BAB 13

6.6K 411 13
                                    

Ariana Atilia baru saja tiba di rumah. Tubuh gadis itu yang masih terasa kesejukan membalut tubuhnya menggunakan sut kemeja yang diberikan oleh Adi Ashraf. Maklumlah tubuh tegap Adi Ashraf terlalu besar berbanding dengan tubuh kecil Ariana Atilia.

Sut tersebut berjaya membalut tubuhnya dengan sempurna. Terasa hangat tubuhnya apabila memakai pakaian itu. Secara tiba-tiba, dia terbersin hingga hidungnya mula kemerahan. Hingus mula keluar dari rongga hidungnya membuatkan Ariana Atilia tak selesa.

Suhu badannya juga mula meningkat sedikit demi sedikit. Semua simptom itu menunjukkan bahawa dirinya akan demam panas tak lama lagi. Dia melajukan langkah ke dalam bilik tidur untuk segera membersihkan diri.

Riak wajahnya dimasamkan. Ini semua sebab Adi Ashraf! Kalau dia balik awal tadi mesti tak demam macam ni. Dia sudah la paling tak suka apabila demam. Mulutnya mula membebel kecil tentang kedegilan lelaki itu yang membuatkan dia semakin geram.

Baru sahaja dia mahu menanggalkan pakaian, sut lelaki itu menarik perhatiannya. Mungkin dia marah kepada Adi Ashraf kerana menjadi penyebab dia demam tapi dia tak dapat menafikan bahawa dia terasa terharu dengan tindakan tunangnya itu sebentar tadi.

"I don't like people staring on what's mine."

Kata-kata lelaki itu mula terlayar difikiran membuatkan pipinya mula terasa hangat. Tangannya naik ditekapkan pada kedua-dua belah pipinya yang gebu itu. Kepalanya digelengkan. Anak rambutnya terjuntai pada dahinya beralun mengikut pergerakan kepalanya.

"Stop, Ariana. Kau kena kawal perasaan kau. Jangan lemah." ucap gadis itu pada dirinya sendiri.

Sekali lagi, dia terbersin. Kepalanya mula sakit mencucuk membuatkan dia pening. Keluhan kecil dilepaskan daripada bibirnya yang mungil itu. Belakang tangannya ditekap didahi. Sut itu tadi diambil oleh Ariana Atilia.

"Tengok aku demam sebab kau. Jahat!" marah Ariana Atilia pada pakaian tersebut. Seolah-olah membayangkan Adi Ashraf yang berada dihadapannya sekarang ini.

Entah mengapa, pakaian tersebut dibawa ke dalam pelukan gadis itu tanpa dia sendiri tahu penyebabnya. Bau minyak wangi yang dipakai oleh Adi Ashraf menerpa ke dalam rongga hidung Ariana Atilia. Dia mendekatkan lagi sut tersebut agar dapat menghidu bau tersebut dengan lebih jelas.

Bibirnya mengulum senyuman. Bau lelaki itu membuatkan terbuai sehingga mengurangkan rasa sakitnya di bahagian kepala. Selepas beberapa ketika, Ariana Atilia mula sedar dengan perbuatannya. Dia tertawa halus.

"Kenapa? Kenapa kau boleh jadi jahat dengan sweet dalam satu masa, Adi Ashraf?" gumam Ariana Atilia perlahan sebelum masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Sut tersebut dia telah letakkan ke dalam mesin basuh terlebih dahulu. Mahu memulangkannya dengan cepat kepada tunangnya. Risau nanti dituduhnya yang bukan-bukan oleh Adi Ashraf.

Siapa je tak kenal Adi Ashraf macam mana kan?

Usai membersihkan diri, Ariana Atilia menelan dua biji panadol untuk mengelakkan dia terkena demam panas. Lalu, tubuhnya dihempaskan ke atas katil empuk miliknya. Telefon pintarnya yang berada di atas meja diambil. Satu mesej ringkas dihantar kepada tunangnya.

Nanti aku pulangkan sut kau.

Sebaik saja mesej itu dihantar, aplikasi WhatsApp itu ditutup. Namun satu mesej baharu masuk membuatkan dia membuka kembali aplikasi tersebut. Dia terkejut macam tak percaya apabila buat pertama kalinya tunangnya itu membalas dalam masa yang singkat!

Bukan apa tapi Adi Ashraf selalu membalas lambat mesej yang dihantar olehnya. Tak pun tak balas langsung. Dia memang kejam. Tapi sekurang lepas dua atau tiga minggu tu dia balas la jugak. Tapi sakit hati jugak bila dia hantar punya lama tapi dapat balasan...

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now