BAB 50

8.7K 312 51
                                    

Beberapa hari kemudian, Adi Ashraf dan Ariana mengadakan sebuah majlis keraian di kediaman mereka. Hanya ahli keluarga dan rakan yang terdekat sahaja dijemput hadir. Semuanya hanya untuk menyambut hari kelahiran Ariana pada hari tersebut.

Sudah beberapa kali Ariana bertegas untuk menyambut secara kecil-kecilan sahaja tetapi Adi Ashraf tetap tidak mahu mendengar kata isterinya. Akhirnya, Ariana mengalah. Diturutkan sahaja kehendak suaminya.

Suami jenis keras kepala ni memang banyak akalnya.

Pada masa yang sama, dia menikmati segala yang dilakukan oleh Adi Ashraf untuknya. Tiada satu pun yang dia perlu lakukan lagi. Segalanya telah diuruskan oleh suaminya itu sendiri. Bersyukur mempunyai suami sebaik Adi Ashraf di sisi.

Ariana berdiri di muka pintu bersama segaris senyuman. Dia menyambut kedatangan tetamu yang datang dengan mesra. Bersalaman, berpelukan dan menegur sapa kepada yang sudah lama tidak berjumpa. Adi Ashraf sudah hilang entah ke mana.

Tidak henti dia memperoleh hadiah daripada tetamu yang hadir sejak dari tadi. Naik merah mukanya menahan malu apabila menerima hadiah yang begitu banyak pada usianya yang sudah meningkat dewasa. Eleh, malu tapi mahu.

Bak kata orang, rezeki jangan ditolak bukan?

Matanya bersinar-sinar dalam kegembiraan apabila menangkap sebuah figura yang dirinduinya. Dia segera mendapatkan figura tersebut. Senyumannya makin dilebarkan.

"Tok Wan!" laung Ariana penuh teruja. Tok Wan membuka tangannya seolah menunggu kehadiran Ariana ke dalam pelukannya. Dia mengukir senyuman sebaik melihat anak perempuannya itu.

Tanpa membuang masa, Ariana sudah berlari ke dalam pelukan hangat wanita itu. Tangannya memeluk erat tubuh Tok Wan seolah hidupnya bergantung padanya. Melepaskan kerinduan.

"Lia..." panggil Tok Wan lembut. Kepala anaknya diusap penuh kasih. Dia tersenyum bangga melihat gadis itu membesar dengan baik sehingga menjadi wanita yang kuat pada hari ini. Ariana mendongak kepala, menemui pandangan Tok Wan.

"Selamat hari lahir Lia, Tok bangga dengan Lia. Tak kira apa pun yang terjadi, Tok sentiasa bangga dengan apa yang Lia buat." ucap Tok Wan ikhlas dari hati. Pipi anaknya diusap lembut. Ariana tersenyum bahagia.

"Terima kasih, Tok. Lia sayang Tok. Terima kasih sebab besarkan Lia sampai ke hari ini." balas Ariana jauh dari lubuk hatinya. Tak ada perkataan yang dapat mengungkap rasa berterima kasihnya terhadap Tok Wan yang menjaganya sejak dari kecil bersama ibu bapanya.

Tok Wan mengangguk kecil. Dahi Ariana dikucup sebelum dia meleraikan pelukan. Manakala, senyuman di wajahnya tidak lekang di bibir. Kehadiran seseorang menarik perhatian mereka berdua.

"Surprise, Suka tak hadiah abang?" ucap Adi Ashraf tersenyum penuh makna pada isterinya. Dia mengenyitkan mata pada Tok Wan. Berterima kasih kepada wanita itu yang bersetuju untuk hadir pada majlis hari jadi Ariana pada hari ini.

Tok Wan mengeleng kepala melihat tingkah menantunya. Bibirnya mengukir senyuman kecil. Tenang hatinya melihat rumah tangga mereka yang sedang melayari bahtera kebahagiaan. Manakan dia ingin menjawab tidak pada permintaan Adi Ashraf sedangkan Ariana Atilia seperti anaknya sendiri?

"Abang!" ucap Ariana tanda tidak percaya. Dia segera memeluk suaminya dihadapan Tok Wan. Tangannya dilingkarkan pada batang leher Adi Ashraf. Bibirnya didekatkan pada telinga suaminya.

"Thank you, hubby!" bisik Ariana penuh gembira. Sekilas, pipi Adi Ashraf dihadiahkan ciuman daripada isterinya. Adi Ashraf melarikan pandangan daripada Tok Wan. Kekok apabila wanita itu melihat dirinya diperlakukan sebegitu.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now