025☁️

509 119 8
                                    


"NARA!" Saera dan Nara, kedua-duanya berlari kearah masing-masing sebelum berpelukan. Macam dah lama tak jumpa, padahal baru jumpa dekat sekolah.

Park Jimin dan Bae Jinyoung pula hanya berpeluk tubuh sambil memandang 'perempuan mereka' yang sedang meluah rasa rindu itu. Kononnya.

"Jim, sejak bila kau together dengan Saera ni." Tanya Jinyoung lantas tertawa kecil. Ya, walaupun mereka setingkatan tetapi tidaklah rapat mana.

Lagipula, Jimin berkawan baik dengan Kim Taehyung sahaja.

"Mana ada aku together dengan dia. Aku saja teman dia. Alang-alang aku bosan." Jimin pula bersuara. Matanya kekal memadang kearah Saera.

Tidak lama kemudian, kedua-dua gadis itu menghampiri.

"Jom tengok wayang!" Nara mula menyuarakan pendapat.

"Aku okay je."

"Sure. Why not."

Jinyoung dan Saera sudah memberi kata putus. Kini, mereka hanya menunggu keputusan Park Jimin sahaja.

"Alah, jom lah Jimin. Bukan selalu kita keluar sama-sama." Saera mula mengeluarkan taktik memujuknya. Sengaja wajahnya ditayang penuh kesian.

Jimin menghela nafas perlahan.

"Ye lah."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"KALAU aku tahu, aku takkan setuju nak tengok wayang dengan korang." Gadis itu mengeluh berat.

Mana tidaknya, dia tengok cerita Annabelle dengan Jimin dirumah pun sudah menjerit macam orang gila. Inikan pula, masing-masing bersetuju untuk menonton The Conjuring 2. Mahu dia pecut terus keluar dari panggung wayang.

Tambahan pula, Nara memilih tempat duduk yang sipi-sipi sahaja dengan skrin.

Jinyoung | Nara | Saera | Jimin

Begitulah kedudukan mereka sekarang.

"Belum start movie dah menggigil? Tch. Itulah kau. Lain kali dengar cakap aku." Sempat Jimin berbisik pada telinga gadis itu.

Bulu roma gadis itu menegak. Terkejut dengan bisikan yang tiba-tiba itu.

"Weh nak start dah!" Suara Nara memecahkan keheningan antara Jimin dan Saera.

DDUM!

Bunyi pintu dihempas yang dimainkan dalam movie itu cukup membuatkan Saera mahu muntah darah.

Tanpa sengaja, lengan lelaki di sebelahnya dipeluk erat.

"Aish budak ni. Mengada betul." Bisik Jimin pada dirinya sendiri.

"Kau still nak tengok ke?" Saera hanya menggeleng laju sebagai jawapan.

"Jomlah keluar."

"Pergi mana?"

"Mana-mana lah. Book-- saya lagi rela tengok movie ni dari pergi kedai buku." Pintas gadis itu. Oh tuhan, Jimin ni tak muak ke menghadap buku hari-hari, setiap masa.

"Chim, jom pergi baskin robbins?" Ajak gadis itu.

"Excuse me, Chim? Nama anjing mana kau rembat ni?" Tanya lelaki iti sedikit hairan.

"Bt21. Saya ada tengok satu watak ni macam sama je dengan awak. And dia memang anjing pun. Namanya Chim lah." Ujarnya, selamba.

"Tch. Cakaplah dekat kawan kau tu. Kita keluar."

"Ala, tapi tak membazir ke tiket wayang ni?" Dirinya diselubungi rasa bersalah.

"Aku yang bayar. Kau kisah apa?" Sejurus itu, Jimin terus bangun dan meninggalkan seat nya.

"Eh, tunggulah!"

"Nara, aku keluar dulu tau. Nanti nak balik, tak payahlah tunggu aku. Balik aje dulu. Bye!" Dengan kelam-kabutnya, Saera terus bangun dan keluar dari panggung wayang itu tanpa menunggu jawapan Nara.

Setibanya di pintu keluar, kelibat Jimin dicari. Aik, mana lelaki ni? Lajunya jalan.

"Boo!"

"Ommaaa!"

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
  ⸙: ✰   𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝    ❀ ⋆
└─────────────────┘

490 words

Maaflah kalau hambar👁👄👁 i have done my best! Enjoy reading✨🐣

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now