004☁️

684 163 23
                                    


"SAERA!"

"Apa benda sia menjerit-jerit kat sini. Dasar attention seeker." Kutuk Saera depan-depan.

"Eh eh kau. Tau lah dah upgrade sekarang pergi sekolah dengan crush. Wuuuu." Saera hanya mencebik menyampah. Kakinya pantas berlalu untuk ke kelas tanpa membalas apa yang dikata Nara.

Nara yang melihat Saera sudah melangkah itu mula mengejar dari belakang.

"Yah! Saera! Dah ada boyfriend tak nak layan aku eh kau." Kata gadis itu.

"Aku tak ada boyfriend lah gila." Dahi Nara ditunjal.

Sejurus itu, Nara ketawa. Terhibur dengan sikap Saera yang mudah gelabah itu. Saera pula mendengus melihat rakannya itu. Kakinya terus diatur untuk masuk ke kelas.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

Tok! Tok! Tok!

Semua mata di dalam kelas itu memandang ke arah pintu depan kelas. Termasuk Sir Yohan.

"Ya, Park Jimin?" Tanya guru muda itu.

"Boleh saya jumpa Ahn Saera?" Tanya lelaki itu sedikit malu. Ye lah, dia mana pernah rapat dengan perempuan.

Semua pelajar didalam kelas itu sudah berbisik-bisik. Saera yang sedang bermain pensel itu juga terkedu mendengar namanya dipanggil.

"Ada apa awak nak jumpa pelajar saya ya?" Tanya guru itu lagi.

"Erm, privacy."

"Okay. Ahn Saera! Awak boleh jumpa Jimin." Terkejut gadis itu dibuatnya.

Dengan malas, Saera melangkah keluar dari kelasnya mengikut pintu belakang. Nampak biadab? Tapi Saera tak kisah. Sebab tempat duduk nya dibahagian belakang.

"Nak apa?" Tanya gadis itu. Memang, semenjak dia bertanya soalan tentang crush Jimin dalam kereta tadi, moodnya tiba-tiba melayang.

"Nak kau." Jawab lelaki itu.

"Gila ke apa?!" Tanpa sedar, Saera terjerit kecil.

"Ikut aku." Pergelangan tangan gadis itu ditarik untuk mengikuti langkahnya.

"Ei jangan tariklah! Kita nak pergi mana?!" Tanya gadis itu.

"Ikut je lah. Banyak pula bunyi kau."

Langkah mereka terhenti di bilik muzik. Ahn Saera mengerutkan dahinya. Nak buat apa duduk sini?

"Tanggal kasut kau."

"Tak nak. Saya nak balik kelas." Langkah diatur untuk pulang ke kelasnya semula. Namun, Park Jimin lebih pantas. Blazer gadis itu ditarik sehingga gadis itu terdorong menghadapnya.

"Yah! Apa awak buat ni?!" Geram gadis itu dibuatnya apabila Jimin sesuka hati menarik blazernya. Ah, tak kira. Crush tak crush.

"Masuk."

"Tak nak!"

"Masuk, Ahn Saera."

"Tak. Nak." Kata gadis itu satu persatu.

"Okay, then."

Saera tersenyum apabila melihat Jimin mahu menapak masuk ke dalam bilik muzik itu. Fikirnya, dia akan terlepas. Namun, tanggapannya meleset sama sekali.

Tubuh gadis itu didukung Jimin. Dengan sepantas kilat, Jimin mencempungnya dan dibawa masuk ke dalam bilik muzik itu.

"Yah! Park Jimin! Turunkan saya!" Bahu lelaki itu dipukul-pukulnya. Eleh, setakat tangan besar tu apalah sangat.

Tubuh gadis itu akhirnya diletakkan diatas sofa yang disediakan.

"Eo? Siapa ni Jimin?" Celah seseorang. Saera memandang lelaki itu pelik. Tidak perasan pula akan kehadirannya.

"Ahn Saera." Nama itu disebut bagi menjawab persoalan rakannya itu.

"Oh, I see. Tapi, sejak bila kau rapat dengan perempuan duh? Demam eh?" Tapak tangan lebar lelaki itu mendarat di atas dahi Jimin tetapi pantas ditepis lelaki itu.

Saera pula hanya melihat tingkah dua sahabat itu seperti mannequin.

"Oh ya. Hai, Ahn Saera. Saya, Kim Taehyung." Tangannya dihulur kepada si gadis untuk bersalam.

"H-hai. Sa-saya Saera." Tergagap-gagap gadis itu bercakap. Tangan lelaki itu disambut.

"Amboi, dengan crush kau ni bukan main kurang ajar. Dengan alien ni bukan main gagap kau ye." Celah Jimin.

"Siapa crush dekat awak?!"

"Dah merah pipi tu masih lagi tak nak mengaku?" Makin galak lelaki itu mengusik.

"Yah! Diamlah!"

Serentak itu, Jimin dan Taehyung menghamburkan tawa mereka berdua.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

563 words

Enjoy reading!❤🥺

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now