BAB 40

99 4 0
                                    

Pengharapan kadangkala membawa sinar,

Pengharapan juga membawa kepada sirna kegelapan,

Namun mampukah kita terus bertahan,

Andai likunya terlalu payah untuk ditempuh,

Demi menggapai sinar itu.


                       Gambar di dalam beg aku ambil dan menatapnya dengan perasaan bercampur-baur. Air mata yang menitik di atas gambar itu ku sapu dengan hujung jariku. Sudah puas aku cuba untuk menahan diri dari menangis tetapi sesungguhnya aku tidak mampu.

                        Bila mengingatkan perkara yang berlaku di office dan hospital tadi, hatiku menjadi semakin rawan. Tidak terlintas langsung dalam fikiranku, Kaif, suamiku sendiri tidak kisahkan langsung akan diriku. Malah, orang lain pula sanggup bersusah payah untukku.

FLASHBACK

                         Aku memasukkan nescafe 3 in 1 ke dalam gelas diikuti dengan gula di dalam cawan. Kemudian, aku mengacau air sebelum meletakkannya di atas dulang. Tanpa berlengah, aku terus mengangkat dulang itu sambil langkah kakiku diteruskan ke bilik Kaif.

                       Aku memberanikan diri untuk mengetuk pintu kerana risau mengganggu perbincangan penghuni di bilik tersebut. Apabila mendapat keizinan, aku menapak dengan berhati-hati di dalam bilik.

                     Sampai sahaja di meja, aku menghidangkan air itu kepada mereka yang ada di situ. Saat aku ingin meletakkan air di hadapan Leya, tanganku ditolaknya sedikit sehingga cawan di peganganku terlepas.

                    Aku mendesis bila mana air menyentuh kulit tanganku. Semua yang berada di meja tersebut kelihatan terkejut.

                   Kaif ku lihat, terbangun dari duduknya dan terus menarik tangan Leya sambil membelek-belek tangannya. Risau Leya tercedera barangkali. Aku hanya memerhati menunggu sama ada dia akan berbuat perkara sama padaku.

                   Namun, sangkaanku meleset bila Kaif mendekati sambil mencengkam kasar lenganku. Aku terus mengaduh kuat saat pegangannya berada di tempat kulitku melecur.

                 'Kau memang sengaja kan, perempuan! Kau sengaja nak cederakan isteri aku kan! Kau memang tak guna. Yang kau cuai sangat tu dah kenapa hah!', suara dia melengking kuat ke arahku.

                  'A...Awak, sakit. Saya mohon, tolong lepaskan lengan saya'. Dia tidak mengendahkan rayuanku malahan memandang wajahku dengan bengis. Aku cuba merungkaikan pegangannya namun gagal.

                 Nial dan Nuwail kelihatan cuba bangun dari duduk mereka bila melihat riak wajahku yang kesakitan. Namun, belum sempat mereka bertindak, tangan Kaif tidak semena-mena terus singgah di pipiku.

                  Automatik aku jatuh terduduk. Nial dan Nuwail terus menarik Kaif menjauh dariku kerana tidak mahu aku terus menjadi mangsa amukan Kaif.

                   Dalam Nial menenangkan Kaif, Nuwail datang ke arahku dan membantu aku berdiri. Aku hanya mengikut tingkahnya. Mataku seakan-akan berpinar ditambah lagi dari pagi tadi badanku berasa tidak enak.

                     Aku menggagahkan diri untuk menstabilkan diri. Aku cuba melangkah perlahan untuk keluar dari bilik tersebut dan belum sempat aku melangkah, pandanganku terus menggelap.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang