BAB 53

7.9K 330 53
                                    

Adi Ashraf melepaskan keluhan panjang. Matanya memerhatikan pemandangan indah di hadapannya. Cuaca yang mendung mula menurunkan gerimis hujan yang membasahi bumi. Angin sejuk meniup lembut ke arahnya membuatkan dia meremang.

Tangannya mengambil secawan kopi panas sebelum disisip sedikit demi sedikit. Deria rasanya yang menerima rasa pahit air minuman tersebut ditelan. Sunyi dirasakan pada ketika itu. Hanya sepi yang menemani dia  di kala paginya setiap hari.

Tiada lagi kehadiran Ariana yang mewarnai dan melengkapinya harinya seperti dahulu.
Tiada lagi kata-kata manis yang dilontarkan oleh sang isteri untuk dia memulakan hari. Membuatkan dia merasa rindu untuk merasakan semua itu sekali lagi.

Dia rindu di saat dia membuka mata, Ariana pasti akan berada di sebelahnya bersama senyuman manis yang didambakan oleh dirinya pada tika ini. Cincin perkahwinan mereka berdua masih digenggam kemas pada tangannya. Tindakan itu dilakukan olehnya setiap kali dia merindui Ariana.

Fikirannya mengimbas kembali pergaduhannya bersama Izz Faris membuatkan dia mengeluh dengan rasa kesal. Sejak dari hari itu, Izz Faris tidak lagi berjumpa mahupun menghubungi dirinya lagi seperti selalu. Dia meraup muka.

Tahu dirinya yang bersalah untuk segalanya. Dia terlalu ikutkan perasaan. Dirinya yang terlalu tertekan dengan perpisahannya dengan Ariana membuatkan dia melampiaskan amarahnya kepada Izz Faris. Sedangkan sahabatnya sekadar mahu menasihatinya.

Dia tahu dirinya yang bersalah tetapi tak mahu mengakui perkara itu. Oleh kerana itu, dia cuba menyalahkan orang lain untuk mengurangkan rasa bersalahnya. Namun akhirnya perkara itu semakin menyukarkan keadaan kerana pada akhirnya dia tetap bersalah.

Benarlah kata Izz Faris yang dia merupakan pengecut. Dia terlalu takut sekiranya cinta isterinya selama ini tidak benar dan hanya berdasarkan perasaan bersalah sehingga dia membuat keputusan untuk meminta isterinya sendiri yang meninggalkan dirinya.

Tetapi pada akhirnya ketakutannya itu hanya semakin bertambah dari hari demi hari sekiranya Ariana benar-benar mahu meninggalkannya untuk selamanya. Dia cuba lari dari masalahnya kerana perasaan takut. Yang pada akhirnya tidak menyelesaikan apa-apa pun.

Pada saat itu, dia tahu dia akan kehilangan orang yang dicintainya untuk kali kedua. Sekiranya dia masih tidak berusaha untuk melakukan sesuatu, dia tahu dia benar-benar kehilangan Ariana selamanya.

Sudah beberapa kali dia cuba menghubungi isterinya namun tidak pernah berjaya. Membuatkan dia terfikir sekiranya isterinya sudah berputus asa untuk mereka berdua. Dia takut sudah terlambat untuk dia mengejar Ariana semula.

Matanya merenung lama pada cincin perkahwinan mereka berdua. Mahu menyarungkan kembali cincin itu pada jari isterinya. Tiada apa yang dimahukan selain Ariana pada saat ini.

Dia mahukan Ariana semula berada disisinya. Mahu wanita itu menjadi teman hidup untuk seumur hidupnya. Matanya dipejamkan memikirkan saat saat bahgia mereka berdua bersama.

Sungguh dia rindu pada senyuman manis yang menghiasi wajah Ariana. Gelak tawa isterinya yang membuatkan hatinya terasa bahagia. Perasaannya ketika Ariana berada dalam dakapannya. Segala perkara itu membuatkan dia semakin rindu kepada Ariana.

"Abang..."

Masih kedengaran suara Ariana pada telinganya di saat hari perpisahan mereka berdua. Hari yang takkan pernah dia dapat lupakan walau bagaimanapun cara yang dia lakukan. Wajah Ariana yang menangis masih segar di dalam ingatan.

Memori itu membuatkan hatinya bagai dihiris sehingga dia tidak lagi dapat melupakan perasaan itu. Namun apabila dia teringat pada pelukan erat Ariana pada tubuhnya, dia mengalirkan air mata.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now