030☁️

548 112 15
                                    


DING dong!

Pintu utama itu dikuak dari dalam. Kelihatan seorang wanita atau lebih tepat lagi Puan Ahn yang membukanya.

"Eh Jimin. Sampai pun. Lama aunty tunggu." Tegur wanita itu, ramah.

"Erm, sorry aunty. Jimin lupa." Balas si lelaki sambil menggosok belakang lehernya.

"Tak apa. Marilah masuk."

Kedua-dua manusia itu melangkah masuk ke dalam rumah mewah itu.

"Saera! Jimin datang ni!" Laung Puan Ahn memanggil anak gadisnya.

"Ya! Ya! Sabar kejap!"

Gadis itu melangkah menuruni anak tangga satu persatu. Orakkannya dibawa pula kearah omma nya dan Jimin.

"Kenapa?"

"Kenapa apa? Pergi belajar dengan Jimin sana! Tunjuk dia bilik kamu. Nanti omma naik bawa air dengan snack."

"Ala, sekarang ke? Minggu depan lah start omma." Bibirnya sengaja dimuncungkan untuk memujuk si ibu.

"Tak ada tak ada. Sekarang. Go." Lantas, Puan Ahn membawa diri ke dapur bagi menyediakan makanan untuk mereka.

"Hish. Naiklah." Saera berjalan mendahului Jimin. Lelaki itu hanya mengikuti langkah si gadis. Dia bukan tahu jalan, lagipun ini bukan rumah dia.

"Noona! Siapa datang?!" Jerit Jungkook dari atas.

Jimin menayang riak pelik. Aik, sejak bila Saera ada adik? Setahunya, gadis itu hanya mempunyai seorang abang. Kan?

"Jimin. Senior kau." Jawab gadis itu, ringkas.

Mendengar jawapan itu, Jungkook lantas keluar dari biliknya.

"Eo? Hyung! Ingat Kook tak?" tanya lelaki itu sambil menayang bunny smile miliknya.

"Siapa je tak kenal kau, budak? International playboy kan?" Jawab lelaki itu. Jungkook pula terkedu. Halah-halah, deep kita.

Sedaya upaya Saera menahan dari tawanya terhambur. Kelakar odo Jungkook kena setepek dengan Jeman ni. Hahaha.

"Alah, mana ada playboy. Couple clash couple clash je. Lagipun, Kook saja nak sakitkan hati seorang perempuan ni. Suka sangat ikut Kook. Rimaslah!"

"Banyak lah kau. Kalau iya pun, itu bukan caranya. Banyak lagi cara lain."

"Apa je cara yang ada, hyung. Kook dah reject dia banyak kali dah. But still she...haih." Keluhan terbit dari dua ulas bibir lelaki itu.

"Siapa nama budak perempuan yang tergila sangat dekat kau tu?" tanya Jimin.

"Sofia Evans Kim."

"Eh, dia bukan adik Taehyung ke?! Kawan awak tu?" Celah Saera setelah agak lama berdiam diri.

"Hah betullah tu." Jimin mengiyakan.

"Rileks lah. Lama-lama nanti dia penat lah tu." Jimin cuba menyedapkan hati Jungkook.

"Ei dahlah! Awak datang sini nak ajar saya ke nak sembang dengan renab ni?"

"Both." Jawapan Jimin yang selamba itu mengundang tawa Jungkook.

"Kau diam Kook. Aku sumbat carrot dalam mulut kau kang."

"Sumbatlah. Carrot sedap apa. Kalau ada susu pisang lagi sedap woo."

"Annoyingnya!"

"Hah sudah. Jom belajar. Bilik kau mana?" tanya Jimin sekaligus menghentikan pergaduhan yang bila-bila masa boleh meletus itu.

"Sini."

Ahn Saera menguak pintu biliknya yang berwarna putih itu. Dan terlihatlah bilik gadis itu yang tersusun kemas dan rapi. Tengoklah siapa tuannya, heh!

Mereka berdua mengorak langkah ke meja belajar gadis itu. Punggung dilabuhkan di kerusi yang disediakan.

"So, keluarkan buku yang kita beli haritu." Arah Jimin.

"Alah, awalnya. Kita borak-borak lah tu." Rungut gadis itu.

"Saera..."

"Alah, pweasee Jimin."

"Ahn Saera!"

"Ish ye lah ye lah! Orang nak gurau sikit pun tak boleh!" Gadis itu menayang muka cemberut.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

SETELAH kira-kira 15 minit belajar, Saera meletakkan penselnya. Ototnya diregangkan.

"Mana omma ni. Kata nak bawa makanan." Bisiknya perlahan.

"Buat math tu dulu. Jangan fikir nak makan je." Balas Jimin tanpa memandang gadis itu. Matanya fokus memandang latihan matematik miliknya.

"Saya laparlah."

"Buat math tu."

"Susahlah."

"Jangan mengeluh. Nanti lagi susah." Nasihat lelaki itu.

Kreak!

"Delivery food is here, baby!" Jerit Jungkook sambil tangannya menadah dulang berisi makanan dan dua gelas air.

"Yeah! Boek lah Kook! On time kau datang!" Tidak boleh digambarkan perasaan cerianya saat ini.

"Of course. Jeon Jungkook kot." Lelaki itu mendabik dada, bangga.

"Eleh. Pigidahh kau."

"Hah ada apa-apa lagi? Kalau tak ada, silakan keluar. Ke kau nak buat latihan math ni sekali?" Jimin tersenyum sinis.

"Eh tak nak lah. Aku keluar, aku keluar."

Ttup!

"Sajalah tu nak halau dia. Tak berperikemanusiaan betul."

Baru sahaja Saera ingin mencapai sepotong kek oreo itu, Jimin pantas merampas pinggan itu.

"Eh apa ni?!"

"Kalau kau boleh jawab 3 soalan algebra tu aku bagi kau kek ni." Membulat mata Saera mendengar kata-kata tak masuk akal lelaki itu.

Gila ke apa?!

"Alaaa Jimin! Janganlah dera bakal isteri awak ni macam ni!" Rengek gadis itu.

Jimin hanya menayang poker face tetapi dalam hati...fuh!

"Jawab soalan tu dulu! Tak payah nak cebik-cebik sangat. Aku tarik mulut kau tu kang."

"Ish! Jiminie pabo!"

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
  ⸙: ✰   𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝    ❀ ⋆
└─────────────────┘

731 words

Meheheh saja selitkan Jungkook dengan Sofia dekat situ as cameo. Enjoy reading!🙋🏻‍♀❤

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now