BAB 24

66 4 0
                                    

       Aku masuk ke perkarangan rumah setelah gate dibuka. Aku mengetuk pintu berkali-kali dan akhirnya pintu dibuka dari dalam. Aku terus memeluk figura yang berdiri di hadapanku serta mencium tangannya. Tindakanku secara spontan, seumpama tiada apa yang berlaku antara kami semalam.

     Tidak lama kemudian, tanganku direntap dan badanku ditolak kasar menyebabkan aku terundur ke belakang. Aku memandang ke arah suamiku namun lagi sekali hatiku umpama dicarik-carik tatkala melihat tangannya yang menolakku tanpa bersalah, memeluk mesra bahu Leya.

     ' Oh kau rupanya! Kau tak payahlah nak peluk-peluk aku bagai. Geli aku tahu tak. Lagi satu kalau boleh tak payahlah kau masuk ikut pintu depan ni. Bilik kau dekat sebelah belakang kau. Jadi, faham-fahamlah', Bicara Kaif tanpa memandangku walau sedikitpun.

     'Tapi...' belum sempat aku berkata, pintu ditutup kasar. Aku hanya mampu mengeluh dan terus mengangkat kakiku menuju ke pintu belakang. Aku dah janji dengan diri sendiri bahawa aku akan terus kuat. Jadi, aku hanya perlu hadap semua ini demi membuktikan perkahwinan kami masih boleh diselamatkan.

     Sekarang sudah hampir jam 8 malam, namun aku masih bertungkus-lumus menyiapkan makan malam. Aku hendak memasak makanan kegemaran suamiku. Mana tahu hati dia akan menjadi sedikit lembut, Bak kata orang-orang tua, 'nak pikat hati suami, perlulah bermula dari perutnya'. Aku tersengih sendirian bila mengingatkan kata-kata itu.

       Aku menggaul nasi di dalam pingganku dengan perlahan. Seleraku hilang tatkala mendengar kata-kata yang terbit dari kedua-dua mereka. 'Apa entah perempuan ni masak, tak rasa apa langsung. Dahlah tak sedap'. Kata suamiku diikuti anggukan dari Leya. Aku telah mencuba sedikit rasa semasa memasak tadi dan aku rasakan semua bahan sudah cukup. Adakah mereka sengaja ingin menyakitkan hatiku. Aku berpura-pura tidak mendengar.

     Aku hanya mampu makan beberapa suap nasi sahaja dan setelah itu, aku bangun dan meninggalkan meja. Dia tidak akan pernah kisah tentang perasaanku. Adegan mesra yang ditunjukkan di depan mataku sudah cukup membuktikan segala-galanya.

     'Hey! Lepas kemas semua benda ni, kami berdua ada something nak cakap dengan kau'. Bunyi suara Leya dari depan menyentakkan aku. Apabila sudah siap kerja di dapur, aku terus menuju ke arah mereka berdua.


Kecik besar, kecik besar je tengok Kaif dengan Leya kan. Anyways hope enjoy guys.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now