035☁️

516 106 3
                                    

"LAP air mata kau. Aku tak suka kau menangis."

Sebaik sahaja Saera mendengar suara itu, lantas dia mendongakkan kepalanya ke atas.

Kim Taehyung.

Lelaki ini, selalu ada sewaktu dirinya ditimpa masalah. Seperti Knight in the Shining Amour.

Tanpa berlengah lagi, Taehyung melabuhkan punggungnya di sebelah Saera. Perlahan-lahan, sapu tangan bersulam emas itu disapu pada air mata yang mengalir tanpa henti itu.

"Air mata kau berharga. Jangan bazirkan untuk orang yang tak sepatutnya." Ucap lelaki itu lagi.

Saera hanya diam mendengar ucapan dari lelaki itu.

"Cukup. Saya tak nak fitnah lain pula tersebar. Cukuplah benda ni dah buat satu sekolah benci saya...termasuk kawan baik saya sendiri." Sumpah dia rasa nak nangis lagi.

"Don't worry. Aku sentiasa ada untuk kau. Mulai hari ini, setitik air mata kau adalah tanggungjawab aku."

Ahn Saera terkedu. Kenapa pula Taehyung tiba-tiba ingin melindungi dirinya?

"Nanti aku tunggu kau balik sekolah. Balik dengan aku."

"Eh tapi--"

"No excuses. Aku benci permintaan aku ditolak. Lagipun, aku tak beri kau pilihan rasanya kan?" Kata Taehyung lagi.

Saera pula hanya membuat muka menyampah. Ei anak Kim ni. Ada-ada je nak arah-arah orang.

"Okaylah. Kerja aku dah settle. Jangan lupa tunggu aku balik nanti. Adios amigos, princess."

Sejurus itu, Taehyung terus bangun dan menepuk-nepuk belakang seluarnya yang berpasir. Tidak lama itu, lelaki itu mula meninggalkan rooftop itu. Kini, tinggallah Saera yang sedang termanggu memikirkan lelaki bernama Kim Taehyung itu.

Sedang gadis itu asyik termenung, dirinya didatangi oleh sekumpulan manusia bertopeng.

"Tch, kau nak apa lagi? Tak cukup kau dah buat satu sekolah benci aku?" tanya Saera, malas. Buat apa nak layan setan bertopeng ni? Buang masa.

"Ya, aku belum puas hati selagi ada yang masih sukakan kau." Balas Kang Raena. Jelas anak matanya menunjukkan riak tidak puas hati.

Tidak betah lagi, Saera bangun dan berdiri berhadapan dengan musuh abadinya itu. Bak kata Taehyung, sampai bila nak jadi malaikat? Kadang-kadang kita kena tunjuk juga sisi syaitan.

Ha sekarang, Saera nak tunjuk sisi devil dia. Just wait and see.

"Eh perempuan. Kau panas hati apa eh kalau ada orang nak suka aku? Kurang attention sangat ke kau ni?" Bahu Raena ditolak menggunakan jari telunjuknya kuat. Ah, kisah apa.

Dengan sekali tolakan, tak semena-mena tubuh Raena melayang jauh sehingga ke palang besi rooftop tersebut.

"KANG RAENA!" jerit seorang lelaki apabila nampak kejadian tersebut. Lantas tangannya dipautkan pada pinggang gadis itu sekaligus menarik gadis itu ke dalam dakapannya. Semuanya berlaku dalam sekelip mata.

"Apa masalah kau ni perempuan?! Lepas jadi pelacur, nak jadi pembunuh pula ke?! Eish, bodohlah! Ada otak tu fikirlah weh!" Terkedu Saera dibuatnya apabila dirinya ditengking.

"Ji-Jimin..." Tutur gadis itu, sayu. Tak semena-mena air matanya mengalir deras.

Tambahan pula, melihat aksi Jimin yang menyelamatkan Raena. Lagi sayu hatinya. Nak melawan, siapalah dia. Kawan baik sendiri pun tinggalkan dia, huh.

Kang Raena yang berada di dalam pelukan Jimin pula hanya tersenyum kemenangan.

'Ambil kau. Nak sangat tengking aku kan.' Ucap gadis itu dalam hati.

"Ya! Memang semua yang berlaku ni salah saya! Perempuan sundal ni nak terjatuh pun salah saya! Semua salah saya! Tapi awak tak ada hak nak panggil saya dengan panggilan pelacur, Park Jimin! Ingat sikit, siapa awak kepada saya." Dadanya diurut perlahan selepas mengutarakan semua itu. Puas!

Apabila mendengar kata-kata gadis itu, Jimin panas. Dia berasa seolah-olah egonya sebagai lelaki tercabar apabila ditengking oleh perempuan.

Baru sahaja tangannya ingin mendarat pada pipi gadis itu, ada sesuatu yang menghalang.

"Langkah mayat aku dulu sebelum kau sentuh perempuan aku."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘

582 words

Heyyo! enjoy reading ❤️❤️

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now