031☁️

548 115 18
                                    


"HATI-hati bawa kereta tu, Jimin." Ucap Puan Ahn usai sahaja mengiringi jejaka itu ke pintu rumah.

"Baik, aunty." Lelaki itu menunduk sopan. Matanya tidak lepas memandang Saera yang dari tadi mencebik tidak puas hati. Jungkook pula tidak habis-habis mengusik gadis itu.

Jimin hanya menggelengkan kepalanya. Macam-macam.

"Jimin balik dulu." Kemudian, kakinya diorak ke kereta miliknya yang elok terpakir di garaj.

"Hyung!" Jimin menoleh.

"Noona cakap i love you!"

"YAH! JEON JUNGKOOK!"

Sejurus itu, Jeon Jungkook terus berlari meninggalkan Saera yang sudah berasap itu. Jimin tersenyum kecil. Lelaki itu kembali menoleh ke arah Saera.

Melihat Puan Ahn yang sudah berlalu masuk ke dalam rumah, lelaki itu mengambil kesempatan untuk melambai tanda selamat tinggal kepada gadis itu.

Tangan kecilnya diangkat dan dilambai ke udara. Ahn Saera terkedu. Matanya di gosok berulang kali.

Serious la ni Park Jimin?!

"Noona! Dah angau ke tu?!" Jerit Jeon Jungkook dari dalam rumah. Budak arnab ni kalau tak kacau sehari tak sah. Acah je dekat sekolah cool.

"KAU MEMANG NAK KENA KE BUDAK TAK CUKUP ZAT?!" Lantas Saera mengejar Jeon Jungkook yang sudah jauh berlari.

Jimin pula, heh dia tak kisah. Jejaka itu terus masuk ke dalam keretanya dan memecut keluar dari perkarangan rumah itu.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"JEON Jungkook! Tunggulah saya!" Gadis itu mengejar si lelaki dari belakang. Eish, sombong betul!

"Kau nak apa? Aku kata aku tak suka kau kan? Part mana kau tak faham ni, hm?" Nada suaranya sengaja direndahkan.

"Tapi saya suka awak dah lama!"

"Kau nampak aku kisah ke, Sofia Evans Kim?" Setelah itu, Jeon Jungkook terus menonong pergi meninggalkan gadis bernama Sofia yang sedang frust itu.

Kemudian, lelaki itu menuju ke lokernya. Dalam perjalanan, Jungkook terserempak dengan Jimin.

"Morning, hyung." Ucapnya bersama senyuman kecil. Maklumlah, dekat sekolah dia cool.

"Morning." Balas Jimin.

Mereka berdua berjalan beriringan ke kawasan cafe. Tidak jadi Jungkook mahu ke loker dibuatnya.

"Kau dah breakfast?" Tanya Jimin, dingin namun terselit prihatinnya.

"Dah."

"Noona kau mana?" tanya lelaki itu lagi.

"Lah hyung ni. Kalau nak tanya soalan tu dari tadi tanya aje lah. Macam aku tak tahu." Jungkook tertawa kecil. Jimin pula masih menayang muka selamba walhal dalam hati sudah rasa mahu meletup menahan malu yang bersarang.

"Noona bangun lambat tadi. Pandai-pandai dia lah nak pergi sekolah macam mana. Selalu dia tumpang aku. Tak pun abang dia." Panjang lebar lelaki itu bercerita.

"Tch." Jimin berdecit kecil.

"Jungkook-ah!" Laung seorang gadis yang semakin menghampiri mereka.

"Hyung, aku cau dulu. Wicked witch dah datang." Bergegas lelaki itu bangun untuk melarikan diri. Wicked witch yang dimaksudkan tak lain tak bukan semestinya Sofia Evans Kim, adik kepada Kim Taehyung si lelaki pujaan wanita.

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now