BAB 29

5.7K 330 11
                                    

Dengkuran halus Ariana Atilia memenuhi ruangan perut kereta milik Adi Ashraf. Nampaknya dia masih lena diulit mimpi sepanjang perjalanan pulang ke rumah mertuanya.

Adi Ashraf pula akan mengerling sesekali ke sebelah bagi memeriksa keadaan isterinya yang sudah seperti tidur mati itu. Mana tidaknya, semua selekoh tajam yang dilalui sedikit pun tidak membuatkan isterinya itu terjaga. Penat sangat agaknya.

Padahal yang memandunya dia seorang sahaja. Haih.

"Urgh..." ucap Ariana Atilia yang mula tersedar dari lena. Kedengaran sedikit serak suara yang keluar dari kerongkongnya.

Matanya yang dipejam lama dibuka perlahan-perlahan. Berpusu-pusu cahaya masuk ke dalam retina matanya hingga menyukarkan penglihatannya buat seketika.

Perbuatan itu disedari oleh Adi Ashraf. Dia menoleh sedikit ke arah isterinya. Namun masih mengekalkan pandangan pada jalan raya sesekali. Risau jika tersalah langkah pasti kemalangan berlaku.

"Ha, bangun dah? Ingatkan dah mati tadi. Penat sangat ke?" tegur Adi Ashraf dengan nada yang sedikit menyindir.

Suara serak basah milik Adi Ashraf menerjah masuk ke dalam gegendang telinga Ariana Atilia membuatkan dia menoleh ke sebelah. Mujurlah penglihatannya sudah kembali seperti sedia kala. Terus segar dibuatnya apabila dikejutkan dengan teguran mesra daripada lelaki itu.

"Diamlah. Kita dekat mana ni? Dah nak sampai ke?" balas Ariana Atilia cuba membuang pandangan ke luar kereta. Mulutnya yang menguap sesekali ditutup dengan segera.

"Sikit lagi." ringkas Adi Ashraf membalas. Ariana Atilia mengangguk tanda faham. Tangan kanannya mengambil sebotol air mineral untuk melegakan tekaknya yang terasa kering.

"Ah, leganya." luah Ariana Atilia sebaik menghabiskan sebotol air tersebut. Tubuhnya yang terasa tegang kerana duduk dalam posisi yang sama digerakkan cuba membetulkan urat-urat badannya yang berselirat.

"Bak sini sebotol air tu jugak. Haus ni." pinta Adi Ashraf tiba-tiba. Ariana Atilia menurut kata suaminya tanpa membantah. Sebotol air mineral yang masih belum dibuka dihulur kepada Adi Ashraf.

"Bukakan lah. Kau nak kita accident ke?" perli Adi Ashraf lalu menjeling isterinya. Ariana Atilia sudah menjulingkan mata ke atas.

Banyak songeh betul!

Lalu, dibuka juga penutup botol mineral tersebut sebelum diberikan kepada suaminya. Kalau ikutkan hati, mahu saja disimbah pada wajah lelaki itu tetapi dia masih bersabar. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman.

"Ha, nak minum macam mana pulak ni? Nak aku suapkan jugak ke? Baik kau berhenti je dulu. Rehat kejap. Aku tahu kau penat. Rumah mama tu tak ke mana pun kan." cadang Ariana Atilia. Dalam masa yang sama, Adi Ashraf bersetuju dengan cadangan bernas daripada isterunya itu.

Tak lama kemudian, Adi Ashraf memberhentikan kereta di hentian yang berdekatan. Kakinya yang lenguh menekan pedal minyak akhirnya dapat berehat.

"Nah, minum ni dulu. Nanti pengsan siapa nak drive? Aku pergi beli air dekat kedai depan tu kejap. Tunggu tau!" pesan Ariana Atilia sebelum pergi meninggalkan Adi Ashraf di dalam kereta.

Adi Ashraf menghantar pemergian isterinya dengan pandangan. Sebotol air mineral diteguk menghilangkan kehausan yang dialaminya. Tak lama kemudian, Ariana Atilia kembali bersama sebungkus plastik.

"Kau beli apa?" soal Adi Ashraf memerhatikan sebungkus plastik yang dipegang oleh isterinya. Jam tangan dikerling sekilas. Risau sekiranya sudah terlalu lewat petang.

"Aku beli roti dengan air sikit. Buat lapik perut. Nanti tak pasal-pasal kena gastrik. Kalau kau nak kena aku tak kisah. Tapi kalau aku, memang taklah. Ni aku ada beli 100plus untuk kau sekali." terang Ariana Atilia panjang lebar sambil menunjukkan semua barang yang dibelinya.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now