BAB 32

98 5 0
                                    

              Aku memandang ke arah gazebo. Mummy, Kaif dan Leya sedang bergelak ketawa. Mereka kelihatan sangat gembira. Aku pula hanya mampu memandang dari jauh. Hendak ke sana takut dihalau. 'Ara! sabar ea. Akak harap mummy dan Kaif sedar, Ara tu isteri dan menantu juga dalam rumah ni. Akak tahu Ara kuat. Apa pun, akak akan sentiasa sokong Ara'.kata Kak Karina sambil memegang tanganku lembut.

            'Terima kasih akak sebab sentiasa ada dengan Ara. At least, ada orang yang masih sudi menerima kehadiran Ara kat sini. Tu pun Ara dah happy sangat', aku terus memeluk Kak Karina dan memandang ke arah Aqi yang begiu seronok bermain tanpa memandang sekeliling. Sekali-sekala aku dan akak tergelak melihat gelagatnya. Namun, dalam diam aku masih memandang ke situ. Satu keluhan kecil dilepaskan.

             Bunyi deruman kereta yang memasuki pagar membuatkan semua mata tertumpu ke sana. Tak silap aku, itu kereta jenis Skyline, tapi tak pasti pula model apa. Maklumlah, aku kurang mahir dalam mengenal jenis-jenis kereta. Aku terus mengajukan persoalan yang bermain di mindaku kepada Kak Karina. 

           'Akak kereta siapa tu? Kereta Nuwail ke'. ' Eh bukan kereta Nuwail tu Ara. Akak pun tak pasti, tapi macam kenal', kata Kak Karina sambil matanya masih memandang hairan ke arah tersebut.

               Apabila mengecam pemilik kereta tersebut, dia terus bangun dan menuju ke arah lelaki itu dengan laju. Dia kelihatannya sangat gembira. Lelaki tersebut terus menghadiahkan senyuman kepada Kak Karina sambil memeluknya. Aku menjadi hairan namun aku terus memandang ke arah mereka. Lelaki itu bergerak ke arah gazebo dan menegur mereka yang ada di situ. 

               Mummy dan Kaif kelihatannya begitu mesra sekali menyambut kedatangan lelaki itu. Mungkin salah seorang ahli keluarga ini. Leya pula kelihannya asyik memandang lelaki itu sambil tersenyum. Aku tak pernah melihat wajahnya dan aku terus melarikan pandanganku ke arah Aqi yang masih bermain di hadapanku. Masih dalam dunianya sendiri.

               Aku lihat Akak Karina menarik lelaki itu mendekati tempat duduk kami. Sampai sahaja di depanku, dia terus memperkenalkan lelaki tersebut kepadaku. 'Niel, kenalkan ni Ara. Isteri Kaif dan Ara, ni Fil Danial, boleh panggil dia Nial je. Dia sepupu akak, Kaef serta Nuwail'.

               Aku tergelak seketika melihat akak begitu bersemangat memperkenalkan kami berdua sebelum menundukkan sedikit kepalaku tanda menyapa. Nial juga ku lihat turut membalas sapaanku serta tersenyum. Setelah itu, kami kembali melabuhkan duduk di atas kerusi.

              'Sorry sebab tak dapat hadir masa majlis perkahwinan Ara dan Kaif hari tu. Ada kerja yang tak dapat Nial elakkan'. Nial berkata lembut sambil menunjukkan muka serba salah. Aku menggeleng sebelum meneruskan kata' Eh! takda apalah. Perkara kecil je pun. Bukan Nial sengaja pun kan'. Ha tengok! Aku pun dah terikut cara dia bercakap. Alahai kelakar pulak rasa bila main sebut 'Nial' 'Ara'. Macam dah lama kenal pun ye jugak.

              'Ha! akak. Nial nak tanya sikit ni, perempuan yang sebelah Kaif dan Mummy tu sapa pulak. Setahu Nial, family kita tak ada saudara lain selain keluarga Nial dengan keluarga akak', Nial bertanya sambil mengerutkan dahi. Keliru barangkali dengan situasi yang baru dilihat. Ekspresi aku cuba kawal sehabis mungkin. Dah banyak kali soalan ni ditanya namun masih menggugat rasa sakit di hatiku.

              Akak Karina ku lihat sedang berdehem membetulkan suara sebelum menjawab pertanyaan Nial. Dia juga sedang menahan marah kerana isu berkaitan Leya boleh membuatkan dia cepat naik angin. 'Kalau Nial nak tahu, tu lah perempuan yang merampas kebahagiaan Ara. Isteri kedua Kaif merangkap madu Ara'. 

             Aku memberi isyarat mata agar Akak Karina mengawal nada suaranya. 'What???seriously akak, Ara!' Nial kelihatannya begitu terkejut mendengarkan pernyataan yang baru dikeluarkan oleh Akak Karina. Dia terus berpaling ke arahku untuk melihat riak wajahku barangkali. 'Ara! awak okey ke dengan semua ni. Asal Kaif melampau sangat ea'.

              Nial ingin bangun dari duduknya untuk ke tempat Kaif namun niatnya terbantut saat mendengarkan setiap patah perkataan yang terbit dari mulutku. 'Saya okey. Nak tak nak saya tetap kena terima kan? Jadi, biarkan jelah. Asal dia tak tinggalkan saya tu dah cukup baik'. Aku mengambil daun yang berada di kakiku sambil mengoyakkannya menjadi cebisan-cebian kecil. Nial terus mengambil tempatnya semula sebelum melepaskan keluhan. 

             At least aku rasa lega tidak berlaku sebarang kekecohan. Aku masih tidak mengalihkan pandanganku walaupun cebisan tadi telah hilang dari tanganku. Masih cuba memendam rasa agar tidak dapat dibaca oleh orang lain. Akak Karina sudah pasti tahu apa yang bermain dalam fikiranku saat ini.

             'Hei Ara. Mesti Ara terkejut kan tengok Nial tadi. Maklumlah, Nial kan kacak dan Nial tahu tentang fakta tu' kata-kata Nial membuatkan aku dan Kak Karina tergamam seketika sebelum kami ketawa kecil. 'Aduh Nial! Sakitlah perut akak gelak. Ingatkan dah makin besar, sifat perasan dia tu boleh hilang. Tapi hampeh, makin menjadi-jadi lagi adalah'

              Nial terus membuat muka cemberutnya saat kami masih lagi ketawa. Aduh, ada lagi ye manusia macam ni. 'Ala, akak dengki kan dengan Nial. Takpelah baik Nial tanya Ara. Nial kacak kan Ara', katanya sambil membuat muka comel ke arahku. 

             Erkkkk apa aku nak jawab ni. Last-last, aku hanya mengangguk dan menggaru kepalaku. Dia dan akak Karina terus tergelak dengan gelagatku. Aku tahu Nial hanya ingin membuatkan angin kami yang spoil tadi hilang diganti dengan kegembiraan. Dan boleh dikatakan, dia berjaya walaupun dalam diam aku masih memandang ke arah gazebo yang diduduki oleh kesayanganku. Pada masa yang sama juga, aku menahan gelora yang membelenggu.




 Hai guys. Bila dah beberapa hari tinggal, rasa lost jugak la nk perah otak. Tapi, setakat yang mampu je la. Sorry, kalau jalan cerita melalut. Hehe, nothing more to say, just thank you and enjoy readings.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now