040☁️

478 102 26
                                    

"SEMUA cukup?!" tanya Encik Hwang kepada para pelajarnya.

"Belum!" Kedengaran satu suara lelaki menjawab. Ya, dia Park Jimin yang dari tadi menunggu ketibaan gadis kesayangannya.

Kepala dijengukkan ke sekeliling untuk melihat kot kot lah ada Saera. Berangan.

"Siapa yang masih tak datang lagi?" tanya guru itu.

"Kim Taehyung!"

"Ahn Saera!"

Si pemberitahu itu memandang sesama sendiri. Kwon Nara dan Park Jimin. Ya, mereka lah.

'Taehyung pun tak datang lagi. Aish, jjinja?!' getus hati Jimin. Risau.

"Baiklah, kita tunggu mereka. Kalau lagi 10 minit tak datang, saya terpaksa tinggal. Awak fikir bas sekolah ni nenek moyang awak punya?" sarkastik Encik Hwang membalas sambil menilik jam tangannya.

Pelajar yang lain hanya mampu mengeluh. Haih, nak kena tunggu orang pula. Dah excited ni! Tetapi tidak bagi Park Jimin. Apa fungsi dia ke kem ini tanpa Saera sedangkan Saera lah penyebab dia untuk setuju ke kem ini.

Nafasnya dihembus kasar memikirkan kemungkinan yang akan terjadi.

"Okay. Times up. Semua masuk bas sekarang. Beg awak semua letak dalam boot bus. Now!" tegas Encik Hwang memberi arahan apabila melihat pelajar-pelajarnya tidak bergerak.

Manakala Park Jimin masih lagi mengharapkan bahawa gadis itu datang mengikuti kem ini.

"Park Jimin. Get in the bus now!" Jerkah guru itu.

"Tapi ssaem..."

"Now, Park Jimin. Takkan semua orang kena tunggu awak?" perlinya.

Jimin mengeluh perlahan. Entah berapa banyak kali dia mengeluh hari ini. Tak baik.

Baru sahaja Jimin ingin masuk ke dalam bas, suara dua orang yang sangat dikenalinya menjamah pendengarannya. Automatik senyumannya melebar. Tetapi tidak lama apabila melihat lelaki di sisi gadis itu.

"Tunggu kami!" Jerit Saera dan Taehyung serentak sambil kedua-duanya menarik beg roda masing-masing. Kiyowo!

"Ssaem! Diorang dah datang!" Ujar salah seorang pelajar di dalam bas itu. Jimin ralit memerhati mereka.

"Yah! Ahn Saera! Kim Taehyung!" Encik Hwang membuat wajah garangnya.

"N-nae ssaem?" Tergagap dua orang itu dibuatnya.

"Kenapa lambat? Awak fikir kitaorang ni apa kena tunggu awak berdua hah?!" Sempat lagi guru itu memarahi mereka. Kata dah lambat. Tch.

"Jalan jem ssaem." Jawab Taehyung. Ahn Saera menoleh memandang lelaki itu. Membongak aje kerja engko ye anak Kim.

"Haih. Dah lah. Naik bas cepat. Letak beg-beg awak ni dalam boot. Kita nak bertolak ni." Arah Encik Hwang. Pasrah sudah dengan perangai anak muridnya itu. Kemudian, lelaki berumur itu kembali menaiki bas.

"Nae, ssaem!" jawab Taehyung dan Saera serentak sebelum mereka ketawa sesama sendiri.

Dari jauh, Jimin hanya memerhati sahaja tindakan mereka berdua. Terselit rasa cemburu dalam dirinya apabila melihat rakan baiknya itu bukan main rapat dengan gadis kesayangannya. Hisy, jealous!

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

TAEHYUNG menyandarkan kepala Saera pada bahunya. Dari tadi tersengguk-sengguk. Haih, kyeopta! Tersenyum sendiri dia dibuatnya. Kau jangan macam-macam Tae, awek kawan baik kau tu.

Apabila teringat akan perkara itu, cepat-cepat dia mengusir bayangan itu dari kepalanya. No, no. Aku dengan Saera kawan je. Lelaki itu menafikan.

Wajah suci gadis itu dipandang melalui ekor mata. Dari jauh, Jimin hanya memerhati. Cemburu jangan kata. Mahu saja dia tukar tempat dengan Taehyung.

Sedar tak sedar, mereka sudah sampai di destinasi.

"Hah kejut kawan-kawan kamu yang tidur tu." Arah Encik Hwang, selaku ketua guru. Matanya menjeling sekilas Ahn Saera yang elok bersandar pada bahu Taehyung itu. Amboi budak-budak ni, bukan main!

"Saera, bangun. Dah sampai ni." Kejut Taehyung, perlahan. Memang tak bangunlah budak tu jawabnya.

"Ahn Saera! Bangun woi! Dah sampai dah ni." Jerit lelaki itu betul-betul di tepi telinga gadis itu. Kalau kejut elok-elok tak nak bangun, kita kejut cara tak elok.

Ahn Saera yang masih mamai itu terus mencelikkan matanya apabila terkejut dengan jeritan itu. Matanya menjeling Kim Taehyung di sebelah yang menayang muka tak bersalahnya itu. Hesy!

Lantas gadis itu menggosok-gosok matanya perlahan. Kemudian, dia dan Taehyung bangun untuk mengeluarkan luggage dari boot kenderaan itu.

Dari jauh, Jimin hanya jadi pemerhati sahaja. Tak mahu masuk campur. Cemburunya ditahan sehabis baik.

"Nah, beg kau. Bawa elok-elok." Ujar Taehyung. Kemudian, luggage nya pula dikeluarkan.

Mereka berdua melangkah bersama-sama ke tempat berkumpul. Belum sempat mereka sampai, ada satu tangan mengambil luggage Saera dari pegangannya dari belakang.

"Ehh!"

"Biar aku bawakan." Kata Jimin, sebelum sempat Saera berkata apa-apa.

"Lah, Jimin ke. Gentleman pula kau. Ingatkan nerakaman." Perli Taehyung.

Jimin diam. Malas mahu membalas.

Saera pula hanya menayang wajah tenang dan selamba. Dah orang nak bawakan, biar je lah. Tak payah guna tenaga pun.

Tiba-tiba, gadis itu nyaris mahu tersungkur dan Taehyung sempat menyambutnya.

"Thank you."

"Tak apa. Aku kan, guardian angel kau." Matanya dikenyit nakal ke arah Saera. Sengaja nak buat Jimin terbakar.

Jimin pula terpinga-pinga dengan apa yang dikatakan rakan baiknya itu. Apa? Guardian angel?

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

757 words

Road to ending guys! Lagi 5 chapter lebih kurang. Ehe! Are you ready?! Jsjsjsjs. Keep reading, vote and comment okies ❤

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now