046☁

474 90 9
                                    

PARK Jimin memandang ke kiri dan kanannya berulang kali. Memastikan tiada kenderaan yang lalu kerana dia mahu melintas. Apabila sudah memastikan jalan raya itu betul-betul selamat, lelaki itu mula melangkah melintasinya.

Namun tanpa diduga, cahaya terang menerobos masuk ke dalam kornea matanya. Jimin kaku. Akalnya seolah-olah beku tidak tahu mahu berbuat apa.

Lelaki itu hanya berdiri tegak menunggu takdir yang akan menimpanya.

Sreetttt!

Buk!

Melambung sekujur tubuh lelaki itu terhempas ke jalan raya. Bunga baby breath yang berada di dalam pegangannya juga entah ke mana.

Darah pekat mengalir tidak henti dari kepalanya. Dalam keadaan yang cukup menyakitkan itu, Park Jimin sempat tersenyum.

"Ahn Saera, i love you. Infinity."

Itulah ayat terakhir yang diucapnya sebelum kedua-dua matanya tertutup rapat.

"HUHH!" Gadis itu terbangun secara mengejut. Dia takut. Takut dengan mimpinya. Jimin, ya dia mimpikan lelaki itu. Atau lebih tepat lagi, teman lelaki nya itu.

Serious talk, itu mimpi paling buruk yang dia pernah dapat. Nafasnya laju begitu juga irama jantungnya. Masih panik.

Tiba-tiba, pintu wad itu dikuak dari luar. Tersembul wajah Park Jimin di muka pintu itu. Nak tak nak, Ahn Saera memaksa dirinya untuk senyum. Tidak mahu jejaka itu risau melihat keadaannya.

"Morning, girlfie!" Ucap Jimin ceria. Kecil sahaja matanya apabila senyum.

Saera menayang wajah pelik.

"Girlfie tu apa benda?"

"Girlfriend but in short la budak kecik." Jimin mengetuk perlahan kepala gadis itu.

"Entah apa-apa lah. Tak sweet langsung."

"Kau jangan nak demand. Dah tu kau nak aku panggil kau apa? Baby? Sayang? Honey? Kalau kau pilih untuk jadi wife aku semalam boleh lah." Ujar lelaki itu selamba.

Saera membuat muka cemberut. Sakit-sakit ni pun nak usik orang. Hesy!

"Bila kau boleh keluar wad?" Tanya Jimin. Sedari tadi, matanya asyik tertumpu pada wajah gadis itu. Seperti ada yang tak kena. Hm.

"Lusa! Awak jangan lupa ambil saya tau! Kalau tak, kita break. Hmph, tak nak kawan." Gadis itu menyilangkan kedua belah tangannya lagak bos.

"Amboi. Mana adil!" Bantah Jimin. Pipinya dikembungkan sedikit gaya protes.

"Ei, kenapa comel sangat niii." Tidak tahan lagi, gadis itu mencubit perlahan pipi mochi Jimin.

"Jangan main pipi oranglah. Pipi dia tu pun dua kali lima je." Ejek lelaki itu.

"Oh ya. Omma aku cakap get well soon to you."

"Omma awak ingat saya lagi?" Terharu gadis itu dibuatnya. Baru jumpa sekali tapi diingat sampai sekarang. Riak jap hokhok.

"Of course. Her daughter-in-law kot. Mestilah kena ingat." Seloroh lelaki itu. Tersedak air liur Saera dibuatnya. Ada-ada je lelaki ni.

"Dah lah. Banyak betul bersembang. Baik kau pergi mandi, gosok gigi tu. Lepas tu kita breakfast together okay?"

"Okay." Sejurus itu, Saera terus meloloskan dirinya masuk ke dalam bilik air di dalam wad itu. Jimin pula hanya tersenyum melihat karenah gadis itu. Macam budak-budak.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

MEJA yang mempunyai empat tempat duduk itu menjadi pilihan Jimin dan Saera. Ya, mereka kini berada di cafeteria. Kata Saera, bosan asyik makan di wad.

Mereka berdua melabuhkan punggung pada kerusi masing-masing

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka berdua melabuhkan punggung pada kerusi masing-masing. Makanan pula sudah dipesan sebelum mereka memilih meja.

"So, esok kau dah boleh rumah kan?" tanya Jimin sekadar menghidupkan suasana.

"Yes. Dan aku tak sabar nak jumpa semua orang dekat sekolah nanti." Jawab gadis itu ceria.

Jimin memberi senyuman kelat. Entahlah, sejak dua tiga hari ni dia selalu rasa tak sedap hati. Tapi, tanpa dia sedari, Saera asyik merenung wajah gusarnya dari tadi.

Ya, gadis itu juga sering mengalami mimpi buruk tentang Jimin. Sungguh, dia tak nak hilang lelaki ini. Baginya, Jimin bagaikan kiriman Tuhan kepadanya.

"Yow! Makan tak ajak." Sergah Taehyung dan Nara dari belakang. Terkejut pasangan itu dibuatnya. Hesy!

"Bongoklah. Terkejut aku lah sia." Ujar Jimin. Giginya diketap rapat lalu satu tumbukan kuat hinggap pada bahu Taehyung.

Kim Taehyung hanya menayangkan senyuman petaknya seperti tiada apa yang berlaku.

"Order lah makanan. My treat." Pelawa Jimin kepada dua orang yang baru sampai itu.

"Wah, jarang-jarang anak Park ni." Kata Saera sambil matanya tidak lepas memandang telefon pintarnya. Anti-social.

"Eleh, setakat makanan hospital. Aku pun boleh belanja." Nampak tak betapa tak bersyukur nya anak Kim ni. Hempuk sekali kepala baru tahu.

"Bersyukur boleh tak?" Setelah agak lama berdiam diri, Saera menyampuk.

"Ish! Ye lah!" Sejurus itu, Taehyung terus mengheret Nara yang masih ralit dengan telefonnya itu ke kaunter makanan.

Ditinggalnya Jimin dan Saera berduaan. Ahn Saera dan Park Jimin memandang sesama sendiri sebelum menghamburkan tawa masing-masing. Entah apa yang lucu.

Yang pasti, mereka bahagia kerana dapat memiliki satu sama lain. Tak terkata rasa bersyukur nya.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘
741 words

Alhamdulillah, i'm officially 16 now! 💓 Yea, here it is. Hope you guys keep reading, vote and comments. Annyeong ! ❤️

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now