BAB 48

130 5 2
                                    

Kaif p.o.v.

              Setelah mendapatkan rawatan, aku terus bergegas ke bilik rawatan ICU. Aku terduduk di kerusi yang disediakan di luar bilik tersebut. Muka ku tekup dengan telapak tangan. Dan, air mata terus mengalir keluar dari celahan jariku.

           'Ya Allah! Aku memohon padamu, selamatkanlah isteriku. Sesungguhnya, aku berdosa dan terlalu banyak menyakitinya. Berikanlah aku peluang untuk menebus kembali segala kesilapanku padanya'. Aku tidak henti berdoa.

             Setiap tindakan dan perbuatanku yang menyakiti Ara serta rayuan yang tidak pernah aku endahkan kembali bermain di fikiranku. Umpama video yang dimainkan berulang kali sehingga aku tersedar sesuatu. Mengapa aku tergamak melukakan hati seorang isteri yang sanggup berkorban untukku? Sanggup menyerahkan hatinya kepadaku? Pernah menjadi wanita yang terpenting dalam hidupku. Dan wanita itulah yang aku abaikan. Aku membencinya sehingga hilang pertimbagan diriku. Ya Allah! Kenapa aku lambat sedar semua tu?

            'Sudah puas hati Tengku dapat buat Ara macam ni? Kenapa tengku sanggup dan tergamak melakukan sedemikian. Kenapa tidak hanya sekali sahaja, tengku pandang dia sebagai isteri Tengku! orang yang berharga dalam hidup Tengku. Cukup hanya sekali, Tengku dengar segala luahan dia, rayuan dia. Kenapa tengku sanggup bunuh anak tengku sendiri. Tengku sakiti dia'. Suara wanita yang digelar 'umi' oleh isteriku kedengaran.

         'Saya tak tahu kenapa saya terlalu kejam. Saya benar-benar buntu. Pilihan itu memaksa saya berbuat demikian. S..sa'. Aku cuba menghabiskan kata namun dicantas.

          'Bukan tengku tak tahu! Tapi Tengku memang tak sukakan Ara. Tengku bencikan dia. Tengku tak pernah nampak pengorbanan dia, keikhlasan dia dan cinta dia pada tengku.Tengku sanggup lepaskan kemarahan tengku pada dia. Itu perkara yang sebenarnya. Berjuta pilihan yang mereka beri sekalipun, Ara takkan pernah menjadi pilihan Tengku! Rayuan dia! Belas kasihan yang dia minta tidak tengku dengari. Sebabnya! Tengku ego! Kejam! Tengku anggap dia sampah, tak penting dalam hidup Tengku'. Umi terus menangis.

         'S..saya'. Sekali lagi kataku terhenti.

           'Tak apalah. Tengku balik je dulu. Saya boleh jagakan Ara. Tengku tak payah ambil tahu pasal Ara lagi. Saya tak nak tengku rasa dia menyusahkan pula. Kan benda ni membuang masa tengku. Tak payahlah tengku nak serabut lagi. Tengku yang buat dia macam tu. Jadi, tengku mesti rasa puas hati kan. Tengku tumbuk dia, sepak dia dan paling saya tidak sangka, tengku sanggup tembak dia demi orang lain. Ara sakit tengku! Dia tengah sarat masa tu! Deritanya dia menahan segala rasa yang Tengku hadiahkan padanya. Tengku takkan tahu apa dia rasa masa tu. Dia sakit sangat Tengku. Saya nampak dengan jelas keadaan dia masa tu! Betapa dia mengharapkan ihsan seorang suami'.

            Aku terhenyak mendengar setiap kata-kata umi. Kakiku terasa longlai, Kekuatanku seolah-olah telah hilang Aku tak salahkan dia. Aku tahu salah aku. Aku menyesal.

           'Jadi itu sebabnya anak ayah terlantar dalam tu. Sampai hati kamu buat anak kami macam ni'. Aku terus terbangun memandang wajah keluarga mertuaku serta ahli keluargaku yang lain. Aku cuba mendekati ayah mertuaku, namun dia menggeleng tanda tidak ingin aku mendekatinya.

          Aku masih berdegil. Tangannya ku pegang memohon keampunan. 'Ayah betul-betul kecewa dengan kamu, Kaif. Ayah dan keluarga kami tak minta banyak. Hanya nak kamu jaga permata kesayangan kami dengan elok. Tapi, nampaknya percaturan ayah salah. Anak kami derita'. Riak kecewa dan kesedihan terpancar di wajahnya. Aku mencari wajah milik ibu mertuaku, namun dia langsung tidak berpaling ke arahku.

            Aku tergamam. Air mataku tidak berhenti mengalir keluar. 'Ayah tak sangka permintaan ayah terlalu membebankan kamu! Anak kami jadi mangsa. Mengapa selama ni ayah tak perasan semua ini. Sebegitu bencinya Kaif kepada anak kami. Kalau kamu tak cintakan dia lagi, dah tak nak dia, pulangkan dia kepada kami sepertimana kamu ambil dia dari kami dulu. Tapi...'.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now