014☁️

583 129 15
                                    


"PARK Jimin! Ahn Saera! Kamu berdua buat apa ni?!"

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"HA ha ha. Lawak ke setan. Kalau betul-betul tu Sir Baek macam mana?!" Kepala rakannya itu ditunjal kuat.

Nak dijadikan cerita, Kim Taehyung ni berlakon jadi Sir Baekhyun yang garang gila nak mampus tu. Mentang-mentang suara garau. Terketar jugalah lutut Jimin dengan si Saera tu. Dahlah dalam keadaan yang--erm.

"Aku saja nak takutkan korang. Relax ar. Jangan marah marah. Nanti cepat tua kang Saera reject ehhh--"

"Bodoh." Sekali lagi kepala itu menjadi mangsa ketukannya.

"Bila kau nak bagitahu dia yang kau suka dia?" tanya Taehyung tiba-tiba.

"Nanti-nantilah. Belum masa yang sesuai lagi." Jawab Jimin pula.

"Hm ni lah dia. Bila si bodoh bertemu dengan si bangang. Si bodoh tu kau. Si bangang tu dia." Sambil itu, jarinya menunjuk kearah Jimin apabila menyebut perkataan 'si bodoh'.

Jimin pula hanya menayang poker face. Jari yang menghala kearahnya itu ditarik dan dipulas kasar.

"Ark! Sakitlah shibal! Woi! Ark!" Tidak habis-habis Taehyung mengaduh sakit. Tidak lama itu, jarinya dilepaskan oleh Jimin.

"Aww my precious finger." Jarinya itu diusap-usap oleh Taehyung.

"Gila."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

PADA tengahari itu, Saera dan Nara hanya berjalan kaki pulang dari sekolah. Macam selalu. Tetapi kali ini, Saera terpaksa berjalan dengan kaki yang berbalut akibat kes di sekolah tadi.

"Weh Saera."

"Hm."

"Apesal Jimin kejar kau tadi? Kau buat apa dekat dia?"

Pertanyaan Nara itu sedikit sebanyak membuatkan Saera tersentak.

Flashback

PPAK!

Kaki lelaki itu dipijaknya sekuat hati. Tanpa menunggu lebih lama, gadis itu melarikan diri. Tidak disangka, Jimin turut mengejarnya merata tempat.

Sehinggalah sampai di tangga koridor, kedua-dua mereka tergolek jatuh apabila Saera yang break secara mengejut dan Jimin yang tidak mengawal lariannya.

"Park Jimin! Ahn Saera! Kamu berdua buat apa ni?!"

Disangkanya, Sir Baekhyun yang menjerkah. Rupanya, si Taehyung. Haduh!

Baru sahaja Saera mahu bangun, dirinya kembali terduduk. Perit dikakinya tidak terkata. Rasa dicucuk-cucuk.

"Weh kau okay tak ni?" tanya Jimin. Risau pula melihat Saera yang hanya duduk diam itu.

"Kaki saya-- ssss sakit." Bukulali gadis itu ditilik Jimin.

"Sss sakitlah!" Tidak pasal-pasal tangan Saera mendarat di belakang badan Jimin. Sakit woo!

"Kaki kau bengkak ni weh. Jom aku bawa kau pergi bilik rawatan." Pelawa Jimin. Taehyung disitu hanya menjadi penonton tidak berbayar.

"Tak payah. Panggilkan Nara." Jawab gadis itu.

"Tak apa lah. Tak payah menyusahkan dia. Aku bawa kau pergi bilik rawatan kan senang. Jangan degil boleh tak?" bebel Jimin. Geram betul dia dengan perangai Saera yang teramat degil itu. Kepala batu!

"Saya lagi sanggup menyusahkan dia daripada menyusahkan awak." Sempat pula gadis itu berpickup line.

Taehyung pula hanya tersenyum petak melihat cara gadis itu mengambil hati Jimin. Boleh try dekat awek baru!

Jimin pula hanya mengeluh berat. Orang tengah risau, sempat pula dia bermanis-manis dekat sini. Tanpa amaran, tubuh gadis itu diangkat dan dibawa ke belakang badannya.

Ahn Saera yang seperti terkena renjatan elektrik itu terus melilitkan tangannya pada leher lelaki itu. Membulat matanya. Bukan dia sahaja, Taehyung pun tidak kurang sama juga.

"Y-yah! Turunkan saya, Jimin-ssi. Malulah pelajar lain nampak." Tutur gadis itu.

"Abaikan mereka." Balas Jimin ringkas.

Saera yang dari tadi menahan malu itu mula menyembamkan mukanya pada leher lelaki itu. Mengambil kesempatan dalam kesempitan. Park Jimin pula terkejut, terkedu dan tergamam. Tidak boleh digambarkan perasaannya sekarang.

End flashback

"Woi tapir!" Jerkahan itu sekaligus mematikan lamunan Ahn Saera.

"Wae?" tanya gadis itu, polos.

"Tak guna punya lahanurt. Aku penat pot pet pot pet, kau boleh mengelamun?! Eii jjinjja?!" Nara cuba untuk mengawal geramnya.

"Kau kan ei. Kalau tak fikir keadaan kau yang berbalut sekarang ni, memang aku sepak sepak kaki kau sekarang tahu tak?!"

Saera hanya tersengih dan membuat simbol peace menggunakan jarinya. Tanpa sedar, mereka sudah sampai di lorong yang memisahkan kawasan perumahan mereka.

"Hm. Jumpa esok. Bye."

"Bye."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

635 words

Enjoy guys! Jangan lupa vote and spam your comments okies!❤✨

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now