048☁

484 86 8
                                    

"CEPATLAH weh. Aku nak gerak dah ni. Nanti Saera tunggu pula." Ujar Kim Taehyung tergesa-gesa. Sesekali lelaki itu melirik ke arah Park Jimin yang sibuk menulis sesuatu di belakang kanvas untuk diberi kepada gadis kesayangannya itu.

Macamlah tak jumpa setahun. Nanti jumpa juga.

"Sabar kejap!" Sedaya upaya Jimin cuba melajukan penulisannya. Lenguh tangan woi! Tersenget-senget tulisannya angkara ingin cepat. Semua salah anak Kim yang tak reti sabar ni, huh!

"Okay siap! Jangan baca! Nanti dah sampai terus pass dekat dia tau!" Ujar Jimin seraya memberi amaran kepada lelaki itu. Kim Taehyung mengangkat tangannya dan membentuk 'ok' menggunakan jari telunjuk dan ibu jarinya.

Lantas, lelaki itu meloloskan diri masuk ke dalam kereta yang bakal dipandu oleh Kim Younghoon itu. Kemudian, kereta itu meluncur laju membelah jalan raya meninggalkan Jimin yang baru hendak masuk ke dalam kereta miliknya itu.

Ya, memang niatnya untuk ke hospital sejurus selepas sesi persekolahan tamat. Tetapi, tak manis pula kalau dia tak bawa apa-apa untuk gadis itu. Jadi, dia berhasrat untuk membeli bunga baby breath untuk gadis itu. Ngeheee.

Akhirnya, Honda Civic milik lelaki itu pun meluncur laju ke kedai bunga berhampiran hospital yang didiami Saera.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

switch on the song if you want more vibes for this scene

"AUNTY, bagi saya a bouquet of white chrysanthemum. " Ujar Park Jimin sambil matanya memerhati pelbagai variasi warna bunga disitu. Pelbagai warna dan pelbagai maksud.

"Tunggu sekejap." Sedang wanita itu menyediakan bunga buat Jimin, matanya melirik sekilas ke arah lelaki itu.

"Aunty, ada kad tak?" tanya Jimin.

"Ada. Awak nak berapa?"

"Satu je lah." Wanita itu melangkah ke arah yang menempatkan pelbagai kad. Satu kad diambilnya dan diberi kepada Jimin. Kemudian, dia kembali ke tempatnya untuk menyiapkan bunga itu.

"Awak tahu kan maksud bunga ni?" Tanya wanita itu. Jimin hanya mampu mengukir senyuman hambar.

"Tahu." Hanya sepatah itu yang dibalasnya.

"Nah, dah siap. Apapun yang jadi, aunty doakan awak bahagia dengan gadis itu." Ucap wanita itu. Macam mana dia tahu? Sebab Jimin seringkali berkunjung ke kedai bunga nya untuk membeli bunga buat Saera.

"Terima kasih. Saya pergi dulu." Pamit lelaki itu. Sambil dia berjalan menuju ke keretanya, bunga itu dihidu. Erm, wangi. Saera mesti suka!

"AREUM!"

Baru sahaja lelaki itu ingin membuka pintu kereta, dia terdengar jeritan nyaring yakni milik wanita di hadapan kedai bunga itu. Secara drastik, matanya tertumpu pada seorang kanak-kanak lingkungan 3 tahun sedang berlari ke tengah jalan raya.

Dan pada masa yang sama, sebuah kereta sedang meluncur laju di atas jalan raya tersebut. Tanpa berfikir panjang, lelaki itu terus berlari untuk menyelamatkan gadis itu. Bunga di pegangannya dicampak entah kemana.

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now