BAB 35

6.6K 357 31
                                    

Sebuah tempat latihan memandu kini berada dalam pandangan Ariana Atilia. Dia menyilangkan tangan ke dada. Suaminya yang berada di sebelah dipandang lama. Cuba meneka apa sebenarnya niat suaminya bawa dia ke sini.

Takkanlah suami dia betul-betul mahu mengajar dirinya memandu seperti yang dijanjikan tempoh hari?

"Ash, kenapa bawa aku dekat sini?" soal Ariana Atilia mahukan jawapan untuk persoalannya sedari tadi.

Adi Ashraf yang baru menghentikan kereta menoleh ke arah isterinya. Sebelum itu sempat juga dia meraup rambutnya ke belakang menampakkan dahi putihnya yang luas. Jam tangannya dikerling sekilas.

Nampaknya dia masih ada beberapa jam sebelum feri mereka berlepas. Memandangkan rumah Tok Wan berada di Langkawi, dia terlebih dahulu telah menempah tiket untuk mereka berdua. Mujurlah tidak ramai orang pergi ke sana pada hari kerja.

"Nak buat apa lagi kalau bukan ajar kau drive, Riana? Aku dah janji kan." balas Adi Ashraf dengan riak muka bosan. Susah sangat ke isteri dia yang seorang ni nak faham yang dia betul-betul nak tolong isteri dia memandu?

Yang dia cuba untuk mengenali isteri dengan mendalam? Untuk tahu mengapa dan punca isterinya tak mahu memandu walaupun sudah cukup dewasa. Dia tak mahu mengenali Ariana Atilia daripada maklumat yang diberikan oleh Alif Zafran.

Dia mahu mengenali Ariana Atilia sendiri. Oleh itu, dia merancang sebuah percutian untuk mereka berdua meluangkan masa bersama. Bagi mengenali hati budi masing-masing. Kerana dia sudah mula menaruh kepercayaan kepada isterinya.

"Tapi aku kata nak kau yang ajar. Bukan orang lain." ucap Ariana Atilia cuba mereka alasan. Dia cuma tak mahu memori hitam yang terkubur sekian lama akan datang semula.

"Siapa kata orang lain yang ajar? Ada nampak ke orang lain dekat sini selain kita berdua?" balas Adi Ashraf tenang.

Jawapan daripada suaminya membuatkan Ariana Atilia meliarkan pandangan ke sekeliling. Sudah jelas hanya mereka berdua sahaja yang berada disitu. Rasa lega dirasakan apabila mengetahui Adi Ashraf yang akan mengajar dirinya.

"Tapi kalau tak ada orang, boleh ke guna tempat ni, Ash? Nanti kena tangkap dengan polis macam mana? Kau ada ke kebenaran? Aku tak nak masuk penjara." adu Ariana Atilia sambil mengeleng kepala.

"Riana, tempat ni dah tak digunakan lah. Sebab itulah aku bawa kau dekat sini. Haih, dah jangan risau." jelas Adi Ashraf.

"Tapi..." sambung Ariana Atilia cuba mengelak. Otaknya ligat cuba memikirkan alasan yang sesuai. Dia takut sejujurnya. Bahagian bawah bibirnya diketap rapat.

"No, tak ada tapi tapi. Riana, pandang aku." arah Adi Ashraf lembut. Ariana Atilia menurut kata-kata suaminya. Tangannya isterinya digenggam.

"Nak jumpa Tok Wan ke tak nak?" umpan Adi Ashraf. Dia tahu isterinya akan termakan dengan taktiknya.

Ariana Atilia tayang muka menyampah. Tahu dah suaminya akan menggunakan alasan itu untuk membuatkan dia setuju juga pada akhirnya. Padahal pada hakikatnya dia memang akan bersetuju juga.

Dia cuba memikirkan yang positif sahaja. Mungkin memori hitamnya dapat digantikan dengan memorinya bersama Adi Ashraf.

"Yelah. Cepatlah ajar. Kau saja je kan guna nama Tok Wan? Kau tunggu nanti aku dah reti bawa kereta. Aku pergi rumah Tok Wan sendiri." balas Ariana Atilia yakin.

"Oh kau, aku punyalah sukarela ajar kau. Kau senang senang buat macam tu pulak eh?" ucap Adi Ashraf berpura-pura marah.

Ariana Atilia hanya mengangkut bahu. Dia sengaja mempamerkan riak muka tidak bersalah. Mahu menyakitkan hati suaminya lagi.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now