BAB 5

8.7K 532 19
                                    

Adi Ashraf hanya merenung ke arah gadis yang bernama Ariana Atilia itu. Perasaan dia yang terkejut dengan kehadiran yang tak diundang itu tak dapat dibendung lagi.

Sudah jelas terpamer pada wajah lelaki itu betapa keliru dan terkejutnya Adi Ashraf apabila melihat wajah Ariana Atilia. Selepas dua minggu tiada khabar berita dari gadis itu, sekarang dia muncul lagi.

Gila!

"Kau buat apa kat sini?" soal Adi Ashraf dalam keadaan berbisik. Risau sesiapa mendengar perbualan mesra antara mereka berdua sekarang ni.

Ariana Atilia menyilangkan tangan ke dada. Dia masih tersengih. Tiada langsung perasaan malu dalam diri gadis itu sekarang ni. Reaksi yang dilakukan oleh Adi Ashraf sebentar tadi benar-benar mencuit hati dia. Lawak!

"Alahai, terkejut ke? Tahulah rindu. Janganlah  nampak sangat." kata Ariana Atilia sambil mengerak-gerakkan keningnya. Terselit nada mengusik dalam kata-kata gadis itu.

Adi Ashraf membuat muka mahu muntah. Satu jelingan tajam diberikan kepada gadis itu. Dia menahan diri untuk tidak menaikkan suara dia terhadap Ariana Atilia. Mulut perempuan tu memang nak kena betul dengan Adi Ashraf nampaknya.

"Siapa rindu kau? Aku? Mati hidup balik pun tak." ucap Adi Ashraf yakin sebelum meninggalkan gadis itu sendirian.

Ariana Atilia hanya mengangkat bahu tanda dia tak kisah. Apa dia kisah lelaki itu rindu dia ke tak? Huh. Kakinya melangkah mengikut Adi Ashraf dari belakang. Mana dia tahu sangat rumah lelaki itu.

Akhirnya, mereka berdua tiba di meja makan. Kelihatan kedua-dua belah keluarga mereka sedang menjamu selera. Kehadiran mereka disedari oleh Encik Marzuki.

"Ha Adi, Ariana. Sini, makan dulu. Nantilah sambung berbual." pelawa Encik Marzuki mesra.

Adi Ashraf hanya akur dengan kata-kata bapanya. Dia mengambil tempat disebelah Akid Ahnaf yang sedang sibuk menjamu selera. Sehingga tidak sedar dengan kehadiran abang tersayang dia.

Ariana Atilia pula turut akur dan menghadiahkan senyuman kepada Encik Marzuki sebelum mengambil tempat disebelah uminya. Kedudukan gadis itu bertentangan dengan Adi Ashraf.

Manakala Akid Ahnaf baru tersedar dengan kehadiran tetamu mereka. Matanya dibesarkan apabila melihat wajah gadis yang duduk berhadapan abangnya. Boleh dikatakan reaksi dua adik-beradik itu sama cuma Akid Ahnaf overacting sikit. Haih.

Secara tak sengaja, dia tersedak makanan dihadapan tetamu mereka. Terbatuk-batuk dia dibuatnya. Adi Ashraf yang menyedari perbuatan adiknya segera menyuakan jus oren  kepada lelaki itu. Dia mengeluh kecil.

Buat malu dia je. Tolong jangan cakap itu adik kandung dia sekarang ni.

Ariana Atilia yang sedang berselera menjamu makanan menahan tawa dari meletus. Dijeling sekilas  wajah Adi Ashraf yang seperti sudah pasrah pada ketika itu. Abang dengan adik tak jauh beza.

"Akid, kamu okay tak ni? Mama masak tak sedap ke apa? Sampai tercekik macam tu sekali." ujar Puan Ratna risau. Encik Marzuki hanya mengeleng kepala.

Sepasang suami isteri yang merupakan tetamu mereka pada hari itu hanya tersenyum. Seronok melihat kerenah ahli keluarga Encik Marzuki.

"Eh, tak ma. Mama masak sedap sangat. Tu sampai tercekik tu. Aunt Sandra dengan Uncle Johan tambah la lagi. Mama masak memang sedap tau. Rugi tak tambah. Ha Ariana pun sama." balas Akid Ahnaf mesra. Malu kerana membuat kecoh dihadapan tetamu sebentar tadi.

Adi Ashraf hanya tersengih melihat keadaan Akid Ahnaf yang sedang kekok menahan malu. Padan muka! Terkejut sangat tu dah kenapa. Secara tiba-tiba, perutnya disiku dari tepi oleh lelaki itu.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now