BAB 45

128 5 4
                                    

Pernahkah engkau mengerti,

Walau secebis isi hatiku,

Mengapa harus derita yang kau cipta,

Sedangkan kasihmu masih ku pinta.


Leya P.O.V.

                Aku melilaukan pandangan untuk memastikan keadaan betul-betul selamat. Setelah itu, aku mengambil telefon bimbit di dalam beg sebelum mendail nombor telefon seseorang. Tidak menunggu lama, panggilanku bersambut dengan orang di sana.

                'You! I rasa kita dah boleh start plan kita malam ni. I dah penat la nak berpura-pura macam ni. I kalau boleh nak settlekan benda ni cepat-cepat dan jumpa you. Dah lama sangat kita tak spend time sama-sama. I rindukan you sangat tau.

                  'I setuju. Lagipun dah lama sangat I biarkan Kaif tu hidup senang-lenang. I akan pastikan malam ni dia akan terima balasannya', suara orang di sebelah sana berbunyi.

Someone P.O.V.

                    'Kau tunggulah Kaif! Aku akan pastikan hidup kau akan merana lepas ni. Dendam aku pada kau takkan pernah hilang'. Usai berkata,aku terus menumbuk meja sebelum mula membuat perancangan.

Back to Ara p.o.v.

                  Tanpa Leya sedar, aku mendengar setiap apa yang dikatakannya. 'Rindu?plan? apa sebenarnya yang Leya cuba nak lakukan. Bagi mengelakkan kehadiran aku disedari, cepat-cepat aku menjauh dari situ.

                   Perkara yang didengari masih bermain-main dalam kepalaku.. Untuk tidak menyerabutkan kepalaku, aku menghilangkan segala syak prasangka. Mungkin dia hanya berborak kosong dengan kawan-kawannya. Tapi, kenapa macam serius je?

                   Aku menyapu halaman depan sambil mengurut pinggangku sedikit. Mungkin aku terlalu banyak bergerak menyebabkan badanku terasa lenguh dan sakit-sakit. Aku berusaha menyudahkan kerjaku dengan cepat untuk berehat.

                 Setelah selesai, aku bergerak ingin masuk ke dalam rumah. Namun, secara tiba-tiba bahuku dilanggar oleh Leya yang sudahpun berada di sisi Kaif. Tanpa berniat ingin memanjangkan cerita, aku terus mengangkat kaki dan meninggalkan mereka berdua di situ.

                 Tepat jam 8:30 malam, aku masuk ke bilik di tingkat atas untuk menggosok pakaian Leya dan Kaif. Kerja terakhirku sebelum boleh melelapkan mata. Dalam sibuk menggosok, pintu bilik dibuka seseorang.

                 Aku meneruskan kerjaku tanpa berniat ingin memandang ke arah itu. Pergerakanku terhenti bila mana tanganku digenggam kasar oleh seseorang. Kukunya terasa mencengkam isi kulitku. Secara automatik, saterika yang berada di tanganku jatuh terhempas ke bawah mengena kaki kananku.

               Suaraku seakan tersekat untuk menjerit. Apabila aku mengangkat kepala, wajah sinis Leya yang disertai dengan senyuman lebarnya ditangkap oleh kornea mataku. Aku cuba melepaskan pegangannya, namun gagal. Malah cengkamannya semakin kuat sehingga lenganku terluka ekoran kukunya itu terkena kulit.

               'Apa awak buat ni. Lepaskan lengan saya, sakit!', aku cuba merayu padanya namun ternyata sia-sia. 'Hey! Kau dengar sini perempuan! Aku tahu kau mengendap aku tadi kan'. Dia cuba mengawal nada suaranya.

              'Mana ada. Saya tak buat benda tu. Lagipun, saya buat kerja saya tadi', aku cuba menutup getaran dalam nada suaraku. Tidak mahu dia menyedari perlakuanku tadi.

               'Aku tak kisah kau dengar ke tak, tapi baiklah aku nak bagitahu kau something'. Dari nada suaranya, aku seakan-akan dapat mengagak apa yang bakal disampaikan. Aku menjadi takut dan hatiku berasa kurang sedap. Macam ada sesuatu buruk yang akan terjadi.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now