026☁️

556 123 7
                                    


"OI. Marah lagi ke?" Tanya Jimin, polos. Dari tadi gadis itu hanya mendiamkan diri. Sepatah pun tidak bersuara.

"Tak adalah. Tak marah pun. Gembira je ni hah." Gadis itu mengukir senyuman palsu.

"Baguslah kalau tak marah. Nanti boleh aku buat lagi. Kan?"

Mendengar balasan lelaki itu, Saera berdecit kecil. Menyampah!

"Kau nak tengok tak gambar budak paling annoying dekat sekolah kita?" Tanya Jimin, sengaja memancing gadis itu.

"Mana?"

Dengan itu, Jimin mengeluarkan telefonnya dari poket seluar. Galeri dibuka.

"Ni. Budak ni."

Mata Saera membulat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mata Saera membulat. Terkejut beruk dia tengok gambar dia yang tak semenggah itu. Kalau tak silap, gambar itu diambil Nara sewaktu Saera dicabar untuk buat muka paling buruk. Pada tahun kedua!

Demi Tuhan, macam mana Jimin boleh ada gambar ni?!

"Yahh! Park Jimin! Delete balik gambar tu! Ya Tuhan!" Saera cuba untuk mencapai telefon itu. Namun apakan daya, Jimin mengangkat telefon itu tinggi ke udara.

Setelah berputus asa, gadis itu duduk mencangkung disitu. Jimin pula memandangnya pelik. Dah kenapa dia ni? Tebiat?

"Hiks hiks. Padam lah gambar tu. Tercalar maruah saya. Hiks. Sreett." Bahu gadis itu terhincut-hincut menangis sambil menyedut hingusnya.

Jimin terkejut. Serius lah perempuan ni nangis?!

"W-weh, jangan lah nangis. Aku tak pandai pujuk orang siut." Teragak-agak lelaki itu mahu mengusap belakang Saera. Dia turut mencangkung di sebelah gadis itu.

Pandangan orang sekeliling terhadap mereka tidak dipedulikan.

"Sejak bila kau cengeng ni?" Saera masih lagi diam. Sesekali, hingusnya disedut lagi.

Jimin pula leka memandang sekeliling. Tipulah kalau dia kata dia tak malu, tapi nak buat macam mana.

Kesempatan yang ada digunakan Saera sebaik mungkin. Telefon pada tangan lelaki itu dipandang lama sebelum dia bertindak untuk merampasnya.

"Yeayy dapat!" Terus sahaja gadis itu berdiri dan gambarnya dipadam.

"Dasar. Ei penipu!"

"Menipu untuk kebaikan saya juga. Awak apa tau?" Bidas Saera.

"Ee dahlah kau." Jimin terus berjalan pantas menuju ke baskin robbins tanpa mempedulikan gadis itu yang terkocoh-kocoh mengikutinya.

"Jimin tunggulah!" Tersungging senyuman manis pada wajah gadis itu. Puas selepas mengenakan lelaki itu. Padan muka!

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"HAIH penatnya!" Ujar Park Jimin. Badannya dihempas keatas katil miliknya.

Tidak lama selepas itu, bibirnya mengukir senyuman lebar. Tidak sangka, daripada silap mesej, dirinya dan Saera kini lebih rapat. Berterima kasih pada Saera yang salah send mesej.

Jimin bahagia!

Kemudian, Jimin bangun. Tuala diambil dan lelaki itu mengatur langkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri setelah seharian keluar dan melayan karenah seketul Ahn Saera.

Kira-kira beberapa minit kemudian, lelaki itu melangkah keluar dari bilik air lengkap berpakaian.

Meja belajarnya dituju. Kerusi ditarik dan disitulah Jimin melabuhkan punggungnya. MacBook nya dibuka. Satu fail yang telah lama disimpannya dicari.

Seketika, bibirnya tersungging senyuman mengejek.

Guess what?

Gambar yang Saera delete tadi, Jimin ada copy nya. Apa? Fikir Jimin lembap? Come on, Park Jimin kot.

Dan hari itu lah dimana Saera ditipu hidup-hidup oleh crush nya sendiri.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
  ⸙: ✰   𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝    ❀ ⋆
└─────────────────┘

470 words

Do vote and comments okies hehe enjoy reading guysseuuu!✨🐣

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now