BAB 46

132 6 0
                                    

                  Buka sahaja mata, aku berada di tempat yang sangat asing. Mengingati kejadian semalam, baru aku sedar, rupanya kami berada di sebuah gudang terbiar. Atas sebab apa? Aku sendiri tak tahu. Kesakitan di seluruh tubuhku masih tidak hilang. Malah, ia kian terasa.

                  Disebabkan rasa takut, aku terus membawa kakiku ke arah figura Kaif yang memeluk Leya untuk menenangkan diri. Namun, sebaik sahaja Kaif ku sentuh, dia terus menjerkahku. 'Kau perempuan! Aku nak kau jauh dari aku. Benci aku tengok muka kau tahu tak'.

                Aku masih lagi berdegil, tetap juga cuba ingin merangkul tubuhnya untuk mendapatkan sedikit kekuatan. Aku tidak dapat memikirkan apa-apa selain cuba berada di samping Kaif. Aku tidak kisah andai dia tidak langsung memandang atau mengambil berat akanku.

              'S..sa..saya takut a.abang. Tolong izinkan sa..saya peluk abang kejap je. Lepas ni, saya janji akan lepaskan abang'. Kataku cuba merayu. Badanku menggigil teruk. Tidak tahu apa nasib yang akan menimpa lagi.

               Tanpa mempedulikan kata-katanya, dengan lagak berani aku memeluk tubuhnya sama seperti dia yang memeluk Leya kini. Wajahnya terus membengis dan tubuhku terus diheret kasar ke arah tubuh umi yang masih tidak sedarkan diri. Seusai itu, kepalaku ditunjal kasar disertai tamparan di kedua-dua belah pipiku,

               'Kau dengar sini! Aku tak nak ambil tahu pun apa yang kau rasa. Aku tak kisah! Apa yang paling penting, kau jangan pernah dekat atau cari aku. Satu lagi, kau tak layak sentuh aku dengan tangan kau yang jijik tu. Aku akan pastikan, bila keluar dari sini nanti, aku ceraikan kau! Kau tak layak jadi isteri or orang terpenting dalam hidup aku. Aku muak betul aku nak hadap perempuan kurang kasih sayang macam kau ni. Dan dengan budak dalam perut kau tu sekali, boleh blah dari hidup aku'.

                  Dia terus  merangkulkembali tubuh Leya. Aku cuma mampu memeluk lututku dan memandang ke arah umi. Mungkin, dia terdengar suara orang disebelahnya menangis, mata umi terus tercelik. Melihat adegan di hadapannya, umi seakan-akan tahu puncanya.

                  Tanpa banyak bicara, tangannya terus dilingkarkan di sekeliling tubuhku. Dia cuba menenangkanku. Aku masih lagi larut dalam tangisan. Bunyi derapan tapak kaki beberapa orang manusia disertai dengan tepukan kuat terus menghentikan tangisanku.

                  Aku terus menjatuhkan pandanganku saat melihat wajah seorang lelaki di depanku. Tidak pernah aku lihat dan kenal lelaki itu. Namun, aku seumpama dapat mengesan keadaan sekarang. Pandanganku terus tertala ke arah Leya. Leya! Laki itu! Plan diorang!. Hatiku seakan-akan dapat menebak.

                   Bibirnya seumpama menyimpul senyum namun dalam masa yang sama dia tidak mahu Kaif sedar dengan tingkahnya. 'Woah! Tak sangka aku dapat tengok drama kat sini'. Lelaki itu senyum sinis.

                   Tanpa banyak bicara, dia mengarahkan anak buahnya memegang suamiku. Dia terus menghayun penumbuk ke arah perut Kaif berkali-kali. 'Kau! Apa yang kau nak dari aku Aezril? Apa lagi kau tak puas hati dengan aku ha!'.

                  Dia terus mengangkat wajah dan mencengkam kasar muka Kaif. 'Kau tanya apa yang aku tak puas hati ha! Kau tahu disebabkan kau, mak ayah aku mati. Kalau bukan disebabkan kau, aku dan family aku akan bahagia sekarang. Tapi, kau buat hidup aku merana'. Sekali lagi dia menumbuk Kaif tetapi kali ini di wajah.

                'Apa maksud kau ha! Aku tak pernah kacau keluarga kau!'. Kaif terus meludah ke arah lelaki itu sehingga membuatkan beberapa tumbukan dilepaskan mengenai wajah dan tubuh miliknya.

                 'Kalau bukan disebabkan kau, perniagaan keluarga aku hancur. Dan disebabkan kau jugak mak dan ayah aku tertekan dengan keadaan kami. Sampai satu tahap, diorang bunuh diri. Aku takkan pernah maafkan kau. Aku nak kau rasa apa yang aku rasa'.

                  Dia terus memberi isyarat kepada orang suruhannya. Mereka terus melepaskan tubuh Kaif. Aku bangun perlahan-lahan untuk ke arah Kaif yang sudah kelihatan lemah. Tidak semena-mena, aku dan Leya diheret konco-konco Azriel.

                  Tangan kami diikat kemas pada sebatang palang. Kedengaran suara Kaif cuba untuk menghalang tindakan mereka. 'Apa kau nak buat ha! Lepaskan isteri aku'. Kaif berkata sambil matanya melihat ke arah Leya. Baru aku tahu, Kaif tidak ingin Leya disakiti. Tapi, bagaimana dengan aku.

                   Dia langsung tidak melihat ke arah aku. Matanya hanya tertumpu ke arah Leya. Hatiku seakan mula meronta-ronta. Azriel membawa langkahnya ke arah kami berdua. 'Macam aku cakap! Aku suka tengok kau lemah macam ni. Aku sangat puas hati'. Lelaki itu tersenyum herot.

                'Hei Azriel! Tolonglah lepaskan Leya. Aku sayang isteri aku. Tolong jangan sakiti dia'. Usai Kaif berkata-kata, lelaki itu terus tergelak besar.

               'Woah! Nampaknya kau sayang sangat isteri kau. Tapi, bagaimana dengan isteri kau yang ni'. Jari telunjuknya lurus menghala ke arah aku.

                'Aku tak kisahlah apa kau nak buat pada perempuan tu. Dia tak penting. Aku nak kau lepaskan Leya. Tolonglah Azriel!. Aku terus mengangkat wajah ke arah insan yang bergelar suami. Setiap butir bicaranya jelas kedengaran di cuping telingaku. Mataku terus berkaca mendengar apa yang diucapkannya.

Kaif p.o.v.

                 Aku risau akan Leya. Mendengar tangisan serta suaranya sahaja membuatkan aku risau. Aku tak sanggup kehilangannya. Pandanganku tidak langsung dialihkan ke arah lain kecuali Leya sahaja.

              'Hmmm.. ok aku ada deal. Apa kata kau buat pilihan! Antara dua perempuan di depan ni, yang mana satu kau akan selamatkan. Dan! Aku akan lepaskan isteri yang kau pilih sebaliknya, untuk seorang lagi, aku nak kau guna ni sebagai bukti kau tak kisah apa yang akan jadi pada dia. Macammana kau setuju?' Azriel memprovok Kaif. Dia menunjukkan pistol di tangannya.

              'Kau kejam Azriel! Kau tak boleh buat aku macam ni'. Aku cuba melawannya. Namun, dia hanya mengangkat bahu. Tanpa banyak bicara, dia terus menampar kedua-duanya sekali. Aku tak sanggup tengok Leya menderita.

              'Aku tak kisah! Pilihan ada kat tangan kau sekarang!'. Aku terus menguatkan diri untuk berdiri dan mengambil pistol ditangannya dalam keadaan marah. Pilihan harus dibuat.

End of Kaif p.o.v.



Finally, dapat jugak sis siapkan one more chapter. Hehe. Sis takde benda nak cakap. Cuma nak say thanks so much kepada sesiapa yang baca, vote dan komen karya sis. I really appreciate it guys.  Hehe.  Stay safe, healthy and be happy guys, peace yow!!!

CINTA SEORANG  NUR ATEA ALDABELLA ZAHARA ~HIATUS~Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ