BAB 34

6.1K 337 9
                                    

Ariana Atilia membawa genggaman tangan mereka berdua ke atas ribanya. Adi Ashraf hanya memerhatikan tindakan isterinya. Kedudukan mereka yang bersebelahan antara satu sama lain membenarkan Adi Ashraf untuk melihat raut wajah isterinya dengan lebih dekat.

Tanpa amaran, Ariana Atilia melagakan bahunya pada bahu suaminya. Membuatkan Adi Ashraf bertembung mata dengan Ariana Atilia. Keningnya diangkat tanda hairan dengan tindakan isterinya yang secara tiba-tiba itu.

"Kau okay?" soal Ariana Atilia lembut. Risau sekiranya suaminya masih bersedih. Genggaman tangan mereka diketatkan lagi.

Adi Ashraf mengangguk perlahan. Dia melemparkan senyuman nipis untuk menyakinkan isterinya. Matanya beralih pada tangannya yang berada dalam genggaman Ariana Atilia.

Ariana Atilia menghela nafas lega. Dia tidak lagi risau tentang keadaan Adi Ashraf selepas ini memandangkan suaminya sendiri sudi meluahkan segalanya.

Mata suaminya yang sedang memerhatikan sesuatu menarik perhatian dirinya. Perlahan-perlahan, dia turut mengikut arah mata suaminya itu. Barulah dia tersedar Adi Ashraf sedang merenung lama pada genggaman tangan mereka sejak dari tadi.

"Oh, sorry." ucap Ariana Atilia separuh malu. Genggaman tangan mereka dileraikan. Dia tak sangka dia telah memegang tangan suaminya sebegitu lama.

Malu!

Adi Ashraf pula memasamkan wajah. Tak suka apabila dia tak dapat lagi merasai sentuhan tangan Ariana Atilia yang lembut pada kulitnya. Namun apabila melihat reaksi isterinya yang sudah memerah dia kembali tersenyum.

Tangan isterinya diambil semula oleh Adi Ashraf ke dalam genggaman tangannya. Kali ini tangan Adi Ashraf yang memegang tangan kecil milik isterinya. Bahu isterinya turut dilagakan oleh Adi Ashraf seolah cuba meniru semula perbuatan isterinya sebentar tadi. Ariana Atilia berkerut seribu.

Dah kenapa ni? omel Ariana Atilia pelik. Dia langsung tak mencuba untuk melepaskan tangannya daripada genggaman tangan Adi Ashraf. Bahkan dia lagi suka apabila diperlakukan sebegitu. Hehehe.

"Thanks." ucap Adi Ashraf tiba-tiba. Ariana Atilia segera menoleh ke arah suaminya. Tak percaya dengan apa yang didengari oleh telinganya.

"Thanks sebab sudi dengar masalah aku. Aku tak nak kau simpati dekat aku bila aku cerita semua benda ni dekat kau. Sebab tu aku rahsiakan daripada kau. Aku minta maaf kalau kau dengar pasal Mawar daripada orang lain." sambung Adi Ashraf lagi serba salah.

Ariana Atilia terdiam seketika. Sekali lagi, dia bersyukur kepada Tuhan kerana kini Adi Ashraf sudah mula berterus-terang.

"Tak apalah. Aku faham. At least, kau dah bagitahu jugak aku akhirnya. Itu pun dah cukup buat aku happy tau. Kalau kau nak cerita apa-apa, aku ada. Okay?" balas Ariana Atilia bersahaja. Senyuman manis dilemparkan.

Adi Ashraf mengangguk kepala. Dia berasa sedikit gembira apabila mengetahui bahawa isterinya sentiasa berada di sisinya. Mungkin ini permulaan yang baik untuk mereka berdua. Siapa tahu?

"Umi dengan abah dah balik?" soal Adi Ashraf apabila teringatkan mertuanya. Ariana Atilia mengangguk tanda mengiyakan. Kini Adi Ashraf mula rasa serba salah kerana tidak dapat menghantar pemergian mereka sebentar tadi.

Ariana Atilia yang seperti mengetahui perasaan suaminya segera cuba mengalihkan perhatian Adi Ashraf. Genggaman tangan mereka dileraikan. Lalu, dia menghempaskan tubuh ke atas katil empuk mereka berdua.

"Huargh, mengantuknya! Kau tak mengantuk?" ucap Ariana Atilia sambil berpura-pura menguap. Matanya menjeling sekilas suaminya.

Adi Ashraf mengerling jam di dinding. Masih belum larut malam. Matanya pun masih segar lagi. Sedikit pun tak merasa mengantuk. Dia mengeleng kepala sebagai balasan kepada isterinya.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now