BAB 1

15.4K 756 68
                                    

Cermin panjang yang terletak di bahagian hujung sebuah pejabat memantulkan sebuah figura yang berada bertentangan dengannya. Figura itu kelihatan sedang membetulkan pakaiannya dengan teliti.

Rambut hitamnya yang terletak kemas menampakkan dahinya. Sut yang dipakai melekap pada tubuhnya dengan sempurna. Seutas jam tangan dipakai pada bahagian pergelangan tangan kirinya melengkapkan lagi penampilan lelaki itu.

Sebaik berpuas hati dengan penampilannya, langkahnya diatur ke arah sebuah kerusi yang tidak jauh dari tempat dia berada. Derapan langkah yang dibawa bersama kasut kulit hitamnya memenuhi ruangan pejabat tersebut.

Akhirnya, punggungnya dilabuhkan di atas sebuah kerusi. Belakang badannya disandarkan pada kerusi tersebut. Tangannya pula naik mengurut pelipisnya buat seketika. Sebuah keluhan dilepaskan.

Tali lehernya yang mula senget dibetulkan oleh sebelah tangannya lagi. Riak wajahnya yang serius dikekalkan. Matanya yang dulu bersinar-sinar dengan kegembiraan kini diganti dengan pandangannya yang beku.

Senyuman lebar miliknya dahulu sudah tidak lagi terukir di bibir lelaki itu. Kegembiraan dan keceriaan yang jelas terpamer pada wajahnya juga telah hilang untuk sekian lama. Kini, hanya tinggal kesunyian dan kebencian sahaja yang berada di dalam diri lelaki itu.

Tidak lupa juga, memori pahit yang masih segar di dalam ingatan. Tangannya mula mengepal penumbuk setiap kali memori itu terlayar di fikiran. Rahangnya turut diketapkan. Namun ketukan di pintu melenyapkan segalanya.

"Masuk." arah Adi Ashraf dengan nada yang mendatar.

Bebola matanya dialihkan ke arah seorang pekerja perempuannya yang masuk ke dalam pejabatnya. Kelihatan sebuah dulang yang berisi sarapan paginya dibawa oleh pekerja perempuan tersebut.

Tidak lama kemudian, secawan kopi hitam pekat dan sebuah kepingan sandwic dihidangkan dihadapannya. Sebuah senyuman dihadiahkan oleh perempuan tersebut kepada lelaki itu. Malangnya, senyuman tersebut hanya dibalas dengan pandangan maut daripada Adi Ashraf.

Tanpa membuang masa, pekerja perempuan itu keluar meninggalkan lelaki itu bersendirian. Lantas, secawan kopi itu disisip perlahan. Matanya terpejam menikmati rasa kepahitan kopi yang mula larut pada deria rasanya.

Rasa pahit tersebut perlahan-lahan mula mengingatkan dirinya kepada sebuah memori hitam yang disimpan rapi. Namun, dia terpaksa menelan kepahitan kenyataan itu untuk sekian lama. Lima tahun sudah berlalu. Sepanjang tempoh itu jugalah, Adi Ashraf telah banyak berubah.

"Abang!" sergah satu suara tiba-tiba.

Pandangan matanya jatuh ke arah seorang lelaki yang sedang tersengih ke arah dirinya. Keningnya dijongketkan sedikit. Tanpa dipinta, lelaki itu telah melabuhkan punggung dihadapannya. Matanya dijulingkan ke atas.

"Kau nak apa, Akid? Pernah dengar pasal ketuk pintu sebelum masuk tak?" soal Adi Ashraf bersama perlian pedasnya.

Akid Ahnaf hanya menghiraukan sahaja perlian abang sulungnya. Dia tersengih menundukkan barisan giginya tanpa serba salah.

"Kau tidur dekat office lagi ke? Dah seminggu kau tak balik rumah. Mama tak habis-habis suruh aku pujuk kau balik. Balik la abang. Aku dah tak larat nak dengar mama membebel pasal kau." luah lelaki itu dengan nada yang terdesak.

Akid melepaskan satu keluhan kecil. Dia rindukan abangnya yang dulu. Dia rindukan abangnya yang selalu akan luangkan masa dengan dia dan keluarga mereka. Berborak, bergurau-senda dan bergelak tawa.

Dia risau dengan keadaan abangnya yang sekarang. Semenjak ketiadaan dia, abangnya menjadi seorang yang workaholic yang terlampau. Sehinggakan pejabat tersebut mempunyai sebuah bilik tidur yang lengkap dengan segala keperluan lelaki itu.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now