011☁️

630 152 30
                                    


Klek!

"Jimin?" panggil seseorang yang sepertinya dari arah pintu.

"Ma-macam mana annabelle tu tahu nama awak? Awak kawan dengan dia ke?" Bisik Ahn Saera ke telinga lelaki itu.

"Sengal. Tu omma aku, gila." Dahi gadis itu dijentiknya. Bebal betul.

"Ark." Gadis itu mengaduh sakit. Sesungguhnya jari Park Jimin sangatlah sakit ya bila menjentik orang.

Jimin pula melangkah pergi ke arah ommanya. Tangan wanita lingkungan 40 an itu dicapai lantas dikucup.

"Omma penat?" Tanya lelaki itu.

"Uhm, bolehlah."

"Aunty Jaera mana?" Tanya Jimin lagi.

"Oh, dia tengah angkat barang. Nanti masuklah tu." Jawab Puan Park.

"Eo? Siapa tu, Jimin? Anak omma ni bawa masuk girlfriend dalam rumah?" Tanya wanita itu sejurus memandang tepat ke arah Ahn Saera.

Gadis itu pula sudah kecut perut. Takut dimarahi oleh Puan Park. Kepalanya setia menunduk. Sedang dia melayan perasaan sendiri, wanita yang dikenali sebagai Puan Park itu menghampirinya.

"Itu kawan Jimin lah omma. Dia tolong jagakan Jaehyun sekali tadi. Jimin mana tahu apa-apa pasal baby ni." Mulut lelaki itu dijuihkan. Saja bermanja dengan ibu sendiri. Tak salahkan?

Memang tak salah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Memang tak salah. Tapi jadi salah bila jantung Ahn Saera dari tadi berdegup laju seakan-akan marathon.

"Jimin, pergi tolong aunty Jaera kamu tu angkat barang. Lama betul. Dari tadi tak masuk-masuk."

Jimin akur.

'Jimin! Jangan tinggal akuuuu' desis hati kecil gadis itu.

"Nama kamu siapa?"

"A-ahn Saera, Puan." Jawapan gadis itu membuatkan wanita berumur itu tertawa kecil. Lucu melihat gadis muda di hadapannya itu seakan-akan takut dengan dirinya.

"Janganlah panggil puan. Panggil aunty je."

"Baik, aunty."

"Dah lama berkawan dengan Jimin? Sebab setahu aunty, Jimin tu mana berminat nak kawan dengan perempuan. Perempuan pun dia tak pandang. Tapi, bila aunty tengok dia bawa perempuan masuk rumah, aunty pelik sikit." Kata Puan Park berjela-jela.

"Tak adalah lama mana aunty. Saya kenal dia dah lama. Tapi baru kawan dengan dia dalam minggu lepas. Hehe. Baru ada kekuatan nak tegur dia." Belakang lehernya diusap. Janggal sedikit dengan keadaan sekarang.

"Kamu suka Jimin?"

"Hah?"

"I'm home!" Jeritan dari Park Jaera, merangkap adik kepada omma Jimin itu sangat melegakan hati Saera.

'Uish. Nasib baik sia. Kalau tak, tah apa-apa aku jawab tadi.'

"Aunty Jae, perlahan sikit suara tu. Jaehyun tidur. Nanti dia bangun, salah aunty." Tegur Jimin. Saja mahu mengusik. Tapi memang betul Jaehyun tidur. Budak itu mudah terkejut.

"Kau memang dengki dengan aunty kan, Jimin." Mata wanita itu dijegilkan kearah anak buahnya itu. Park Jaera merupakan wanita 30 an. Masih berjiwa muda.

Jimin mengangkat kedua tangannya tanda surrender.

"Jaera, tengok Jimin bawa siapa datang rumah." Sampuk Puan Park setelah sekian lama berdiam diri.

"Wow! Jiminnie aunty dah ada girlfriend. Uwuuuu. Bila official?" Bahu wanita itu disenggolkan kepada Jimin.

"Kitaorang kawanlah."

"Ele, ele. Jimin blushing lah, akak." Makin galak Park Jaera mengusik Jimin.

"Aunty!"

Serentak itu, semua yang berada di situ ketawa besar melihat tingkah Jaera dan Jimin.

Namun, mereka lupa bahawa si cilik Jaehyun yang sedang tidur itu berasa terganggu dengan bunyi bising itu.

"Huwaaaa!!"

Dan dia pun melepaskan tangisannya. Kelam-kabut semua yang berada di ruang tamu itu. Terutamanya Park Jaera, ibu kepada si kecil Park Jaehyun.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"SORRY kalau kau tak selesa dengan keluarga aku tadi." Kata Jimin seraya itu memulakan perbualan mereka.

Kini, mereka berada di dalam kereta milik Park Jimin. Lelaki itu disuruh oleh omma nya untuk menghantar Saera pulang. Katanya, tak elok kalau gadis macam Saera ni jalan sorang-sorang senja macam ni.

Jimin pula hanya akur.

"Eh tak lah. Saya okay je. Saya suka family awak. Happy je. Untung awak."

"Baguslah kalau macam tu."

Dan suasana di dalam kereta itu kembali sepi.

"Jimin! Awak tak jawab lagi soalan saya kelmarin. Kenapa awak baik dengan saya?! Hah jawab jawab." Tanya gadis itu.

Jimin diam.

"Yah! Park Jimin."

"Dah sampai rumah kau." Brek keretanya dinaikkan. Alah, time-time ni lah dah sampainya.

"Jawab dulu soalan saya." Gadis itu masih tidak mahu mengalah.

"Keluar."

"Jawab, Park Jimin."

"Keluar dari kereta mahal aku, Ahn Saera."

"Eleh, setakat kereta ni. Saya pun boleh belilah. Cuma tak ada lesen je."

"Ada aku kisah? Keluar. Aku nak balik."

"Okay fine!" Pintu kereta itu dikuak dari dalam dan dihempas.

"Rosaklah pintu kereta aku, cipan."

"Ada saya kisah? Pergi balik."

Akhirnya, kereta itu meluncur pergi dari perkarangan rumah agam Ahn Saera. Gadis itu hanya memandang dgn pandangan yang tidak dpt ditafsir.

'Tak kira. Aku kena cari tahu juga.'

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

708 words

Another update❤ Enjoy reading!🥳🥳

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now