🐨 14

944 119 3
                                    

Junkyu termenung di kerusi kerjanya. Hari satu kerja pun tak boleh jalan. Meeting semua dia cancel. Dan ini semua disebabkan perangai Iris. Stres dia fikir pasal benda ni.

"Yo bro!"

Seorang lelaki masuk kedalam biliknya tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu.

"Bro. Bila kau sampai?"

Hyunjin salah satu sahabat baiknya selain Jihoon. Dan pada hari pentingnya hari tu, lelaki ni perlu ke London atas urusan kerja.

"Semalam. Hari ni aku ambil cuti. Penat sikit. So aku ingat nak lepak dengan kau hari ni. Rasanya dah lama aku tak lepak dengan kau"

"Hmm eloklah tu. Aku tengok kau sebelum ni bukan main kau kerja. Sampai tak sempat nak lepak"

Lelaki itu tergelak.

"Well ada apa apa yang aku terlepas ke? Aku rasa macam banyak benda aku tak tahu"

Junkyu bangun lalu berpindah duduk diatas sofa berhadapan dengan Hyunjin.

"Kau tahu kan syarat untuk aku duduk atas kerusi sana?"

Hyunjin mengangguk.

"Yes. Kau kena ada future fiance or wife"

"Yup! Dan aku dah jumpa orang yang sesuai"

Hyunjin tayang muka pelik.

"Habis tu? Tunggu apa lagi"

"Itulah masalahnya. Time aku announce malam tu, awal awal dia marah. Lepas tu dia setuju. Tapi lately ni aku rasa dia macam cuba jauhkan diri dari aku"

"Maksud kau?"

"Aku call tak jawab. Ajak jumpa apatah lagi kan"

"Dia kerja mana?"

"Still student"

"Kau rembat student bro?!"

"Aduh chill lah kau ni. Dia sebaya dengan kita cuma dia masuk universiti lambat. Dia masuk dengan batch lain. Sebab tulah dia still study sekarang ni"

"Fuh naseb baik. Maybe dia busy kot"

Junkyu mengeluh. Badan disandar pada sofa.

"Iye aku faham dia dah final year. Tapi tak kan tak sempat nak jawab call aku kot. Aku pergi universiti dia pun dia tak ada"

"Maybe dia tak nak kat kau kot?"

Junkyu mencampak bantal kecil di sebelah nya pada Hyunjin. Hyunjin pula ketawa.

"Cakap tu bagi cantik sikit bodoh!"

"Lah mana tahu kan"

"Seriuslah bro. Kau kena tolong aku"

"Okey okey sorry. Maybe dia ada sebab lain. Aku rasa kau kena pergi jumpa dia or cari dia no matter what. Kau kena tanya dia pasal benda ni"

"Itulah. Aku pun rasa macam tu jugak. Takpelah. Esok aku pergi cari dia"

"Selesai dah kan? So jom pergi lepak"

"Amboi! Kau ni. Dah terbentang depan mata kau yang aku tengah bekerja sekarang ni"

"Lah kau ni. Tak yahlah serius sangat. Jomlah. Kau kan bos sekarang. Otak kau tu sekali sekala kena rileks jugak"

Junkyu mencebik. Bab memujuk orang nombor 1.

"Yelah yelah. Yang penting kau belanja"

Junkyu senyum sinis.

"No hal!"

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now