024☁️

555 126 10
                                    


"PERGI masuk dulu. Aku cari parking. Nanti aku call kau. Jangan tak angkat pula."

"Tahulah!"

Ddum!

Pintu kereta Jimin dihempas tanpa sengaja. Alamak! Habislah...

"Ahn Saera!" Kan dah kata.

Mencicit gadis itu berlari masuk kedalam mall itu. Takut dijerkah Park Jimin. Lelaki itu, bukan boleh diharap.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

SAERA berjalan tanpa arah tuju. Sepatutnya dia perlu mencari sahabatnya, Nara. Tetapi, tak tahu nak cari dekat mana. Mereka hanya berjanji untuk berjumpa di Time Square.

Masalahnya, Time Square ni bukan kecil! Gadis itu hanya berjalan. Sesekali, dia masuk ke dalam minimart di dalam mall itu untuk membeli air mineral.

"Mana Nara ni. Penat aku." Rungut Saera.

"Dah jumpa belum?" Bahu gadis itu dicuit dari belakang. Mata gadis itu membulat.

"Huwargh--" Baru sahaja dia ingin menjerit lebih kuat, Jimin sudah menekup mulut gadis itu.

"Ish! Janganlah jerit. Nanti orang ingat aku buat apa pula dekat kau."

"Mana saya tahu. Si-siapa suruh awak tiba-tiba sergah saya macam tu?!" Saera cuba mempertahankan dirinya.

"Tch. Dah lah. Nara mana?"

"Entah." Gadis itu menjawab dengan muka polosnya.

"Apahal tak call je?"

"Eh haah lah!" Telefon pintarnya mula dikeluarkan dari dalam totebag nya.

"Halah bebalnya budak ni." Gumam Jimin sambil menggaru kepalanya.

Ching!

Saera menjeling gadis itu tajam. Sukahati je panggil orang bebal!

Saera melekapkan telefon pada telinganya apabila panggilan telah disambungkan.

"Weh, kau dekat mana?"

"Aku lambat sikit. Jinyoung ni hah. Lambat siap." Terdengar rengusan tidak puas hati Nara dalam talian itu.

"Lah kau bawa boyfie sekali ke. Tak sia-sia aku bawa Jimin hahahaha."

"Ceh. Macam double date siut. Cuma tu lah. Kau bukan couple dengan Jimin pun hahahaha."

"Bongok kuasa dua. Blah la kau. Cepat sikit datang. Bye."

Setelah panggilan ditamatkan, Saera kembali berdiri menghadap Jimin. Muka lelaki itu dipandang. Jimin menjongketkam keningnya dengan pandangan 'dah kenapa perempuan ni?'.

"Apahal kau pandang-pandang? Tahulah aku handsome." Tutur Jimin membuatkan Saera menayang muka jengkel. Angkat bakul sendiri.

"Nara lambat sikit. Tunggu Jinyoung siap." Kata Nara kepada Jimin.

"Diorang couple ke?"

"Sudah terang lagi bersuluh. Takkan tak perasan diorang always together kot dekat sekolah."

"Oh lupa. Awak bukan kisah pasal sekeliling pun." Balas gadis itu lagi, selamba. Jimin mengetap bibir geram.

'Mulut tu tak ada insurans betul.'

"Jom ikut aku. Sementara Nara tak datang lagi ni." Kata Jimin tiba-tiba.

"Pergi mana?"

"Ikut je lah."

Mereka berdua berjalan beriringan di dalam mall tersebut sehinggalah sampai di hadapan sebuah kedai...buku?

"Bookstore?" tanya Saera, blur.

"Iya lah. Kau nampak macam pasar ke?" Sejurus itu, Jimin terus melangkah masuk ke dalam kedai buku itu meninggalkan Saera yang masih lagi terpinga-pinga.

"Apa benda Jimin ni?! Pelik-pelik je. Haritu suruh panjat tembok. Harini pergi kedai buku pula. Lepas ni apa? Nak bakar wayang pula?" Bebel gadis itu sendirian sambil menyusul masuk mengikuti Jimin.

"Bebel apa kau? Sini."

Saera mencebik. Dia tak suka belajar! Tengok buku pun dia dah tidur apatah lagi nak suruh baca.

"Setiap satu subjek, ambil satu workbook. Math, ambil dua workbook." Arah lelaki itu, jelas.

"Alaa kenapa math dua?"

"Kau lemah math kan? No excuses, ikut cakap tutor kau ni."

Dengan tidak relanya, Saera meneliti satu-persatu buku latihan disitu. Setiap subjek, sudah semestinya buku paling nipis menjadi pilihannya.

Jimin memandang gadis itu dari jauh. Telefonnya dikeluarkan lalu gambar gadis itu ditangkap secara senyap.

Click!

Perfect!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perfect!

Lelaki itu sembunyi senyum. Tidak lama kemudian, kakinya diorak mendekati gadis itu.

"Dah? Jom bayar." Ajaknya.

"Jom."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

┌─────────────────┐
  ⸙: ✰   𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝    ❀ ⋆
└─────────────────┘

561 words

Sorry kalau hambar🙏🏻Liya dah cuba hikseuuu. Apapun, enjoy reading✨❤

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now