BAB 24

6.1K 365 19
                                    

Genap seminggu sudah Adi Ashraf bercuti. Sepanjang masa itu jugalah dia menjaga dan merawat Ariana Atilia sehingga sembuh sepenuhnya. Mulut lelaki itu yang tak henti membebel supaya isterinya lebih berhati-hati pada setiap masa membuatkan Ariana Atilia naik rimas.

Padahal dia elok saja, yang suami dia tu pulak yang nak melebih-lebih. Nak tak nak, ditadah juga telinga ni dengar. Kalau tak, memang kena bebel lebih parah lagilah dengan mulut lancang Adi Ashraf.

Setelah sekian lama, hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya, Adi Ashraf dapat bekerja semula seperti biasa. Dia melangkah keluar dari bilik dengan sepersalinan baju kerjanya.

Ariana Atilia tersenyum penuh makna kerana akhirnya dia bebas! Bebas daripada bebelan suaminya. Bebola matanya menangkap figura suaminya baru keluar dari bilik tidur.

"Ash, sarapan la dulu." pelawa Ariana Atilia yang sudah berada di meja makan. Lelaki itu menoleh. Senyuman lebar Ariana Atilia membuatkan dia serba salah untuk pergi kerja begitu saja.

"Okay." ringkas Adi Ashraf membalas. Langkahnya diatur ke arah tempat duduk yang berhadapan dengan isterinya. Tali lehernya dilonggarkan sedikit untuk memudahkan pergerakan.

Pinggan yang berisikan mee goreng dihulurkan kepada Adi Ashraf. Pinggan tersebut bertukar tangan. Ariana Atilia menyanyi kecil sambil menuang air kopi ke dalam cawan milik suaminya.

Riak wajahnya yang gembira itu menarik perhatian Adi Ashraf. Matanya melihat isterinya yang telah siap berpakaian lengkap seperti mahu keluar. Dahinya dikerutkan.

"Happy nampak? Suka eh aku pergi kerja." tegur Adi Ashraf sambil mengangkat kening kepada isterinya.

Secawan kopi tadi dihulurkan kepada lelaki itu. Kata-kata Adi Ashraf membuatkan Ariana Atilia berpeluk tubuh. Bibirnya mengulum senyuman.

"Eh, mestilah. Takkan tak happy kan kalau dah sihat macam ni. Dah tak ada orang nak bebel macam aku ni tak reti jaga diri." balas Ariana Atilia sambil membuat nada sedih. Mulutnya dimuncungkan sesekali.

"Alhamdulilah, sedar jugak akhirnya yang kau tak reti jaga diri." balas Adi Ashraf selamba. Dia menyuap sesudu mee goreng ke dalam mulut. Pandangan tajam daripada isterinya dibalas dengan riak muka tak bersalah daripada Adi Ashraf.

"Kau nak pergi mana hah?" ucap Adi Ashraf lagi ingin tahu. Bukan main beria lagi isterinya bersiap. Lagaknya seperti mahu berjumpa dengan seseorang yang istimewa.

Ariana Atilia tersengih. Ingat suami dia tak perasan tadi. Panggilan daripada rakan baiknya, Ris, tempoh hari membuatkan dia semakin tak sabar untuk keluar pada hari ini.

"Nak pergi kerja lah. Ada meeting dengan client dekat luar." jawab Ariana Atilia. Jam tangannya dikerling sekilas. Nasib baik masih awal lagi. Dia menghirup jus orennya sesekali.

"Meeting? Bukan kau kerja dari rumah ke?" tanya Adi Ashraf pelik. Dia melihat wajah isterinya dengan perasaan ingin tahu. Bibirnya menyisip sedikit kopi yang dituang oleh isterinya tadi.

"Memanglah. Tapi, eh kejap. Mana kau tahu aku kerja dari rumah ni? Aku rasa aku tak pernah bagitahu kau, Ash." soal Ariana Atilia kembali. Dia menudingkan jari ke arah suaminya. Matanya dikecilkan. Mana pulak suami dia tahu ni?

Adi Ashraf tersedak. Dia mula mengutuk dirinya sendiri apabila tersedar mulutnya terlepas cakap. Pandangan matanya dilarikan daripada isterinya. Dia cuba berpura-pura batuk kerana tersedak.

"Eh eh, nah air. Kau ni minum tu elok-elok lah. Cakap orang tak reti jaga diri padahal dia tu. Minum air pun tersedak." perli Ariana Atilia. Segelas air masak disuakan kepada suaminya.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now