BAB 51

7.3K 340 59
                                    


Adi Ashraf melihat skrin telefonnya buat sekian kalinya. Hari ini sudah berapa kali dia cuba menghubungi Izz Faris selepas kali terakhir dia menghubungi sahabatnya itu panggilannya diputuskan secara tiba-tiba.  Perkara itu membuatkan dia berasa risau tentang keadaan Izz Faris. Sudah lah sahabatnya itu tercedera.

Dia mengingatkan dirinya untuk melawat ke tempat kerja Izz Faris sebelum pulang ke rumah nanti. Tetapi jikalau Izz Faris tiada di tempat kerjanya pula, dia akan terus menuju ke rumah sahabatnya tersebut. Mahu memastikan Izz Faris berada dalam keadaan yang baik.

"Abang, kau okay tak ni? Meeting dah nak mula." tegur Akid Ahnaf yang baru tiba di dalam bilik pejabat milik Adi Ashraf. Dia siap mengetuk pintu dan memberi salam lagi tetapi tiada respons daripada abangnya. Sehinggalah baru dia tersedar Adi Ashraf sedang sibuk dengan telefon pintarnya.

"Hah? Oh tak ada apalah. Jom." balas Adi Ashraf selepas dimaklumkan tentang mesyuarat yang bakal dimulakan sekejap lagi. Telefon pintarnya ditetapkan dengan mod senyap terlebih dahulu. Tak mahu gangguan ketika mereka bermesyuarat nanti.

"Kau tunggu siapa call tadi, abang?" tanya Akid Ahnaf ingin tahu sambil berjalan beriringan bersama Adi Ashraf. Kepalanya ditoleh sedikit ke arah abangnya. Perbuatan itu turut dilakukan oleh Adi Ashraf.

"Izz. Daripada dua tiga hari lepas aku cuba call  dia tapi tak berjawab. Kau tahu tak kenapa dengan dia? Aku ingat dia saja ambik cuti rehat sebab kaki dia terseliuh. Tapi takkan sebab terseliuh sampai tak boleh angkat telefon." luah Adi Ashraf menyuarakan kebimbangannya. Akid Ahnaf mengangguk kecil tanda setuju dengan kata-kata abangnya.

"Aku pun tak dengar apa-apa dari dia lepas majlis hari jadi Riana hari tu. Jadi kau nak lawat dia ke abang? Aku nak ikut sekali tapi mama ajak aku buat persiapan untuk majlis aku dengan Mai nanti. Kau sampaikan salam aku dekat dia eh. Nanti kita lepak sama-sama." pesan Akid Ahnaf terlebih dahulu. Sedikit serba salah tak dapat berjumpa dengan Izz Faris.

"Jangan risau, nanti pandailah aku cakap dekat dia. Jom cepat. Lagi beberapa minit je lagi nak mula mesyuarat." ajak Adi Ashraf mahu menamatkan perbualan mereka dengan segera. Jam tangannya dilihat sekilas. Langkah mereka dipercepatkan menuju ke bilik mesyuarat. Tak lama kemudian, mereka berdua sudah tiba dan memulakan mesyuarat seperti biasa tanpa membuang masa lagi. 

Sementara itu, Ariana Atilia baru sahaja tiba di pejabat Adi Ashraf. Dia menunggu suaminya selepas diberitahu Adi Ashraf sedang bermesyuarat. Punggungnya dilabuhkan pada kerusi milik lelaki itu. Pandangannya diliarkan pada sekeliling pejabat Adi Ashraf.

Belakang badannya disandarkan pada kerusi tersebut. Bibirnya naik mengukir senyuman kecil apabila terkenangkan disitulah tempat mereka mula-mula berjumpa dahulu. Masih segar di ingatannya bagaimana dia mengajak Adi Ashraf mengahwininya tanpa rasa malu.

Dia mengeleng kepala cuba untuk tidak membayangkan perkara itu lagi yang menyebabkan dia berasa sungguh malu apabila memikirkan perkara itu. Entah apa yang difikirkan olehnya pada ketika itu masih dia tidak tahu. Tetapi dia tahu bahawa dia tak pernah menyesal mengahwini Adi Ashraf sehingga ke hari ini. Mungkin selamanya juga.

Ariana menongkat dagu. Matanya menangkap sebuah bingkai gambar diatas meja milik suaminya. Dahinya dikerutkan sedikit apabila menyedari dia tak pernah nampak bingkai gambar itu sebelum ini. Tangannya segera mengambil bingkai tersebut.

Gambar perkahwinan mereka berdua menjengah ke dalam pandangan Ariana sebaik dia melihat bingkai gambar itu dengan dekat. Bibirnya mengukir senyuman bahagia apabila melihat gambar mereka berdua. Bingkai itu dibawa ke dada. Matanya dipejamkan.

Rasa terharu dan bahagia pada masa yang sama apabila akhirnya Adi Ashraf sudah mula untuk menerima ketiadaan arwah Mawar Adriana. Bingkai gambar milik arwah juga sudah tiada di situ.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now