044☁

470 94 12
                                    

PARK Jimin melangkah masuk ke dalam wad bernombor A-15 itu. Masuk sahaja, kelihatan satu susuk tubuh menjamah pandangannya. Senyuman hambar diukir.

Perlahan-lahan, dia menghampiri gadis yang sudah 3 hari tidak menyedarkan diri itu. Bunga baby breath kegemaran gadis itu diletakkan di dalam pasu yang disediakan.

Kemudian, Jimin mengambil tempat di kerusi yang terdapat di sisi katil gadis itu. Tangan gadis itu digenggam perlahan.

"Saera-ah." Panggilnya. Kepala yang berbalut itu di usapnya perlahan.

"Bila kau nak bangun, hm? Aku rindu kau, lembap." Ujar lelaki itu lagi.

"Kau tahu, Raena dah kena gantung sekolah sebab buat kau macam ni. Perempuan tu memang tak guna sebab dah buat kesayangan aku macam ni." Ucapnya lagi. Tidak putus kata-katanya sejak dari hari pertama Saera didaftarkan di wad itu. Ada sahaja celoteh dari Park Jimin.

"Saera-ah, aku dah decide. Nanti lepas kau sedar, i want to make you mine." Nampak sinar dari mata lelaki itu menunjukkan dia tidak main-main.

Tangan gadis itu dibelai di pipi mochi nya. Tidak lama kemudian, terasa vibrate pada tubuh gadis itu. Jimin panik.

Lantas, butang kecemasan yang berada di kepala katil wad itu ditekan berkali-kali. Selepas kurang beberapa saat, berpusu-pusu nurse dan doktor yang merawat gadis itu masuk. Tidak lupa juga, Jimin diminta untuk tunggu diluar.

Bukan main panik lagi lelaki itu dibuatnya. Setelah difikir-fikir, Jimin mengambil keputusan untuk menelefon ibu bapa gadis itu.

Katanya, mereka akan sampai lagi setengah jam. Jimin sabar menunggu sambil mulutnya terkumat-kamit mendoakan gadis itu.

Tidak lama kemudian, doktor keluar dari wad itu.

"Keluarga pesakit?" Tanya Doktor Leo kepada Jimin, memandangkan hanya ada Jimin di koridor itu.

"Ya, saya kawan dia." Agak perit untuk menuturkan status itu, tetapi itulah hakikatnya.

"She's in a good condition. Tak ada apa yang serious, cumanya hentakan dekat kepala dia mungkin akan mengambil masa untuk pulih dan mungkin juga dia boleh mengalami short term memory." Terang doktor itu. Terangguk-angguk kepala Jimin mendengar.

"Baiklah, take a good care of her. If anything happen, you know what to do. Saya pergi dulu." Doktor Leo meminta diri.

Perlahan-lahan, Jimin melangkah masuk ke dalam wad itu. Sekujur tubuh yang sedang berbaring bersama alat bantuan pernafasan itu dipandang sayu.

Seperti biasa, tempat di sebelah gadis itu dilabuhkan punggungnya. Mukanya disembamkan pada tangan gadis itu, tidak sanggup melihat cecair merah pada balutan kepala si gadis.

"Jimin-ah." Lelaki itu terkejut lantas mengangkat kepalanya. Kelihatan kedua ibu bapa gadis itu telah tiba. Jimin cuba mengukir senyuman semanis yang boleh.

"Jimin baliklah dulu. Biar aunty dengan uncle jaga dia pula. Esok Jimin datang lagi ya?" Ucap Puan Ahn, tidak betah melihat Jimin yang sudah 3 hari asyik menemani gadis itu tidak henti.

Kasihan juga dia melihat lelaki itu yang seperti orang putus harapan. Eyebag di bawah matanya juga semakin menebal.

"Erm, nae. Apa-apa aunty call Jimin okay?" Pesan lelaki itu. Kalau boleh, mahu sahaja dia menemani Saera 24 jam. Tetapi apabila memikirkan yang dia bersekolah, punah harapannya.

"Jimin balik dulu." Puan Ahn mengangguk sebagai balasan.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"PARK Jimin!" Panggil Taehyung dari arah bertentangan.

Jimin menoleh. Keningnya diangkat dengan gaya 'kau nak apa?'.

"Aku dengan Younghoon fikir balik ni nak pergi melawat Saera. Kau nak join?" Jelas Taehyung.

"Boleh juga. Nanti inform aku balik. Takut lupa." Pesan Jimin.

"Alright." Kemudian, mereka beriringan masuk ke kelas memandangkan mereka classmate. Bosan juga Jimin menghadap Taehyung lebih 5 tahun ini.

Hahaha, jahat kau Jimin.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"MASUKLAH dulu. Aku dengan Taehyung nak pergi beli snack dekat cafeteria bawah ni. Lapar do tadi tak sempat nak makan, Taehyung dah heret aku datang sini." Bebel Younghoon bersama wajah tidak puas hatinya.

"Pergilah. Aku masuk dulu." Sejurus itu, Jimin terus menguak pintu wad itu.

Taehyung pula panas apabila diheret untuk ke cafe. Dah lah jauh! Lagipun, niatnya ke sini untuk melawat Saera, bukannya melantak.

"Saera, aku datang. Bangunlah weh. Lama sangat kau tidur ni."

"Tadi dekat sekolah, ramai cakap pasal kau. Nama kau pun dah bersih. Jadi lepas ni tak ada dah orang nak mengata pasal kau." Lelaki itu mengeluarkan bunga daisy yang dikirim oleh Nara di sekolah tadi.

Gadis itu tidak dapat turut serta mereka melawat Saera jadi dikirimkan bunga ini kepada Jimin.

"Bunga ni Saera bagi. You know what, bunga ini melambangkan seseorang itu ingin menyampaikan mesej get well soon."

Tanpa disangka, jari gadis itu bergerak sedikit. Jimin terpempan.

Semakin lama, matanya terbuka sedikit demi sedikit. Jimin pula setia menunggu gadis itu celik sepenuhnya.

Akhirnya, Ahn Saera sudah celik sepenuhnya. Bebola matanya meliar memandang sekeliling tempat yang asing baginya. Tidak lupa juga, Jimin disebelah dipandang pelik sebelum dia mengutarakan soalan yang tidak disangka itu.

"K-kau si-siapa?"

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘
767 words

Hai guys, sorry semalam liya tak update. Ada technical problem sikit hehe. So, here it is! Keep reading, vote and comment okies. ❤️

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now