🐨 19

877 112 5
                                    

Junkyu hantar aku pulang ke rumah. Sebaik saja kaki melangkah masuk, aku agak terkejut melihat kedua orang parents aku ada dirumah.

"Mummy! Daddy!"

Aku terus lari dan peluk mereka. Rasa macam dah lama aku tak jumpa mereka.

"Our baby girl!"

Aku peluk mereka ketat. Terutama mummyku. Rindunya aku dengan dia.

"How are you baby?" soal daddyku.

"Very fine. I miss you both so much!" luahku.

Mereka melihat sesama sendiri sebelum tubuhku ditarik kedalam pelukan mereka.

"Us too. Jomlah dinner. Mummy dah masak tu"

Mataku terus bersinar sinar.

"Iya?! Wah! Lamanya tak makan masakan mummy"

Mummy menggosok kepalaku. Kami bertiga pergi ruang makan. Atas meja makan penuh dengan makanan. Semuanya makanan favourite aku dan juga favourite daddy.

"Duduk sayang" arah mummy.

Aku tergelak. Punya teruja sampai lupa nak duduk. Hihi.

Kami mula makan. Wah! Happynya aku dapat makan dengan parents aku. Masalah tadi terus hilang bila dapat tengok wajah satu satunya parents aku ni.

"Macam mana study? Okey?" soal daddyku.

"Everything is fine. Ini anak Iris lah"

Mummyku menggeleng kepalanya.

"Baby actually mummy dengan daddy nak minta maaf sebab tak pernah luangkan masa dengan Iris"

Aku cuma senyum. Sejujurnya aku ada juga terasa hati tapi lama kelamaan aku dah terbiasa. Lagipun lately ni aku pun busy.

"Dan daddy ada news tak berapa baik sikit"

Okey aku dah rasa lain.

"Daddy kena tukar ke company di Jordan. Arahan bos daddy. Jadi daddy nak Iris ikut sekali"

"Mummy?"

"Mummy pun ikut sekali sayang"

"Boleh Iris tahu bila?" soalku.

Dorang pandang sesama sendiri.

"Sebaik saja Iris tamat study" jawab daddyku.

Kalau macam tu lagi tiga minggu lah. Tapi bila aku fikir fikir balik maybe ini cara untuk aku berpisah dengan Junkyu. Aku akan mulakan hidup baru dekat sana.

"Ke Iris tak setuju?" soal daddyku lagi.

Aku menggeleng kepala.

"Iris kan anak mummy dengan daddy. Jadi Iris kena ikutlah"

Mereka tersenyum.

Kelas aku sepatutnya start pukul 12 tapi aku perlu pergi awal sebab ada beberapa kerja aku perlu settle. Semalam Junkyu cakap dia nak hantar aku tapi pagi ni dia call cakap tak dapat datang sebab ada urgent meeting.

Sudahnya aku pergi macam biasa. Pintu pagar ditutup.

"Happy eh kau sekarang?"

Terkejut aku. Lelaki ni lagi.

"Awak nak apa lagi Jihoon. Tak boleh ke awak berhenti ganggu hidup saya?"

"Aku tak kan stop ganggu hidup kau sampai kau betul betul pergi dari hidup kawan baik aku. Ke kau nak aku sendiri yang bagitahu dekat Junkyu pasal kau?"

Dia senyum sinis.

"Tak payahlah awak nak risau. Saya sendiri yang akan bagitahu dia. Don't worry saya akan buat as you wish. Saya akan pergi dari hidup Junkyu. But not for now"

Dan selepas itu aku terus pergi. Pagi pagi lagi dah spoil mood aku.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें