🐨 4

1.2K 148 2
                                    

Pintu kedai dikunci. Sekarang waktu rehat aku. Tekak rasa macam nak minum air yang tengah viral sekarang. Aku tak sure nama dia tapi aku tahu kafenya. Jadi aku bercadang untuk ke sana.

Cuaca baik hari ni. Tiada tanda tanda nak hujan. Jadi aku berjalan dengan hati yang gembira.

Sampai aje di depan kafe yang bernama Rozes kafe ini, aku agak terkejut sebab aku expect ramai orang. Yelah dah nama pun viral. Tapi aku rasa orang lain baru on the way datang sini kot. Aku yang sampai awal agaknya.

Pintu kaca itu ditolak. Ada seorang perempuan cantik tengah berdiri di kaunter sambil bercakap telefon. Tapi bila dia nampak aku dia terus letak telefon.

"Hai selamat datang. Boleh sis bantu?"

Dah la cantik nak mati lepas tu bahasakan diri dengan panggilan sis pulak. Memang patut pun kafe ni viral. Bukan setakat air aje sedap, owner kafe pun humble.

"I want this one"

Aku tunjukkan air yang tengah viral sekarang ni dekat menu. Dia tengok lalu angguk. Alahai sis kenapa comel sangat.

"Duduklah dulu. Sis pergi belakang kejap"

Sis itu senyum lalu melangkah pergi. Mataku melilau ke seluruh sudut kafe ni. Sumpah kafe ni cantik. Tak terlalu besar tak terlalu kecil. Standard premis kafe. Tapi serious la sis tu sorang aje yang buat semua kerja.

Sejak aku langkah kaki kat kafe ni, seorang pekerja pun aku tak nampak. Sunyi aje. Dan tiba tiba mataku terpandang sebuah bilik. Pintu bilik yang tidak ditutup rapat itu menarik perhatianku. Pintu itu berada di sebelah kanan kaunter.

Entah kenapa hatiku meraung untuk masuk dan tengok apa yang ada dalam tu. Tapi bila fikirkan balik, tak elok menceroboh privasi orang lain. Tapi hati meraung jugak suruh masuk.

Tanpa berfikir lagi, kakiku melangkah ke arah bilik itu. Aku melihat lihat ke belakang sebelum pintu bilik itu ditolak dengan perlahan. Bertapa terkejutnya aku melihat beberapa lukisan di dalam bilik ini atau lebih tepatnya bilik ini dijadikan studio.

Ada juga lukisan yang belum siap. Aku berkeliling di dalam bilik ini. Pelbagai jenis lukisan ada di sini. Semuanya cantik dan kreatif. Orang yang lukis ini sangat profesional.

Mataku tertarik lukisan yang ditutup oleh sehelai kain. Dengan perlahan aku membuka kain itu. Terkejut aku melihat lukisan wajahku sendiri. Lukisan diriku yang tengah termenung di sebuah sudut yang berdinding kaca bersama sebiji cawan coffee.

Dan aku perasan ada tulisan berangkai di bawah hujung sudut disebelah kanan lukisan ini.

I've only just met her, but I can't seem to get her lovely and adorable face out of my head...
- jk kim

Okey hatiku sudah tidak keruan. Nama dekat bawah ni sangat tak asing bagiku. Aku rasa aku kenal siapa pelukis ni.

Tanpa membuang aku terus melangkah keluar sebab aku rasa aku dah lama dalam bilik ni. Macam mana kalau sis cari aku.

Keluar dari bilik itu, aku berasa lega sebab sis belum ada di kaunter. Ini bermakna dia still dekat belakang. Aku duduk di sebuah kerusi. Telefon dibuka dan aku mula main game sambil menunggu.

...

Flower Girl | KIM JUNKYUWhere stories live. Discover now