cuba yakinkan dia. Tak lupa juga bibir turut tersenyum. Tapi still muka dia tak puas hati. Tak yakin dengan aku.

"Fine tapi kalau ada apa apa terus call saya okey"

Aku mengangguk dengan laju.

"Kalau macam tu saya balik dulu. Ingat apa apa terus call okey"

Aku angguk lagi. Tangan dia naik usap kepala aku sebelum dia melangkah keluar dari kedai bunga.

Tapi dengan cepat aku tarik tangan. Kepala dia automatik toleh kearah aku semula.

"I'm sorry" kataku dengan ikhlas.

"La dah kenapa nak minta maaf. Awak bukan ada buat salah apa pun"

"Yelah sebab saya tak kasi awak ikut"

Dia cuma senyum.

"I know you have your own reason. Saya faham"

Walaupun dia cakap macam tu aku tetap rasa bersalah. Aku sedar dia cakap macam tu sekadar nak sedapkan hati aku.

Selepas selesai kemas kemas apa yang patut, aku terus pergi. Untung hari ni cuaca baik. Dan seperti biasa kalau time macam ni penumpang bas mesti penuh.

10 minit aku berdiri didalam bas. Akhirnya sampai ke destinasi. Bunga dipegang dengan kuat.

Setiap kali datang sini mesti aku rasa sebak dan bersalah. Walaupun kejadian tu dah lama berlaku aku tetap rasa bersalah. Sampai sekarang aku tak boleh maafkan diri aku.

Kaki berhenti betul betul dia hadapan gambar budak perempuan yang dibingkaikan dengan cantik. Kata keluarga budak ini, inilah gambar kali terakhir yang budak ini senyum.

Dan air mataku terus jatuh. Hatiku sedih bila suara sayu ibu budak ini bermain didalam otakku. Masih jelas lagi.

"Adik...akak datang hari ni. Akak minta maaf sebab tak sempat datang minggu lepas"

Gambar budak ini diusap. Comel budaknya.

"Akak tahu akak selalu cakap benda yang sama. Tapi akak memang kena cakap juga sebab ni semua salah akak. Again, akak minta maaf sayang"

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now