019☁️

568 126 9
                                    


"NAH." Sehelai hoodie lelaki dicampak pada muka lelaki itu.

Pada mulanya, Jimin terkejut. Tapi lama-kelamaan dia faham mengapa gadis itu bertindak sedemikian.

"Kau marah aku?"

"Eh tak lah. Suka aje ni. Awak suka lah kan saya kena marah dengan omma?"

"Suka. Muka kau kelakar." Saera hanya membuat muka malas.

"Ada apa-apa yang kelakar lagi?" tanya gadis itu.

"Tak ada. Kau boleh keluar. Atau kau nak tengok aku tukar baju?" Jimin tersenyum nakal.

"Ehh apa benda awak ni!" Gadis itu kemudiannya bertindak untuk keluar dari bilik itu. Pintu bilik itu ditutup rapat.

Jimin pula hanya tergelak kecil. Baju sekolahnya yang basah lencun itu dibuka dan digantikan dengan hoodie berwarna biru muda. Kemudian, matanya melilau untuk mencari plastik kosong untuk menyumbat bajunya sekolahnya.

Bilik Ahn Saera itu diterokainya. Tandas? Tak jumpa. Almari? Tak jumpa juga. Destinasi terakhirnya adalah laci di sebelah katil gadis itu. Eh sukahati je ceroboh bilik anak dara orang.

Tombol laci itu ditarik perlahan. Didalamnya terdapat pelbagai jenis plastik, getah dan barangan lain. Namun, satu plastik getah transparent amat menarik perhatiannya.

Plastik itu ditarik keluar dari laci itu. Tulisan di hadapan plastik itu yang bertulis 'JIMINIE PABO-YA'. Serentak itu, seperti ada kepulan-kepulan asap yang keluar dari kepala lelaki itu menandakan dia geram.

Tanpa berlengah, ziplock plastik itu dibuka. Wah, terdapat banyak gambar-gambar Jimin. Dari tahun kedua sehingga sekarang! Iaitu tahun kelima. Dibelek gambar itu satu-persatu. Setiap gambar mempunyai caption nya yang tersendiri.

"Tch. Tak ada kerja."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

PARK Jimin melangkah perlahan menuju ke ruang tamu rumah milik Saera itu. Punggungnya dihenyak pada sofa.

"Eh Jimin. Hah turun pun. Jemputlah minum." Puan Ahn meletakkan dulang yang berisi jus oren bersama kek red velvet itu di atas meja berhadapan lelaki itu.

"Thanks, aunty." Gelas berisi jus oren itu diambil dan disisip sedikit.

"Erm aunty. Saera mana?"

"Toilet. Tiba-tiba sakit perut katanya. Apa nak jadilah budak tu. Aunty sebenarnya risau dengan dia tu."

"Kenapa aunty? Mana tahu saya boleh tolong?" tanya Jimin.

"Entahlah Jimin. Saera tu, exam dia selalu dapat result teruk. Aunty tak tahu nak nasihat dia macam mana lagi. Degil betul!" Adu wanita berumur itu kepada Jimin.

"Jimin...selalu dapat kedudukan nombir berapa dalam tingkatan?"

"Tak adalah hebat sangat aunty. Setakat nombor dua tu bolehlah sikit-sikit." Puan Ahn terkejut. Semakin berminat dia jadinya untuk berkenalan dengan lelaki itu.

"Kalau Jimin tak kisah, boleh Jimin ajarkan Saera? Aunty tahu benda ni agak terburu-buru tapi aunty just nak yang terbaik untuk anak aunty."

Melihat muka penuh berharap yang terpampang pada wanita itu, Jimin jadi tak sanggup untuk menolak.

"Boleh. Jimin...cuba."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"OYEAHH! Belajar dengan Jimin! Terbaiklah omma!" Gadis itu menjerit kecil disebalik pintu dapur itu. Tanpa sengaja, meja kecil itu dilanggar sedikit.

"Opocot!"

"Aduh. Adududuh! Bongok punya meja. Time time ni lah kau nak ada dekat sini." Tch, meja itu pula disalahkannya.

Seketika, Saera mengambil keputusan untuk melangkah menghampiri si ibu dan bakal sua-- ehh Jimin.

Jalannya pula sedikit terhincut dek kerana kakinya yang masih berbalut. Ditambah pula pinggangnya yang terasa sengal semacam apabila terlanggar meja tadi.

Tangannya setia memegang pinggangnya persis seorang model tempang. Sebijik!

"Kamu kenapa jalan terlentok-lentok ni? Tebiat?" tegur Puan Ahn sebaik sahaja ternampak anaknya gadisnya itu datang menghampiri.

"Pinggang Saera tercucuk bucu meja lah." Gadis itu mencebik geram.

"Ada-ada je kamu ni. Dengan kaki tempang nya."

"Ommaaaa. Mana ada tempang. Terseliuh je lah." Ahn Saera merengek manja.

"Hah kamu tengok tu Jimin. Manja pula tu. Haih." Jimin hanya tertawa hambar.

"Saera, mulai esok kamu akan belajar dengan Jimin. Dia akan jadi tutor kamu. Arasseo?"

"Jjinja?! Wahh." Gadis itu hanya berpura-pura. Al-kisahnya, dia dah tahu dari tadi lagi.

"Awak jangan garang-garang tau Jimin. Kalau tak, saya lari."

"Kau lari, aku kejar." Jawab Jimin selamba. Saera pula tersenyum gedik.

"Tak payah mengada nak lari bagai. Duduk diam, belajar. Kalau lari tu boleh dapat nombor satu dalam tingkatan tak apa juga." Bidas Puan Ahn.

Zzup! Headshot!

Saera tersentap. Jimin pula sudah menahan dari tawanya terhambur.

"Sampainya hati omma." Tangannya dibawa kedada acah-acah sentap.

"Hah sudah sudah. Merepek aje kamu ni." Saera menayangkan senyuman kambingnya.

"Aunty, kalau tak ada apa-apa lagi Jimin balik dulu."

"Nae. Hati-hati balik. Jangan lencun lagi." Pesan wanita itu. Tetapi lebih kepada perlian buat anak gadisnya.

Saera pula hanya buat-buat pekak.

Bla, bla, bla.

"Nae. Annyeong." Sewaktu melintasi gadis itu, sempat Jimin berbisik pada telinganya.

"Jiminie pabo-ya, huh?" Bisiknya sinis.

Saera terkelu. Takkan Jimin jumpa plastik tu?

'Andwaeeeee'

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

744 words

Enjoy reading!❤✨

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now