023☁️

530 125 3
                                    


"MANA pula budak ni? Dah dekat 30 minit aku tunggu. Call tak angkat. Haish."  Rungut Park Jimin sambil memeluk tubuh. Tubuhnya pula disandarkan pada keretanya.

Kemudian, lelaki itu ternampak satu kereta ingin memasuki kawasan rumah Ahn Saera. Lantas, dia memberi ruang untuk kereta tersebut lalu.

Kereta itu berhenti tepat-tepat dihadapan Jimin. Tingkap kereta itu diturunkan dan kelihatan seorang wanita didalamnya.

"Jimin cari Saera?" tanya wanita itu.

"Ya, aunty."

"Dah lama ke sampai?"

"Tak ada lah lama sangat. Baru aje sampai ni." Bohong lelaki itu. Malas mahu memanjangkan masalah.

"Masuklah. Aunty baru balik dari supermarket ni."

Tanpa berkata apa, kereta itu meluncur masuk kedalam rumah mewah itu diikuti dengan Jimin.

Mereka berdua bersama-sama melangkah menuju ke pintu rumah.

Kreak!

"Ahn Saera! Jimin datang ni cari kamu!" Panggil Puan Ahn namun tiada sahutan yang diterimanya.

"Jimin pergilah naik atas tengok budak tu. Entah apa yang dia buat sampai tak dengar. Cari pintu bilik warna putih. Aunty nak susun barang-barang ni dekat dapur sekejap."

"Baik, aunty. Terima kasih."

Park Jimin melangkah tenang menaiki tangga itu satu persatu. Namun, siapa tahu dalam hatinya, rasa geram terhadap gadis itu membuak-buak. Janji lain, buat lain.

Sesampainya ditingkat atas, lelaki itu mencari pintu berwarna putih. Apabila menjumpainya, laju kakinya dibawa kearah pintu bilik itu.

Sebelum masuk, pintu itu diketuknya sebanyak tiga kali. Namun, hampa. Tiada sahutan. Perlahan-lahan, pintu itu dikuak.

"Ya tuhan! Ahn Saera! Kau bangun sekarang, budak. Kata nak jumpa Nara lah apa lah. Tapi tidur lagi!" Bebel lelaki itu.

Oh tuhan, kuatkanlah hati Park Jimin.

"Ahn Saera! Bangunlah gila." Tubuh gadis itu digoncang-goncangnya. Tiada respon.

"Tidur ke mampus budak ni?" Lengan gadis itu digoyang-goyangkan pula.

"Hmm." Terpisat-pisat gadis itu membuka mata. Sebaik sahaja penglihatannya jelas, dia terkejut.

"Arghh!!" Habis semua bantal dibalingnya kepada Jimin namun sempat ditangkap oleh lelaki itu.

"Awak buat apa dalam bilik saya?" tanya gadis itu.

"Kau...tanya aku?" Sengaja wajahnya dirapatkan dengan gadis itu. Saera pula hanya diam. Dia masih terkejut.

Gulp!

Air liur ditelan kesat. Tabahkanlah hati seketul Ahn Saera. Kalau tak fikir keadaan dia sekarang ni, dah lama dia gomol-gomol pipi mochi Jimin. Ehh--

Jimin pula, bibirnya dirapatkan pada telinga gadis itu. Tidak lekang senyuman sinis diukirnya.

"Pergi mandi sekarang!"Tempelak Jimin kuat. Berdesing telinga Saera dibuatnya.

"Yah! Park Jimin!"

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

AHN Saera keluar dari kamar mandinya lengkap berpakaian kasual. Alah, nak pergi mall je pun. Gadis itu santai mengenakan t-shirt bersama sweater kelabu. Dipadankan pula dengan loose pants jeans berwarna biru.

"Tak guna punya Jimin. Saja nak buat aku tak tentu arah." Bisiknya perlahan.

Meja soleknya dituju. Vaseline diambil dan dicalit pada dua ulas bibirnya. Tidak lupa juga, baby powder ditempek sedikit pada wajah. Perfect!

Apa? Fikir Saera suka pakai make up? Tidak sama sekali. Dia hanya gadis yang simple.

Totebagnya diambil dan kakinya melangkah untuk turun ke ruang tamu. Kelihatan Jimin sedang berbual mesra bersama ibunya sambil menonton televisyen.

"Hah turun pun. Apa lama sangat. Kesian Jimin kena tunggu." Tegur Puan Ahn.

"Eh tak adalah aunty. Jimin okay je."

"Kalau tak ada apa-apa lagi, kami pergi dululah aunty. Terima kasih hidangkan Jimin cookies tu. Sedap sangat." Kata lelaki itu lagi.

"Okay, sama-sama. Jaga Saera ya Jimin. Kalau dia degil, piat aje telinga dia tu."

Saera hanya mencebik. Apa ni! Omma backup orang lain!

"Hah tak payah nak cebik sangat. Pergi cepat. Cepat pergi, cepat balik."

"Ye lah omma. Saera pergi dulu."

Akhirnya, Saera dan Jimin melangkah keluar dari rumah itu. Kemudian, mereka melangkah kearah kereta Jimin diluar kawasan rumah.

Saera berura-ura mahu membuka pintu tempat duduk belakang. Seganlah nak duduk sebelah crush.

"Kau fikir aku driver kau?"

"Hah?"

"Duduk depan." Arah lelaki itu. Mahu saja Saera ketuk kepala Jimin disitu sebab buat dia blushing. Namun, apakan daya.

Usai sahaja masuk kedalam kereta, kedua-duanya memakai tali pinggang sebagai langkah keselamatan.

Apa? Fikir Jimin nak pakaikan Saera tali pinggang macam drama-drama lain? Oh tidak, ego Park Jimin terlalu tinggi untuk berbuat demikian.

Apabila semua sudah selesai, kereta itu meluncur laju membelah jalan raya menuju ke Time Square.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
  ⸙: ✰   𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝    ❀ ⋆
└─────────────────┘

668 words

Enjoy reading guys!🦋✨

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now