BAB 49

7.3K 338 19
                                    

Ariana Atilia termenung sendiri. Dia leka melayan perasaan. Hubungannya bersama Adi Ashraf cukup bahagia dirasakan. Segala yang dimpikan akhirnya menjadi kenyataan. Tiada apa yang dia mahukan selain kebahagiaan mereka kekal selamanya.

Jarinya yang tersarung cincin perkahwinan mereka berdua direnung lama. Menandakan ikatan perkahwinan berdua yang terjalin pada beberapa bulan yang lalu. Pandangannya jatuh pula pada seutas rantai yang dipakai olehnya.

Dia mengukir senyuman. Mindanya memainkan semula memori pengakuan cinta mereka berdua pada hari itu. Hadiah pemberian Adi Ashraf itu tak pernah sekali ditanggalkan. Tangannya naik memegang loket rantainya.

Dua hati yang bersatu. Seperti dia dan Adi Ashraf yang akhirnya bersatu selepas hampir berpisah pada hari yang sama. Siapa sangka hari yang disangkakan paling teruk di dalam hidupnya berubah menjadi yang paling indah dalam sekelip mata?

Mungkin benarlah kata orang, selepas perginya hujan, pasti ada pelangi yang kembali mewarnai semula hari mendung. Ariana melepaskan nafas lega. Sekurangnya dia dapat berbahagia bersama Adi Ashraf buat masa ini.

Dirinya kembali pada realiti apabila teringatkan suaminya yang sedari tadi tidak kelihatan. Bebola matanya mencari susuk tubuh suaminya di sekeliling rumah. Akhirnya, mereka berdua dapat meluangkan masa bersama di hujung minggu.

Oleh itu, dia tak mahu membazirkan peluang ini. Kalau boleh, dia mahu berada di sisi suaminya itu sepanjang masa. Tak mahu mempersiakan sedikitpun waktu ketika dia bersama dengan Adi Ashraf.

"Abang..." panggil Ariana sengaja dileretkan. Dia mencari suaminya sambil berjalan menuju bilik tidur mereka berdua. Barangkali suaminya sedang berehat.

Tombol bilik mereka dipulas. Bibirnya sudah mengukir senyuman kerana menyangka Adi Ashraf berada di dalam. Tetapi pandangannya menemui katil mereka yang kosong. Ariana sudah memasamkan muka.

"Mana pulak dia ni pergi?" omel Ariana sambil mencekak pinggang. Wajahnya sudah masam apabila memikirkan Adi Ashraf pergi ke mana-mana tanpa memberitahunya dahulu.

Tanpa dia sedari, sepasang tangan melingkari pinggangnya dari belakang. Tanpa amaran, tubuhnya ditarik ke dalam dakapan.  Ariana yang terkejut dengan tindakan itu tanpa sengaja menyiku kuat perut suaminya.

"Ouch, sakitlah sayang!" jerit Adi Ashraf meringis kesakitan. Dia melepaskan Ariana daripada pelukan. Tangannya yang melingkari pinggang isterinya ditarik lalu memegang perutnya yang sakit. Dia membongkok menahan kesakitan.

Ariana yang mula panik dengan tindakannya mula menghampiri suaminya. Dia segera mendapatkan Adi Ashraf. Dia juga membongkokkan tubuh untuk menyamakan kedudukan mereka berdua.

"Sakit sangat ke, abang?" tanya Ariana serba salah. Dia cuba memegang perut suaminya yang sedang menahan kesakitan. Siapa suruh peluk orang tak bagitahu. Kan dah kena!

"Sakitlah sayang. Soalan apa sayang tanya ni. Nanti lebam macam mana?" rengek Adi Ashraf sambil memegang erat perutnya. Tak terperi rasa sakitnya. Tak tahu pula siku isterinya setajam itu.

"Abang pun satu. Cuba sahut dulu Riana panggil tadi. Ini tidak, tiba-tiba datang peluk orang tak bagitahu apa semua. Memang mendapat la. Nak kena lagi?" ugut Ariana sambil menunjukkan sikunya. Adi Ashraf mengeleng tanda tak mahu. Ariana tersenyum nipis. Haihlah suami aku ni.

"Sakit tu memang sakitlah sayang. Tapi sakit lagi hati abang bila sayang tak ada depan mata abang tadi." ucap Adi Ashraf sedih. Dia memegang dadanya dengan penuh dramatik.

Ariana menahan senyuman yang mahu mengukir dibibirnya. Telinga suaminya ditarik kuat. Mulut suaminya itu sejak kebelakangan ini ada saja akalnya mahu mencairkan hati dia yang lemah ini. Entah bila Adi Ashraf menanam tebu di tepi bibir pun dia tak tahu.

𝐂 | 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐇𝐀𝐓𝐄Where stories live. Discover now