BAB 29

78 4 0
                                    

             Hampir sebulan aku bekerja di syarikat ini dan sepanjang tempoh itu, layanan Kaif kepadaku tidak pernah berubah. Aku menyiapkan laporan yang diberikan oleh orang atasanku. Aku menjengah ke dalam bilik Kaif. Ini sudah menjadi rutin harianku. Walaupun, dia tidak pernah perasan atau sedar dengan tingkahku ini, aku tidak kisah. Paling tidak, aku dapat melepaskan kerinduanku padanya walaupun sedikit. Setelah siap, aku menyerahkan laporan itu kepada orang atasanku dan keluar makan tengah hari bersama dengan Azra.

           'Ara, macam mana hubungan awak dengan Kaif? Dia masih layan awak macam tu ke?' tanya Azra kepadaku semasa kami sedang menjamu selera.

           'Saya tak tahulah nak cakap apa Azra tapi saya akan gembira jika dia gembira. Tu dah cukup bagi saya' kataku bagi menjawab pertanyaan Azra.

           'Saya tak tahulah Ara. Kalau saya kat tempat awak saya tak rasa boleh tahan dengan semua ni'. Aku hanya tersenyum mendengarkan kata-katanya.

           'Bila awak cintakan seseorang, awak sanggup lakukan apa sahaja untuk dia. Bahkan, setiap layanan yang diberikan sama ada teruk atau tak, mesti awak akan tetap terima', aku hanya menyuarakan itu semua di dalam hati.

            Masuk sahaja ke dalam pejabat, Kak Siti memberitahu aku bahawa Kaif dari tadi mencariku. Aku tanpa banyak bicara terus bangun dan masuk ke biliknya. Aku terus menuju ke meja Kaif. Belum sempat aku membuka mulut bertanyakan sebab aku dipanggil ke sini, fail yang berada di atas meja tadi terus dilemparkan ke arahku. Aku sangat terkejut dan tidak sempat mengelak tentang perkara yang tak terjangka ini. Aku menunduk mengutip fail yang jatuh di sebelah kaki.

              'Hei perempuan. Sampah apa kau bagi pada aku ni ha. Kau tahu tak dengan cara kerja kau yang entah apa-apa ni, syarikat aku boleh rugi tau. Eii kau ni memang langsung tak boleh diharapkan!'dahiku ditunjal kasar oleh Kaif. Aku hanya mampu mendiamkan diri kerana tiada kata yang mampu aku lontarkan kerana tidak menjangka tindakan drastik ini.'S..saya mint..minta maaf. S..s..saya cuai. Saya janji, perkara ini takkan berlaku lagi', kataku menahan getar. 'Dah! Aku nak kau keluar sekarang. Dan pastikan kau ambik fail ni dan betulkan balik kerja kau', mendengarkan katanya yang seumpama halilintar, aku terus berlalu keluar.

              Aku tidak berani mengangkat muka memandang wajah-wajah di hadapanku. Aku tahu sudah pasti mereka turut mendengar dan melihat apa yang telah terjadi. Azra terus mendapatkan aku setelah aku melabuhkan duduk. 'Ara, awak okey tak ni. Kenapa dia marah awak sampai macam tu sekali', tanya Azra kepadaku dengan riak yang risau. 'Tak ada apa-apa. Saya okey Azra. Cuma tu la, silap saya hantar lagi kerja macam sampah. Memang patut pun dia menegur saya', kataku lembut. Aku cuba menyembunyikan segala rasa yang bermain di benak fikiranku.

              'Kalau ya pun ada silap, tak payahlah sampai macam tu sekali dia nak marah awak', aku hanya diam tanpa membalas. Azra yang memahami perlakuanku, hanya mengeluh dan bangun bergerak ke meja miliknya kembali. 'Maafkan saya Azra, saya tak tahu nak cakap apa'. Usai berkata-kata, aku terus membuka kembali fail tersebut dan mula menaip. Sempat aku melirik ke dalam bilik Kaif, namun hatiku semakin sakit saat melihatkan layanannya kepada Leya sungguh berbeza berbanding diriku.

               Hari ini, aku akan mengikut Kaif dan Leya pergi ke rumah ibu dan bapa mertuaku. Aku memasukkan pakaianku dan menarik begku ke luar kerana ingin meletakkan beg itu di dalam kereta milik Kaif namun, aku hanya dibiarkan membawa begku sendirian. Aku memerhatikan Kaif yang membantu Leya mengangkat begnya sambil Leya berada di sisinya. Aku secara perlahan bergerak ke arah mereka. Nampak sahaja kelibat aku, mereka berdua terus memandangku dengan pandangan yang tidak dapat ku tafsirkan.

             'Kau ni nak apa datang sini?' Leya bersuara terlebih dahulu. 'Saya nak letakkan beg ni dalam kereta. Kan kita nak pergi rumah mummy dan daddy' kataku kembali.

              'Ye, aku tahu kita nak pergi rumah sana. Habis kau nak menyemak sekali naik kereta aku ni kenapa? Aku tak pernah cakap pun yang kau boleh naik kereta ni sekali'. Kaif pula bersuara.

              'T..tapi saya tidak pandai naik kereta sendiri. M.macammana saya nak pergi sana dengan beg yang berat ni, abang, Leya.'. kata-kataku hanya dibalas dengan jelingan.

              'Itu bukan masalah kami. Kau nak naik bas ke, teksi ke, jalan kaki ke ape semua tu. Suka hati kaulah. Tak ada masa aku nak biar kau naik dengan kitorang sekali dalam ni. Pandai-pandailah kau cari jalan sendiri. Dahlah tepi sana,aku nak gerak ni' Kaif bersuara sambil tangannya terus menutup bonet kereta. Kemudian, dia terus masuk dan meninggalkan aku termanggu-manggu sendirian di laman rumah. Aku terus memanggil teksi untuk ke rumah mertuaku. Sepanjang perjalanan, aku hanya diam membisu. Aku kena cekalkan hati kerana apa yang akan terjadi di sana pun aku tak tahu. Jadi, aku hanya perlu bersedia.

              Aku menapak masuk ke dalam pagar rumah yang tersergam indah di mataku. Aku melihat kereta suamiku elok terparkir di dalam pagar bermakna dia telah sampai. Aku memberi salam dan masuk ke dalam rumah. Aku melihat mummy sedang berborak dengan Leya dan suamiku. Aku mendekatinya dan ingin bersalam namun dia tidak mengendahkanku. Aku terus menjauhi mereka. Dalam mengelamun, tubuhku dipeluk oleh seseorang. Siapa lagi kalau bukan kakak iparku. Aku terus tersenyum dan memeluknya kembali.

             'Ara, bila sampai? Datang dengan apa je?' tanyanya kepadaku. 'Baru je kak. Ara naik teksi tadi' balasku. Melihatkan dia yang ingin bertanya lagi, aku terus mengubah topik. ' Ha akak, mana Anaqi. Ara dah rindu sangat dekat dia. Lama tak jumpa', aku melilaukan pandangan mencari kelibat anak buahku.

            'La.. lupa pula akak. Anaqi tengah sleep sekarang. Tadi aktif sangat, sekarang penat lah dia'. Kak Karina tergelak sendiri dengan kata-katanya membuatkan aku turut sama tergelak. Aku melirik ke arah mummy, Kaif dan Leya dan tanpa sedar hatiku merasa sebak melihatkan layanan mesra mummy dan Kaif kepada Leya. Kak Karina yang perasan arah pandanganku menggenggam tanganku erat dan aku hanya tersenyum ke arahnya.

          'Jom naik atas. Mesti bila sedar Anaqi akan gembira nampak maksu dia ad kat sini'. Dia terus mengheret tanganku naik ke atas. Aku terhibur dengan tingkahnya.



Enjoy reading guys. Sorry kalau cerita ni makin merapu. Sis ketandusan idea. Hehe. Anyways, tqsm kpd yang sudi singgah. Peace yow

'

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now