BAB 15

7.8K 442 12
                                    

Adi Ashraf memusingkan tubuhnya cuba mencari posisi yang selesa untuk menyambung lenanya yang terganggu. Namun pergerakan dihalang dengan tubuh seseorang yang berada disebelahnya. Matanya dibuka dengan perlahan-lahan.

Jam digital pada dindingnya dikerling. Jam menunjukkan 5.30 pagi. Dia menggagahkan diri untuk bangun walaupun badan masih terasa penat. Rambutnya diraup ke belakang. Mulutnya menguap sesekali.

Kepalanya ditoleh ke arah isterinya yang masih diulit mimpi. Lampu tidur yang dipasang membenarkan dia untuk memerhatikan gadis itu dengan lebih jelas. Dengkuran halus masih kedengaran.

Nak kejut ke tak nak? Tapi dia nampak macam penat sangat. Adi Ashraf mula berkira-kira untuk mengejutkan isterinya yang kepenatan. Rambut panjang isterinya yang menutup separuh wajah itu dialihkan oleh Adi Ashraf.

Cute. Eh, maksud dia, dah la. Haish.

Adi Ashraf bingkas bangun mahu membersihkan diri. Dia menerobos masuk ke dalam bilik airnya. Bunyi pancuran air yang dibuka memenuhi ruangan bilik airnya sehingga keluar. Ariana Atilia terjaga dari lena apabila bunyi pancuran itu mengejutkan dirinya.

"Siapa pulak mandi dalam bilik aku ni?" gumam Ariana Atilia perlahan masih memejamkan mata. Dia terpisat-pisat berusaha mencuba untuk membuka kelopak matanya yang masih berat. Tangannya naik menggosok matanya agar penglihatannya lebih jelas.

Persekitaran bilik yang didiaminya membuatkan dia mengerutkan dahi. Ini bukan bilik aku, detik hati Ariana Atilia. Pandangannya jatuh pula pada pintu bilik air yang masih digunakan oleh seseorang.

Memori semalam mula menerjah ke fikiran. Tangannya yang masih tersarungkan cincin perkahwinan dia bersama Adi Ashraf membuatkan dia menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa dia dah jadi isteri orang?

Dia menoleh ke arah tempat disebelahnya yang merupakan tempat suaminya tidur semalam. Kosong. Pandangannya beralih kepada pakaian tidurnya. Masih lengkap dan tidak terusik sedikit pun. Satu nafas lega dilepaskan. Mana tahu suami dia tu ada buat apa-apa kan?

Rambutnya yang kusut masai itu diluruskan menggunakan tangan sebelum diikat sanggul menyerlahkan batang lehernya yang jinjang. Kedengaran bunyi pancuran sudah ditutup menandakan Adi Ashraf sudah selesai mandi. Ariana Atilia memeluk tubuh sambil menyandar pada kepala katil.

"Dia tak kejut aku pun. Memang nak kena dia ni. Sekurangnya kejutlah aku dulu. Kalau aku tak terbangun macam mana?" bebel Ariana Atilia sendirian.

Eh, kejap. Kalau Adi Ashraf bangun dulu, maksudnya suami dia tu mesti nampak muka dia masa tidur kan? Oh no. Harapnya tak. Aku berdengkur kuat ke masa tidur? Ada air liur basi ke? Arghhh...

Ariana Atilia mula panik sambil hanyut dalam lamunan. Tanpa dia sedari, Adi Ashraf telah pun selesai mandi. Dia merenung ke arah isterinya yang jauh termenung pagi-pagi buta ni. Perlahan-lahan, dia mendekati gadis itu. Namun, tidak disedari lagi oleh isterinya.

Sehinggalah dia berdiri dihadapan isterinya, Ariana Atilia masih berada dalam dunianya. Bibir isterinya mengumam sesuatu sambil mengelengkan kepala sesekali. Tangannya pula meraup muka seolah kecewa. Adi Ashraf mengerutkan dahi. Dah kenapa isteri dia sorang ni. Baru sorang dah macam ni. Belum dua. Oops!

Tubuh Adi Ashraf dibongkokkan sedikit bagi menyamai kedudukan wajah isterinya. Jarinya mengangkat dagu Ariana Atilia membuatkan gadis itu terdongak ke arah wajah Adi Ashraf. Anak mata Adi Ashraf tajam menikam tepat ke dalam anak mata Ariana Atilia.

Kini, pandangan Ariana Atilia jelas menunjukkan seraut wajah Adi Ashraf bersama rambut yang masih basah sehingga melekat pada dahi lelaki itu. Riak wajah penuh kerisauan terpamer pada wajah suaminya. Manakala, Ariana Atilia sedang menikmati wajah tampan suaminya.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now