BAB 43

113 5 2
                                    

Salahkah aku jika cuba menagih kasihmu,

Salahkah aku terus berharap padamu,

Hanya sedikit perhatian yang aku pinta,

Ianya sudah terlalu bermakna bagi diriku.   


      Hari ini aku mengikut keluarga Kaif ke mansion milik keluarganya. Kami akan bermalam di sana semalaman memandangkan kami akan meraikan birthday Kaif. Kami ke sini dengan menaiki tiga buah kereta iaitu kereta milik Kaif, Nuwail serta daddy.

          Aku bersama Nial menumpang kerta Nuwail kerana Kaif awal-awal lagi sudah memberi amaran agar aku tidak menyibuk untuk menaiki keretanya. Apa lagi aku boleh buat selain hanya akur dengan arahannya. Kereta milik daddy pula dipandu oleh Pak Mat, driver keluarga mertuaku.

           Kalau diikutkan, ingin sahaja aku naik dan duduk bersama-sama dengan Kak Rina serta Aqi di dalam kereta milik daddy tetapi ianya sudah penuh. Jadi, apa lagi pilihan yang ada selain bersetuju untuk naik bersama jejaka idaman Malaya ni.

            Kad akses di scan  dan pintu secara automatik terbuka dengan sendirinya. Aku masuk ke dalam untuk meletakkan beg sebelum kakiku dibawa beranda. Aku memerhati kawasan sekitar. Sungguh, aku tak dapat menyembunyikan rasa kagumku ketika melihat keindahan kawasan sekitar mansion ini.

           'Subhanallah! Ianya sungguh cantik'. Setelah puas memerhati, aku menutup sliding door sebelum melabuhkan dudukku di atas katil. Bilik ini hanya dihuni oleh aku seorang memandangkan Kaif dan Leya satu bilik. Aku cuba memujuknya tadi untuk stay bersamaku tetapi ditolaknya mentah-mentah.

              Aku tahu bayi di dalam kandunganku pun teringin dibelai dan duduk dekat dengan papanya. Ini kerana sepanjang aku hamil, aku selalu cuba untuk dekat dengan Kaif walaupun tanpa pengetahuannya. Selalunya, hanya bajunya sahajalah yang jadi penemanku.

            Banyak kali juga aku dimarah kerana cuba dekat dengannya. Katanya rimas! Menyampah! Dan perkataan yang selalu dicopnya khas untuk aku seorang iaitu jijik. Aku pun hairan, kenapa aku masih try hard walaupun banyak kali ditolak. Tambahan, perasaan terasa tu umpama angin je bagi aku. Pembawakan budak memang lain macam.

             Jubah dilurut ke bawah sedikit untuk mengemaskan penampilanku. Brooch dipinkan di hujung tudung sebelah kanan dan kiri. Setelah itu, bibir ku oles dengan sedikit lipbalm. Aku tersenyum melihat perutku yang mula kelihatan. 'Tak sabarnya mama nak tunggu baby keluar'. Gumamku sendirian di hadapan cermin.

             Aku mengambil hadiah di atas meja dan meletakkannya di dalam beg silang yang dipakai sebelum meninggalkan bilik. Aku harap Kaif suka dengan hadiah ini. Tak mahal tapi semua ini aku sediakan dengan menggunakan duit hasil kerja aku sendiri.

             Kak Rina, Aqi, Nial dan Nuwail sudah pun menunggu di depan bilik. 'Akak baru nak panggil Ara. Ingat tak siap lagi tadi'. Aku hanya tersengih ke arah mereka berempat.

              'Wah! Comellah Ara malam ni. Dengan perutnya yang bulat, mukanya lagi. Tengoklah tu, seri ibu mengandung pun nampak', Habis sahaja Nial mengeluarkan kata, lengannya dicubit oleh kak Rina. Apa lagi, menjeritlah budak tu. Pedih oiii!.

            'Sampai hati Kak Rin cubit Nial. Nak merajuk lah camni', Nial terus memeluk tubuhnya. Nuwail dan Kak Rina hanya berbuat muka pasrah.

             'Nak kena cubit lagi la tu. Merajuk la kalau nak rasa lagi sekali', Nial terus mengangkat tangan tanda mengalah. Tahu takut. Hahaha. Penangan cubitan ketam Kak Rina bukan biasa-biasa tau. Sekali kena terus surrender.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now