BAB 12

7K 453 72
                                    

Jam ditangan dikerling sekilas. Nampaknya sudah masuk waktu makan tengah hari. Timbunan fail yang berselerakkan di meja kerja disusun supaya teratur. Adi Ashraf membuka sut kemejanya untuk menyambung kerjanya dengan lebih selesa. Lengan bajunya disinsingkan hingga ke siku.

Tali leher yang dipakai turut dilonggarkan sedikit. Dia sudah biasa tidak makan pada waktu ini. Bagi Adi Ashraf, dia lebih suka menghabiskan semua kerjanya tanpa rehat.

Sedang dia fokus dalam menyemak beberapa dokumen penting, Ariana Atilia terlintas di fikiran. Telefon pintarnya diperiksa sesekali cuba melihat jika gadis itu ada meninggalkan sebarang panggilan atau mesej. Namun tiada sama sekali.

Pelik apabila gadis itu bertindak sedemikian. Lebih-lebih lagi apabila mereka baru sahaja bertunang pada beberapa hari yang lepas. Dia tak jadi kahwin dengan aku ke? Fikir lelaki itu mula risau.

Tangannya meraup muka. Malu dengan apa yang difikirkan oleh dirinya sendiri. Apa kau merepek ni, Adi Ashraf? Dia cuba menumpukan perhatiannya semula terhadap kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

Namun sekali lagi Ariana Atilia muncul di fikiran. Dia mula tak senang duduk. Tak suka apabila perhatiannya terganggu hanya tersebab gadis itu. Dia tak rindukan Ariana Atilia.

Tak! Tak mungkin!

Kepalanya digelengkan cuba menyokong kata-kata itu. Dia tak rindu sedikit pun. Cuma.  Cuma dia rindu nak kacau Ariana Atilia. Ya dia cuma rindu untuk kacau tunang dia je. Tak ada yang lain.

Ye ke?

Pintu pejabatnya dibuka dengan luas secara tiba-tiba mengejutkan dirinya. Kepalanya ditoleh dengan pantas cuba melihat gerangan yang menceroboh masuk ke dalam pejabatnya sesuka hati. Nasib tak tercabut saja kepala dia apabila menoleh terlalu laju.

"Speak of the devil." gumam Adi Ashraf perlahan apabila orang yang difikirkan sebentar tadi muncul di depan mata.

Panjang umur kau, Ariana.

Tanpa meminta izin, kerusi dihadapan Adi Ashraf telah pun Ariana Atilia melabuhkan punggung bersama senyuman yang bagaikan menyeringai. Pintu pejabat lelaki itu telah ditutup terlebih dahulu untuk mengelakkan perbualan mesra mereka selepas beberapa hari tak berjumpa didengari oleh orang lain.

"Cantik betul adab kau. Tak ada salam terus terjah. Ingat office aku ni apa? Tempat maksiat? Yang kau boleh terjah masuk macam pegawai agama nak tangkap orang? Pegawai agama pun bagi salam." perli Adi Ashraf sedas kepada Ariana Atilia. Jelingan tajam diberikan selepas itu.

Ariana Atilia membuat muka bosan apabila diperli sebegitu. Dia tahu dia salah cuma tak nak mengaku. Tapi salah ke dia nak masuk pejabat tunang dia sesuka hati? Kan. Kan. Kan.

"Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh, cinta. Boleh saya masuk dan duduk dengan tenang sekarang? Puas hati?" balas Ariana Atilia bersama senyuman mengejek. Sengaja dia menggunakan nama panggilan sebegitu.

"Waalaikumusalam, ha apahal datang jumpa aku ni? Lain kali, buat appointment. Aku ni sibuk. Bukan macam kau tak ada kerja kacau hidup orang." sekali lagi perlian kasar untuk dilontarkan dari mulut Adi Ashraf.

Ariana Atilia mengigit bibir tanda tak puas hati. Matanya dikecilkan ke arah lelaki itu. Senyuman sinis pada wajah Adi Ashraf menaikkan lagi darah Ariana Atilia.

Besar kecik je dia tengok tunang dia ni sekarang. Ada jugak yang mulut tu kena cili nanti.

"Mulut kau tu eiii aku lempang jugak kang. Busuk mengalahkan longkang!" kutuk Ariana Atilia penuh geram. Dia bingkas bangun berdiri.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now