043☁️

489 101 9
                                    

"EISH, jalan pandang depanlah Young hoon! Janganlah main telefon. Kalau asyik macam ni, bila kita sampai checkpoint!" Ujar Saera. Geram pula dia apabila rakan sepasukannya, Kim Younghoon tidak mahu memberi kerjasama. Cubit kang!

"Hesy! Ya lah. Jom." Younghoon menyimpan telefonnya di dalam poket seluar. Malas mahu mendengar Saera membebel. Macam nenek.

Sementara itu, Saera ralit melihat peta yang telah diedarkan oleh gurunya untuk memudahkan mereka mencari lokasi checkpoint.

"Arah sana!" Semangat Saera memberitahu sambil jari telunjuknya menunjuk ke arah kanan.

"Let's go."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"TAEHYUNG-AH. Saya penat. Perlahan lah sikit." Raena mencebik gedik.

Taehyung memandang gadis itu tanpa perasaan. Halah kau, nak menggedik dengan aku pula!

"Apa hal lah aku dapat pair dengan betina ni." Gumam Taehyung. Matanya menjeling sedikit Raena yang elok duduk di atas kayu besar yang berada di dalam hutan itu.

"Lantak kau lah. Sesat padan muka." Kemudian, Taehyung meneruskan perjalanannya sambil melihat peta meninggalkan Raena yang sudah merungut itu.

"Ei tunggulah saya!" Nyaring suara itu menjerit.

"Diam lah gila. Kau sedar tak kita dalam hutan sekarang ni?" Taehyung menepuk kepala gadis itu, agak kuat tapi tak kuat. Hahaha.

"Sakitlah!" Gadis itu mencebik buat kali ke-1000. Yek yek gewlii!

"Eh, Jimin!" Bersinar mata Raena apabila kumpulannya dan Taehyung bertembung dengan Jimin dan pasangannya, Kwon Nara.

Taehyung terus berpaling apabila mendengar malaun itu menjerit nama Jimin. Dia tak salah dengar, bukan?

Ya, memang betul. Tidak jauh dari mereka ada Jimin dan Nara yang sedang bekerjasama mencari checkpoint seterusnya. Woah, kalau Saera nampak ni, mampus lo Nara. Hahahaha.

Tanpa menunggu lama, Taehyung terus pergi le arah mereka.

"Jimin!" Panggil Taehyung bagi menyedarkan Jimin.

"Eo? Taehyung-ah. Mana pair kau?" Tanya Jimin, sengaja.

"Tu." Balas Taehyung malas sambil bibirnya memuncung ke arah Raena yang sedang struggle untuk melepaskan kakinya dari akar yang tersangkut. Padan muka!

"Alang-alang tu, jom pergi checkpoint sama-sama?" Ajak Taehyung. Hah, malas dia nak pergi dengan Raena berdua.

"Jom." Setuju Jimin dan Nara serentak.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"HOON, sinilah. Kita tinggal lagi satu checkpoint." Kata Saera. Younghoon pula hanya mengikut.

"Weh, itu bukan musuh abadi kau ke?" tanya lelaki itu tiba-tiba. Jari ditunjuk ke arah Raena yang tidak jauh dari mereka. Macam sesat je perempuan tu.

"Biarlah dia. Nak hidup ke mampus ke, ada aku kisah?" Younghoon tertawa suka. Ganas betul si Saera ni.

"Kau pahal gelak-gelak? Celah mana kelakarnya?" Gadis itu menjegilkan matanya ke arah Younghoon yang sudah berguling-guling ketawa itu.

"Lantak kau lah, gila. Malas aku layan." Menonong Saera berjalan meninggalkan lelaki itu.

"Yah! Ahn Saera!" Saera berpaling memandang Raena yang menjerit macam orang gila panggil dia.

Apa lagi lah perempuan ni nak. Aku karate kang baru tahu.

"Apa kau nak? Sesat eh?" Sinis Saera bertanya bersama senyuman sinis yang tidak luntur dari bibirnya itu.

"Diamlah! Eh, kau yang suruh Taehyung tinggalkan aku kan?!" Tuduh Raena sambil menolak bahu Saera. Hampir tersungkur gadis itu akibat tolakan yang boleh tahan kuat itu.

"Apa kau merepek ni? Gila? Aku jumpa Taehyung pun tidak. Celah mana aku nak bercakap dengan dia entah."

"Mengaku je lah! Apa kau tak puas hati dengan aku hah?!" Jerkah Raena tiba-tiba.

"Kau tu dah kenapa?! Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba serang aku?!" Saera pun tidak kurangnya. Dijerkah gadis itu semula.

"Kau!" Laju Raena bertindak menampar Saera kuat. Tidak cukup dengan itu, tubuh gadis itu ditolak kuat sehingga tersembam pada kayu yang besar.

Membulat mata Raena melihat perbuatannya tadi. Darah segar dan pekat mula mengalir dari sisi dahi gadis itu.

Tidak menunggu lama, gadis itu terus pergi meninggalkan Saera keseorangan.

"Yah! Ahn Saera!" Terkejut Younghoon apabila melihat gadis itu tidak menyedarkan diri.

Sebenarnya, sudah lama dia menyaksikan segala perbualan dua gadis itu. Namun, tidak sangka Raena sanggup bertindak sedemikian. Gila!

Tanpa berfikir panjang, terus Younghoon menggendong tubuh itu bridal style menuju ke tapak perkhemahan.

Dia tahu, semua pasangan sudah sampai. Hanya mereka yang belum akibat terlalu banyak main semasa mencari checkpoint.

Haih.

Apabila sampai, semua mata tertumpu pada Younghoon dan Saera yang berada di dalam gendongan lelaki itu. Ada yang terkejut, blur dan pelbagai lagi reaksi diberikan.

Tidak ketinggalan juga, Taehyung dan Jimin laju berlari mendapatkan Saera yang pengsan itu.

"Apa jadi?!" tanya Jimin, marah.

"Nanti aku cerita. Bawa dia pergi rawatan sekarang!"

"Okay, okay. Relaks. First, kita bawa dia jumpa cikgu dulu." Ujar Taehyung bagi menenangkan keadaan yang kabut itu.

"Relaks apa bodoh! Kepala dia dah berdarah banyak ni!" Marah Jimin. Argh, dia stress tengok gadis kesayangannya ini sakit.

"Kau marah aku kenapa bodoh?!" Marah Taehyung semula.

"Kenapa ni?!" Encik Hwang datang menghampiri apabila mengetahui tentang situasi Saera. Itu pun ada pelajar yang bagitahu.

Tanpa menunggu jawapan mereka, lelaki itu terus mengarahkan Younghoon untuk meletakkan gadis itu ke dalam kereta Puan Yeul untuk dibawa ke hospital.

"Cikgu, saya nak ikut." Kata Jimin.

"No. Yang lain, packing. Kita balik Seoul hari ini juga." Arah Puan Yeul. Kemudian, dia terus meloloskan dirinya masuk ke dalam kereta dan kereta itu dipandu menuju ke hospital berdekatan.

"Saera-ah. I hope you will be safe."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════
┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘
827 words

Ayoo kesian Saera 💩 sksksk keep reading, vote and comment.

Which one?

TaeRa?

JiRa?


✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now