BAB 32

6K 348 6
                                    

Ketibaan Izz Faris yang baru sampai di majlis tersebut disambut mesra oleh Adi Ashraf. Mereka berdua bersalaman seperti sudah lama tidak berjumpa. Sedangkan baru kemarin dua sahabat itu melepak bersama.

Tak lama kemudian, mereka berdua mula rancak berbual antara sesama sendiri. Sesekala meletus tawa antara mereka pada akhirnya. Perbuatan itu membuatkan pandangan Ariana Atilia teralih kepada mereka.

Serta-merta, pandangan mereka bertembung. Senyuman yang terpamer di wajah Adi Ashraf turut membawa senyuman pada wajah Ariana Atilia. Selepas beberapa ketika, isterinya mengalihkan pandangan daripada mereka.

Manakala, pandangan Adi Ashraf masih tertancap pada isterinya itu. Pandangannya silih berganti bertukar daripada isterinya ke arah Haris Irfan.

Rasa ingin tahu yang mula menjalar di dalam dirinya untuk mengetahui isi perbualan mereka berdua cuba dihiraukan sedaya upaya. Tak mahu menganggu privasi mereka.

Izz Faris yang sedang bercakap menghentikan perbuatannya apabila menyedari rakannya itu langsung tidak memberikan perhatian kepada dirinya. Dia menoleh ke arah pandangan yang menarik perhatian sahabatnya itu.

Sebaik dia melihat Ariana Atilia, Izz Faris mengeleng kepala. Lengan Adi Ashraf lantas ditepuk sedikit kuat. Membuatkan dia menoleh dengan riak wajah keliru dengan tindakan sahabatnya itu. Izz Faris hanya tersengih.

"Apa dah jadi dengan kau ni, Adi? Isteri depan mata pun kau sibuk duduk tengok lagi. Kenapa? Kau risau si Haris tu rampas Riana daripada kau ke?" seloroh Izz Faris selamba.

Jelingan tajam daripada Adi Ashraf diberikan sebagai balasan. Izz Faris segera mengangkat tangan tanda tak bersalah. Bahunya juga diangkat. Tetapi mulutnya masih tersengih kerang cuba memprovok Adi Ashraf.

"Apa? Aku cuma menyatakan fakta yang kau jealous, okay?" ucap Izz Faris cuba mempertahankan diri. Laju Adi Ashraf mengeleng kepala tanda menafikan.

Dia jealous? Lebih-lebih lagi, terhadap Ariana Atilia dan Haris Irfan yang merupakan hanya kawan baik semata-mata? Heh buang masa.

"Kau jangan merepek boleh tak, Izz? Kau tak nampak ke yang dia orang tu cuma kawan? Buta eh? Nak aku belikan cermin mata ke apa?" perli Adi Ashraf cuba membuka mata sahabatnya itu.

Izz Faris yang mendengar kata-kata Adi Ashraf sedikit terkejut. Dia segera meletakkan telapak tangannya pada dahi Adi Ashraf. Dia menjangka bahawa kemungkinan sahabatnya itu sedang demam atau apa.

"Apa kau buat ni, Izz?" soal Adi Ashraf pelik dengan tindakan Izz Faris yang tiba-tiba itu. Buang tebiat ke?

"Kau tu yang buang tebiat." jawab Izz Faris seperti membaca minda Adi Ashraf. Lelaki itu meletakkan tangan di dagu cuba berfikir. Sesekali dia mengerling Adi Ashraf di sebelah.

"Sejak bila kau boleh berfikir dengan matang ni Adi? Ha sejak bila kawan aku dah matang mental dan fizikal ni?" soal Izz Faris akhirnya. Tangannya disilangkan ke dada. Telinganya ditadah mahu mendengar penjelasan sahabatnya.

Adi Ashraf meraup muka. Faham sepenuhnya apa yang cuba dimaksudkan oleh Izz Faris disebalik kata-katanya itu. Lagipun tiada apa yang dia boleh sembunyikan daripada lelaki dihadapannya ini.

"Sejak aku dengan Haris berbincang berdua hari tu. Dia dah jelaskan segala-galanya dekat aku. Dia... dia percayakan aku sepenuhnya untuk jaga Riana." terang Adi Ashraf seringkasnya kepada Izz Faris. Dia menunggu untuk rakannya membalas apa-apa.

Akhirnya kedengaran nafas lega dilepaskan oleh Izz Faris. Pandangan redup daripada lelaki itu membuatkan Adi Ashraf tenang serta-merta.

"Hmmm, baguslah macam tu." balas Izz Faris kepada Adi Ashraf. Mereka berdua berjalan mendekati meja bulat yang disediakan untuk menyambung perbualan yang mungkin tidak akan habis sepanjang hari tersebut.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now