047☁

450 89 12
                                    

TELEFON di atas meja ruang tamunya dicapai. Contact yang disimpan dengan nama 'Girlfie 💓' ditekannya. Nombor gadis itu didail.

"Eherm." Kotak suara dibetulkannya sebelum panggilan itu bersambung.

"Hello, girlfie." Ujar Jimin memulakan perbualan diantara mereka.

"Tak habis-habis girlfie kau. By the way, hello too boyfieee." Meleret sahaja panggilan itu disebut Saera dihujung talian membuatkan senyuman Jimin melebar. Sukanya!

"Tengah buat apa?" Tanya Jimin.

"Baru habis packing barang dengan omma. Esok kan saya dah boleh keluar. Awak jangan buat-buat lupa eh." Sempat gadis itu memberi amaran kepada Jimin. Jimin tersenyum sumbing.

"Ye, aku tak lupa. Esok tepat pukul 12 tengahari aku terus gerak pergi hospital lepas balik sekolah, eo?" Kata lelaki itu. Puan Park yang sedang menonton televisyen itu hanya mampu menadah telinga mendengar anaknya yang sedang menjadi ulat bulu itu.

"Lupa pula awak sekolah. Dah lama tak pergi sekolah. Rindu pula dengan Nara." Gadis itu berkata sayu.

"Alah, nanti lepas kau check out hospital, pergi lah sekolah." Pujuk Jimin. Tidak mahu gadis itu bermasam muka. Dia dapat membayangkan wajah gadis itu tika ini.

"Eh, okay lah Jimin. Doktor dah datang nak tukar bandage kepala saya. Annyeong!"

"Eh kejap! Before that, aku nak kau tahu something." Halang Jimin membuatkan gadis itu tidak jadi mahu menekan button end call.

"Apa dia?"

Park Jimin menarik nafas dalam.

"Aku nak kau tahu, aku sayang kau sangat-sangat. Walau apa pun yang jadi, just remember that Park Jimin hanya untuk Ahn Saera dan Ahn Saera hanya untuk Park Jimin. No one else. Okay, itu je. Bye!" Kemudian, Jimin sendiri yang menamatkan panggilan itu. Berdebar hatinya saat menuturkan bait-bait ayat itu.

Saera yang berada di hujung talian terkedu. Perasaan tak sedap hati menyerangnya sekali lagi. Tetapi diabaikan sahaja. Tinggal esok je lagi.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

"JIMIN-ah!" Panggil Taehyung dari jauh apabila dia ternampak kelibat rakan baiknya itu baru sampai ke sekolah. Lelaki itu terus berlari mendapatkan rakan baiknya itu.

Bahu Jimin dirangkul erat membuatkan Jimin tertarik merapati Taehyung.

"Petang ni Saera boleh balik kan?" Tanya Taehyung bersama senyuman petaknya. Nampak lah yang lelaki itu gembira buat gadis itu.

"Yep. Aku nak pergi ambil dia balik sekolah ni. Nak ikut?" Pelawa Jimin bersama senyumannya yang membentuk eye smile.

"Tak apa lah. Aku pergi dengan Younghoon. Kau pergi lah dulu. Nanti aku menyusul. Tapi lambat sikit lah. Tahu-tahu je lah Younghoon tu." Balas Taehyung bersama muka jengkelnya apabila berbicara tentang Younghoon.

Maklumlah, Kim Younghoon adik tiri kepada Kim Taehyung. Oh, tak tahu eh? Ha dah tau kan sekarang.

"Hah ye lah. Bawa lah Nara sekali. Kesian pula nanti Saera sorang-sorang." Tokok Jimin lagi.

"Orait." Kemudian, mereka berdua terus berjalan beriringan untuk ke kelas bagi memulakan sesi pembelajaran.

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════

CANVAS di hadapan mata itu ditenung dalam. Nak lukis apa eh? Maklumlah, sekarang kelas seni, kena lukis potret orang yang paling disayangi katanya.

Dan disini, Park Jimin masih merenung kanvas itu sehingga nak tembus. Tak ada idea duh nak lukis apa.

"Woi, kau tenung apa? Lukislah." Tegur Taehyung yang berada di kanan lelaki itu.

"Kau lukis siapa? Kau kan ramai girlfriend. Boleh pilih ke?" Tanya Jimin pula. Sedas perlian dilancarkan. Muehehehe.

"Apa susah? Aku lukis omma aku lah." Balas Taehyung. Park Jimin menjenguk canvas milik Taehyung. Hm, betullah. Dia lukis gambar mak dia. Dasar anak mak, tapi playboy.

Apabila sudah habis berfikir, Jimin memutuskan untuk melukis gambar Ahn Saera. Heueheu. Rare, bukan?

Berus lukisan itu mula menari-nari diatas kanvas dan menghasilkan wajah gadis yang disayanginya.

Setelah beberapa jam melakar wajah gadis itu, Jimin meletakkan berus lukisan itu pada palette semula. Bahunya diregangkan luas.

"Weh, cantik gila lukisan kau!" Puji Taehyung apabila matanya menangkap lukisan rakan baiknya itu.

"Tahu. Nanti balik sekolah kau tolong pass dekat dia tau. Aku datang hospital lambat sikit. Nak beli barang." Jimin berkata perlahan. Taehyung pula hanya mengangguk seperti burung belatuk.

"Jangan lambat sangat." Pesan lelaki itu.

"Tak lah. Sekejap je. Nanti aku datang juga hospital." Jimin menggeleng perlahan melihat wajah kerisauan milik rakannya itu.

"Aku pegang kata-kata kau."

══════ ∘◦❁◦∘ ═══════
┌─────────────────┐
⸙: ✰ 𝐓𝐨 𝐁𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐢𝐧𝐮𝐞𝐝 ❀ ⋆
└─────────────────┘
632 words

Sorry for the late update 🥺 anyway, keep reading, vote and comments ❤️

✓ Crush | PJMWhere stories live. Discover now