029☁️

529 112 30
                                    


SUPERBIKE kesayangan Jeon Jungkook selamat masuk ke dalam perkarangan rumah keluarga Ahn. Lelaki itu memakirkan motornya di garaj.

Ahn Saera pula sudah sedia turun dari motor itu dan menanggalkan helmet dari kepalanya. Kaki diatur perlahan memasuki rumah diikuti Jeon Jungkook..

"Omma! Saera dah balik ni!" Laung gadis itu seraya melangkah ke ruang tamu.

"Jungkook pun!" Tajam mata Saera merenung lelaki itu. Sibuk je!

"Apa pandang-pandang. Tahulah aku handsome." Rambutnya diraup kebelakang.

"Euw. Pigidahh. Jimin lagi handsome."

Jungkook menayang poker face. Jadahnya nak banding-banding dia dengan Jeman tu.

"Hah pergilah mandi, tukar baju. Tunggu apa lagi?" Tegur Puan Ahn yang baru turun dari tingkat atas itu.

"Nae. Kook masuk bilik dulu, aunty." Pamit lelaki itu.

"Okay. Nanti turun makan." Jungkook hanya mengangguk.

"Hah kamu ni. Anak dara pemalas abad-21. Bila nak mandi? Bau macam bangkai." Kata wanita itu selamba.

"Uish omma. Tak ada lah teruk sangat sampai bau macam tu. Saera wangi kot."

"Ah tak ada nya. Pergi mandi. And then, turun makan sekali dengan Kook."

"Baiklah, omma kesayanganku."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"HAH turun pun. Berkurun omma tunggu nak makan sama-sama dengan dia." Wanita itu tersenyum lebar menampakkan eye smile miliknya.

Lelaki itu tidak membalas. Hanya senyuman yang diberi. Kerusi di hadapan si ibu ditarik perlahan seraya melabuhkan punggungnya pada kerusi itu.

"How's school?" Tanya Puan Park memulakan perbualan.

"Macam biasalah omma. Okay aje."

"Erm, Jimin. Malam ni omma tak boleh balik tau. Ada emergency dekat hospital. Sorry, son." Serbasalah ayat itu ditutur satu persatu.

Kelihatan, air muka Park Jimin berubah kelat. Tak apa, dia sudah biasa ditinggalkan sendirian di rumah. Walhal, ayahnya juga telah meninggalkannya 3 tahun lalu akibat kemalangan.

"Tak apa. Jimin faham." Walaupun diluaran dia nampak kuat dan beku, tetapi siapa sangka yang hatinya lembut bak kain sutera.

"Lain kali lah ya kita spend time together." Ucap wanita itu lagi.

"It's okay omma. Jimin okay. Jangan...cakap pasal hal ni lagi please."

Puan Park terdiam. Riaknya cukup menunjukkan yang dia serbasalah dengan anak terunanya itu.

"Makanlah."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"JEON Jungkook! Turun makanlah gila! Cepat ar! Aku lapar ni!" Teriak gadis itu dari meja makan.

"Haih anak aku ni. Jantan ke betina gamaknya." Gumam Puan Ahn sambil mengurut perlahan pelipisnya.

"Saera sayang, bukan macam itu caranya. Apa kata Saera pergi bilik Jungkook, panggil dia elok-elok." Nasihat wanita itu.

"Malaslah omma. Dia tu...aish! Ye lah!" Saera bangkit dari tempat duduknya lalu melangkah menghampiri bilik anak Jeon.

Teragak-agak dia mahu mengetuk pintu bilik itu tetapi digagahkan juga.

Tok! Tok! Tok!

"Kook. Turun, makan." Namun, tiada sahutan.

Sekali lagi lelaki itu dipanggil.

"Kau tak nak buka pintu, aku terjah masuk kang. Jangan menyesal." Tiada sahutan juga.

Kreak!

Pintu bilik itu dikuak perlahan oleh Ahn Saera.

"Kook..." Kepalanya dikeluarkan untuk mengintai sedikit keberadaan lelaki itu. Eh, tiada. Mana pula anak Jeon ni pergi?

Tanpa teragak-agak, Saera masuk ke dalam bilik itu. Tiba-tiba,

Kreak!

Pintu bilik air dikuak dari dalam dan tersembul lah Jeon Jungkook yang hanya memakai tuala putih paras pinggang. Membulat mata Saera melihatnya.

"OMMA!" Jerit kedua-dua insan itu serentak.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"OMMA, Jimin pergi rumah Taehyung." Ucap lelaki itu, mendatar.

"Erm, pergilah."

Sejurus itu, Jimin mencapai kunci keretanya dan melangkah keluar menuju ke keretanya itu. Pintu dikuak dan lelaki itu membolos masuk kedalamnya. Enjin kereta dipanaskan sebentar sebelum kereta itu laju membelah jalan raya.

Kira-kira 20 minit kemudian, lelaki itu sampai ke destinasinya. Enjin kereta dimatikan.

Lelaki itu mengorak langkah ke pagar rumah itu.

Ding dong!

Loceng ditekan. Kemudian, pagar rumah automatik terbuka dan terlihatlah kelibat Kim Taehyung sedang menunggunya di hadapan pintu utama.

Jimin berjalan gaya cool menuju kearah rakan baiknya itu.

"Mimpi apa nak jumpa?" tanya Taehyung. Terselit sindiran pada ayatnya.

"Salah ke aku nak jumpa kawan baik aku?"

"Tak salah. Tapi, bukan biasanya sekarang kau dengan Saera? Bukan ada kelas?"

"SHOOT! AKU LUPA BODOEE!" Lantas Jimin berlari keluar dari perkarangan rumah itu.

"Bongok punya Jimin."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
  ⸙: ✰   𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝    ❀ ⋆
└─────────────────┘

643 words

Ha ha. Hambar siut. Nuh je la aque👁👄👁 Apapun, enjoy reading ajelah🐣✨

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now