BAB 28

5.6K 347 10
                                    

Sekeping nota yang ditinggalkan oleh Ariana Atilia diatas meja milik Adi Ashraf dipandang sekilas. Bibirnya mengukir senyuman kecil apabila melihat tulisan tangan isterinya yang sedikit comot itu. Barangkali isterinya dalam keadaan yang tergesa-gesa.

'Aku makan dengan Akid kejap tau!'

Your wife,
Riana❤️

Terjentik sedikit hatinya apabila menyedari Ariana cuba berusaha untuk mengikut pesanan yang diberi oleh dirinya. Buat seketika, dirinya terasa tenang dan dihargai pada masa yang sama.

Dia sendiri tak menyangka hanya dengan sekeping nota ringkas daripada isterinya, berjaya mengukir sebuah senyuman dibibirnya.

"Riana, Riana..." ucap Adi Ashraf sambil mengeleng kepala. Nama isterinya itu meluncur dibibir Adi Ashraf sedikit perlahan hanya untuk dirinya sahaja yang boleh mendengarinya.

Tak lama kemudian, nota itu disimpan di dalam laci meja pejabat. Kepalanya disandarkan pada kerusi kulit yang didudukinya. Perbualannya bersama Haris Irfan sebentar tadi berlayar di fikiran. Kegusaran mula bertandang di dalam benak lelaki itu.

:۞:••:۞:••:۞:••:۞:••:۞:

Flashback

Adi Ashraf menunggu kedatangan seseorang sejak dari tadi. Jam digital yang berada di atas meja pejabatnya sempat dikerling.

Sesekali dia mengintai dari dalam biliknya cuba mengetahui keberadaan isterinya yang sejak dari tadi menghilangkan diri. Risau sekiranya terjadi apa-apa yang buruk berlaku kepada Ariana Atilia.

"Assalamualaikum." sapa satu suara garau milik seorang lelaki. Serta-merta, bebola mata Adi Ashraf bergerak ke arah pemilik suara yang menarik perhatiannya. Salam lelaki itu dijawab di dalam hati.

Haris Irfan.

Akhirnya, sampai juga gerangan yang ditunggu oleh Adi Ashraf. Mujurlah dia terlebih dahulu sudah sedia maklum tentang pertemuan mereka pada hari ini yang secara tiba-tiba diatur oleh Haris Irfan.

Terkejut bukan kepalang Adi Ashraf dibuatnya apabila sahabat baik isterinya itu mahu mengaturkan pertemuan. Namun dia hanya cuba beriak biasa. Lebih-lebih lagi, apabila pertemuan pertama mereka bermula dan berakhir dengan buruk sekali.

"Jemputlah duduk." pelawa Adi Ashraf kepada Haris Irfan. Bukan apa, tetapi sejak dari tadi lelaki itu tegak berdiri tanpa berkata apa-apa. Haris Irfan menunduk kepala sebagai tanda berterima kasih.

Adi Ashraf hanya memerhati setiap tingkah laku lelaki dihadapannya ini. Dia cuba meneka apa tujuan sahabat baik isterinya itu mahu bertemu dengan dirinya dalam diam.

Dia yakin pasti ada sesuatu yang penting ingin disampaikan oleh Haris Irfan. Jika tidak, apa sebabnya lagi kan?

"Kau..."

"Aku..."

Serentak mereka berdua bersuara cuba memulakan perbualan. Masing - masing mahu menamatkan keadaan kekok antara mereka dengan segera. Anak mata mereka bertembung.

"Kau dulu..." ucap Adi Ashraf akhirnya beralah. Jika keadaan ini berterusan, sampai esok tidak habis perkara yang bakal mereka bincangkan sebentar lagi.

Haris Irfan mengangkat kepalanya sedikit cuba melihat reaksi wajah milik Adi Ashraf. Wajah tenang lelaki itu melegakan sedikit hati miliknya. Lalu, dia menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-katanya.

"Untuk pertama sekali, tujuan aku datang jumpa kau hari ini bukan untuk ajak kau bergaduh. Tapi sememangnya ada kena-mengena dengan Ariana." jelas Haris Irfan sambil merenung tepat ke dalam anak mata Adi Ashraf.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now