BAB 31

87 6 9
                                    

Sememangnya cinta boleh menyembuhkan luka,

Namun semestinya,

Cinta juga boleh menjadi sesuatu yang menyakitkan,

Menjadi racun kepada insan yang mencintai.

         Bunyi azan subuh membuatkan aku terus mencelikkan mata. Badanku terasa lenguh dan sakit mungkin kerana tempat tidur yang tidak selesa. Walaupun sudah biasa bagiku kerana di rumah Kaif juga beginilah tempat tidurku namun rasa itu tetap terasa. Aku menggeliat kecil bagi menyelesakan badan sebelum bangun untuk mengambil air wuduk. Aku mengeluarkan kain sembahyang milikku dan menghamparkan sejadah.

       Kedengaran pintu bilik air dibuka membuatkan aku berpaling ke belakang. Aku tidak perasan bila Kaif bangun. Niatku, lepas membentangkan sejadah, aku ingin mengejutkan dia, 'Abang dah bangun? Sayang baru nak kejutkan abang tadi solat',kataku bersama senyuman. Dia hanya memandangku sekilas sebelum bergerak ke katil miliknya. Ingin mengejutkan Leya barangkali.

       'Baby, bangun baby, solat subuh', Kaif berkata lembut sambil menyelak rambut yang menutupi muka Leya. Aku hanya memerhatikan tingkahnya. 'Bie, baby cuti la. Lagipun baby mengantuk. Penat sangat bie', Leya menjawab. 'Alahai, kesian baby. Takpelah, kalau macam tu baby sleep je la. Bie nak solat kejap ea' Kaif berkata lagi sambil dia mencium lembut ubun-ubun milik Leya. Aku yang berdiri statik di hadapannya tidak diendahkan.

        Aku menunggu Kaif keluar dari bilik air untuk solat bersama. Melihatkan dia keluar, terus aku berdiri dan mendekatinya. 'Apa kau nak', itu soalan pertama yang terpancul dari mulut dia. 'Sayang nak abang imamkan solat. Bo...boleh tak? ', aku menyuarakan keinginanku.

       ' Kau tak payah mengada. And satu lagi! Asal kau masih stay dalam bilik ni. Kau bengap ke apa. Aku nak kau keluar dari bilik ni sekarang. Pagi-pagi dah buat orang semak', katanya bengang. Dan tanpa banyak bicara, dia terus mengheret tanganku yang ditutupi telekung sambil sebelah lagi memegang beg pakaianku. Sampai sahaja di muka pintu biliknya dia terus melepaskan tanganku kasar dan melempar begku. Setelah itu, dia menutup kasar pintu bilik.

          Aku hanya menyapu air mata yang keluar dari tubir mataku. Aku memang manja kan. Sikit-sikit nak nangis. Air mat ani pun satu taknak dengar cakap tuan dia. Aku memandang beg pakaianku lama. Aku tidak tahu mana lagi aku nak duduk. Dalam sibuk aku berfikir, bunyi pintu bilik di sebelah kanan berdepan bilik suamiku dibuka. Aku masih menundukkan pandanganku ke bawah.

        'Eh Ara! Apa awak buat kat luar bilik pagi-pagi ni?', Aku terus mengangkat pandangan rupanya Nuwail. Aku tak tahu nak menjawab apa, jadi aku hanya menggaru-garu kepalaku sambil tanganku memintak tali beg pakaianku. Dari nadanya, aku rasa dia sangat terkejut dan hairan melihatkan keadaanku. Mungkin terkejut tengok ada makhluk pagi-pagi begini dan hairan melihatkan keadaanku.

             Nuwail melepaskan keluhan kecil apabila soalannya dibiarkan tidak berjawab.'Angah suruh awak keluar kan. Saya tak faham la apa kena dengan angah tu. Boleh dia biarkan isteri dia terkontang-kanting kat sini. Haishh', Aku kembali menunduk mendengarkan leteran daripada Nuwail. Sisi dia yang satu ini belum pernah aku lihat.

         'Dah Ara, ni mesti awak belum solat lagi kan? Jomlah saya bawa awak ke bilik lain', belum sempat aku memberi tindak balas, dia sudah pun mengambil beg di tanganku dan terus bergerak ke bilik di sebelah biliknya. Memandangkan rumah mummy dan daddy sangat besar, tak hairanlah jika bilik pun banyak. Cuma aku tak berani nak stay kat mana-mana bilik kerana selalunya aku akan duduk di bilik Kaif sahaja. Tapi, aku perlu sedar bahawa suamiku dah ada pemilik hati yang lain menggantikan aku. Walaupun begitu, aku akan terus berusaha untuk berada di sisinya even hati aku akan terus terguris dengan layanan dan tingkahnya. Ya, selagi aku mampu dan yakin masih ada rasa cinta tersisa di hatinya untukku.

          'Ara, awak stay dalam bilik ni dulu ea. Nanti kalau ada apa-apa yang awak perlukan, awak boleh je panggil saya, okey!' kata Nuwail lembut. Aku hanya tersenyum ke arahnya dan dia membalas. Aku terpana melihat senyumannya, comel!. Dia terus meminta diri untuk ke biliknya. Baru beberapa langkah dia berjalan, aku memanggilnya kembali. Dia berpaling semula ke arahku dengan riak wajahnya yang bertanya kenapa? 'Terima kasih, Nuwail' kataku perlahan dan dia terus tersenyum. Kemudian, aku terus masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat.

         Turun sahaja dari tangga, aku disapa oleh pemandangan yang agak meruntun jiwa. Kaif dan Leya sedang menyuapkan makanan sesama sendiri. Dalam pada itu, Kaif mencuit pipi Leya, manakala Leya pula terus melentokkan kepalanya di bahu Kaif. Timbul sedikit rasa cemburu melihat adegan itu. Dalam keterpaksaan, aku berjalan ke meja makan sambil tersenyum kea rah semua orang yang ada di meja makan.

             Semua pandangan tertumpu ke arahku, tidak aku endahkan. Aku cuba menarik kerusi di sebelah Kaif, namun mendengarkan kata-kata Kaif tingkahku terhenti. 'Hei perempuan! Kau duduk tempat lain, jauh sikit dari aku. Boleh patah selera aku tau tak', aku cuba mengawal riakku dengan senyuman dan kakiku melangkah ke kerusi sebelah Nuwail. Dia terus menarik kerusi dan menyuruhku duduk. Aku menghadiahkan senyuman kecil ke arahnya sebagai tanda berterima kasih. Aku terus makan tanpa menoleh lagi. Terasa ada pandangan tajam yang dihadiahkan padaku namun aku masih fokus menyambung makanku.











New update for this week. This week really a hectic week for me. So, hope enjoy reading n sorry kalau agak membosankn. Tq kpd yg sudi singgah n jenguk this story.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now