018☁️

589 127 7
                                    


"BOSAN arh duduk rumah." Gadis itu menggeliat kecil bagi meregangkan sendi-sendi tulangnya.

Bagi menghilangkan rasa bosannya, gadis itu turun ke dapur untuk menjenguk ommanya.

"Omma! Kamu di manaaa." Panggil Saera. Tidak nampak pula kelibat ommanya.

"Belakang rumah!" Jawab Puan Ahn. Tanpa menunggu lebih lama, Saera terus mengorak langkahnya menuju ke laman belakang rumahnya dimana terletak semua koleksi bunga-bunga ibunya.

Tidak lupa juga, pengepit baju dikepitkan pada hidungnya sebagai langkah berjaga-jaga. Kenapa? Ya, gadis itu mempunyai alahan pada bunga.

Sampai di halaman tersebut, gadis itu terlihat kelibat ibunya yang sedang menyiram bunga-bunga orkednya.

"Omma!" Sergah gadis itu. Namun, sedikitpun Puan Ahn tidak terkejut malah hanya menayangkan reaksi biasa.

"Nak apa datang sini. Kang terbersin-bersin, omma juga susah." Ujar wanita berumur 40-an itu.

"Hah sebab tu lah Saera pakai benda ni. Nampak ni?" Jawab Ahn Saera sambil jarinya menunjuk ke arah sepit baju pada hidungnya itu.

"Ada-ada je lah kamu ni." Kemudian, Puan Ahn meneruskan aktiviti menyiramnya yang tergendala sebentar tadi.

Setelah agak lama berdiam diri, akhirnya Saera menawarkan diri untuk membantu ibunya.

"Omma. Nak buat juga!"

"Tak payah. Nanti hatchuh hatchuh je."

"Nak juga!"

Sudah dapat diagak, gadis itu degil. Puan Ahn menayangkan riak jengkel + malas pada anak gadisnya itu. Orang tak bagi dia nak buat juga.

"Pergi siram rossie omma dekat sana." Arah Puan Ahn. Saera memandang ke arah bunga-bunga ros pelbagai warna itu. Tch, tak ada lah pelbagai. Tiga warna aje. Merah, pink, putih.

Kemudian, gadis itu melangkah menghampiri paip getah berdekatan bunga tersebut. Kepala paip itu diputar sehingga air keluar dari penyambungnya.

Dengan teruja, dia menyiram bunga-bunga itu. Merata-rata disiramnya. Kadang-kadang, terkena pada dinding. Ada juga terkena pada bunga-bunga lain.

"Ahn Saera!" Panggil Puan Ahn pada anak gadisnya.

"Ya omma!" Jawab gadis itu. Tanpa sedar, getah paip itu dihalakan ke luar kawasan halaman itu dan terkena pada seorang remaja lelaki.

"Yah!" Teriak seseorang dari luar rumah.

Saera yang seakan-akan terdengar jeritan itu berpaling ke arahnya. Kakinya melangkah keluar halaman dan ternampak kelibat Park Jimin mengenakan uniform sekolah yang sudah basah kuyup.

Wait, what?!

Park Jimin. Ulang suara, Park Jimin ya guys.

Tersembul biji mata Ahn Saera melihat permandangan depan matanya. Fuh, berdarah hidung. Seketika, kepalanya digeleng-gelengkan berulang kali.

'Apa benda kau ni Saera. Tak baik weh tak baik usya anak teruna orang cenggitu.' Tutunya pada diri sendiri.

Gadis itu memberanikan diri untuk menghampiri pujaan hatinya itu. Hm, nampaknya Park Jimin masih tidak menyedari kehadiran gadis itu.

"Oit." Lengan lelaki itu dicucuk menggunakan jari telunjuknya.

Park Jimin mengangkat kepalanya untuk melihat kelibat yang menegurnya itu.

"K-kau? Macam mana kau boleh ada sini?" Jimin yang seperti terkena renjtan elektrik itu tergagap-gagap mahu bersuara.

"Hehe. Tu rumah saya lah." Jawab gadis itu.

"Oh maknanya kau lah yang siram aku sampai basah kuyup ni hah?"

"Eh ma-mana ada. Saya tak sengaja lah!" Nafi gadis itu.

"Tch. Lepas tu kau nak buat apa sekarang?" Tanya lelaki itu pula. Sengaja Jimin mahu menguji gadis itu.

"Eh erm. Jom lah masuk rumah saya. Tukar baju. Hah masuk masuk. Sialkan. Ehh silakan." Jimin tergelak kecil mendengar pertuturan Saera yang baginya agak awkward itu.

Kening lelaki itu dijungkitkan. Biar betik perempuan ni senang senang je bagi lelaki masuk rumah.

"Haish. Fikir apa? Omma saya ada dekat dalamlah." Terang gadis itu. Apa? Fikir dia senang senang bagi lelaki lain masuk rumah?

"Ahn Saera! Buat apa dekat luar tu lama-lama?!" Jerit Puan Ahn dari dalam.

"Hah dengar tu. Kan omma dah marah. Semua salah awak."

"Eh sukahati kau je nak salahkan aku. Siapa yang siram aku?" Jimin panas hati.

Eh iya lah, niatnya ponteng sekolah untuk menjenguk gadis itu. Namun tidak sangka pula begini habuannya.

"Ahn Saera!" Panggil Puan Ahn lagi. Apa lah anak gadis dia ni buat lama-lama dekat luar tu. Ngorat anak teruna orang ke apa?

"Ya! Saera nak masuklah ni. Omma ni...kecoh lah." Ayat terakhir itu ditutur perlahan sambil mencebik.

Ahn Saera dan Park Jimin melangkah masuk ke dalam rumah itu mengikut pintu belakang. Dah alang-alang jumpa dekat pintu belakang. Apa salahnya?

"Ya tuhan. Anak teruna mana kamu culik ni, Saera?" Tanya Puan Ahn. Adakah betul sangkaannya tadi yang Saera mengorat anak teruna orang?

"Ni kawan lah omma." Terang gadis itu. Takkan dia nak bagitahu yang Jimin ni crush dia. Agak-agak lah.

"Annyeong Puan. Nama saya Park Jimin." Lelaki itu mempekenalkan diri lantas membongkokkan badannya tanda hormat.

"Dah kenapa kamu ni basah kuyup?" Tanya wanita itu lagi. Saera sudah membulatkan mata. Jimin pula sudah menayangkan senyuman jahat.

Wajah Jimin dipandang dengan pandangan 'jangan bagitahu omma please?'

"Sebenarnya...--"

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

744 words

Amacam? Bersemut tak? Agagagaga enjoy reading!🍡✨

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now