BAB 10

62 3 0
                                    

       Sudah genap enam bulan perkahwinan kami dan kehidupanku dipenuhi dengan keindahan rumah tangga. Suamiku melayanku dengan sangat baik. Sifatnya semakin hari semakin manja. Dia selalu mendahulukanku dalam pelbagai perkara. Banyak memori indah tercipta.

       Tengah aku sibuk memasak di dapur, kedengaran suami memanggilku dari dalam bilik. Aku terus menutup api dapur dan menghidangkan makanan di atas meja. Ada la tu suamiku nak mengada-ngada manja. Aku dah boleh teka permainan dia.' Hailah suami'.

      'Apa dia suami manjaku. Mengada-ngada sangat pagi ini kenapa?' Aku terus mendekatinya. Dia terus tersenyum dan memusingkan badanku ke hadapan sementara dia memelukku dari belakang. Susah menjadi kebiasaan, dia akan bermanja begini denganku sebelum minta aku buatkan apa-apa untuk dia.

     Aku melihat pantulan diri kami di cermin. Suamiku pula memejam mata kononnya menghayati saat kami berdua berpelukan. 'Abang, nanti habis bau makanan kemeja abang ni. Dahlah sayang baru je siap masak' kataku cuba memujuknya namun dia masih tidak berganjak.

         Dia kemudian bergerak dan berdiri di hadapanku sambil kedua-dua tangannya menyentuh kedua bahuku. Dia menyamakan pandangan mata kami agak bertaut. Aku rasa pipi aku dah habis merah dah ni dengan perangai dia. ' Kenapa abang dok panggil sayang dari tadi' Aku cuba mengubah topik bagi menghilangkan rasa gugp setiap kali berhadapan dengan suamiku versi manja ni.

       ' Haah lah kan. Abang tahu sayang saja nak ubah topik. Tapi takpe hari ni abang lepaskan. Sayang! Abang nak minta tolong sayang pakaikan tali leher ni. Dah banyak kali abang pakai tapi still tak jadi', aku dah gak dah. Tu je alasan dia setiap hari geram je aku tengok.

       'Abang ni saja je kan. Padahal dia lagi terer pakai benda-benda camni. Alahai meh sayang pakaikan. Duduk dulu. Nanti sayang carikan tali leher abang' Aku mencuit lembut rambut suamiku yang terjuntai.

        Aku bergerak ke almari mencari tali leher yang sesuai untuk dipadankan dengan kemeja di tubunhya. Aku memakaikannya lembut sambil mata suamiku tidak lepas dari memandangku. 'Ala sayang time ni je abang boleh manja dengan sayang. Mana tahu suatu masa nanti kita tak dapat rasa semua ni dah'. katanya lagi. Aku yang mendengar agak trisau tetapi aku tak nak luahkan. Serius aku rasa tak sedap hati.

      'Ok done. Dah hensem dah suami saya ni' kataku sambil menepuk lembut dadanya. Dia terus mengambil tanganku dan menciumnya. Setelah siap kami berdua turun ke tingkat bawah. Dan sekali lagi aku gembira ketika melihat suamiku begitu berselera makan hasil air tanganku.

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Where stories live. Discover now